google analytic

Nuffnang

Monday, May 5, 2014

It ain't heavy, it's my mini rice cooker

Testimonial.. or review post.
Berkenaan mini rice cooker yang kecil molek.
Sesuai digunakan untuk masak nasi dan beberapa masakan lain yang berkuah kononnya.

Tajuk mini rice cooker aku = Ideahom Mini Rice Cooker Cat Design.
Kapasiti 1.0 L.
Beli dari Lazada.
Harga sebenar ialah RM99.
Tapi sebab aku beli hari Isnin, ada Mastercard discount day bagi beberapa kategori barangan terplih (termasuk barangan dapur). So dapat la 10% discount.
Harga selepas discount = RM89.10 sahaja.
Oleh kerana dapat diskaun Mastercard, so kena la bayar guna Mastercard juga. Bukan COD.

Murah atau tidak, aku pun tidak sure sangat.
Ada sorang member aku, dia dapat harga around RM70++ sahaja untuk rice cooker tajuk yang sama, design yang sama.
Harga tu sebab tokey rice cooker buat roadshow dekat opis kawan aku tu.
Bertuah badan.

Sebagai pelanggan baru Lazada, dengan pengalaman pertama buat order guna portal dorang, aku rasa servis dorang cepat. Aku confirm order lepas maghrib di hari Isnin.
Hari Jumaat sampai di rumah mentua aku.
Aku rasa ok la. Sampai dalam 3 hari bekerja. **Hari Khamis cuti Hari Pekerja. 
Dorang janji 6-8 days. Faster and better than promised.

Semalam baru ambil dari rumah mentua.
Menjelang bersiap untuk makan malam, aku start unboxing.
**Sebenarnya sudah unboxing di rumah mentua lagi. Tapi masuk kotak balik, dan kali ni mau buat detailed unboxing.

Kunun boleh masak macam-macam. 
Bubur nasi, stew, sup, puding telur etc.

 Aksesori yang disertakan.
Rated voltage adalah untuk range 220V-240V.
So, kalau mau digunakan di negara yang guna range voltage 110v seperti US dan Japan, kena pakai voltage adapter atau transformer. **Aku pun tidak sure sangat la
Mau lebih senang, beli la travel cooker yang multi-voltage kalau menyinggah ke negara-negara yang voltage tidak sama dengan Malaysia ni.

Sudah bagitau siap-siap - inner pot & shell is joint.
So, periuk nasi dalam tu tidak boleh tanggal. Sudah melekat. 
Kena basuh extra careful.

Mini rice cooker ku yang comel - design kucing.
Ada design lain - puppy, bunga hijau dan bunga pink.  
Penutup tu nampak tidak ketat, sebab ada aksesori dalam tu yang aku tidak pandai kemas balik lepas unboxing di rumah mentua. 

Lebih pendek dari roti Gardenia yang pendek. 

 Lebih pendek dari remote tv.

 Comparison kelebaran. 
Senang cakap, rice cooker ni comel, kecil dan mungkin tidak banyak makan space kalau dibawa untuk tujuan travel.
Berat lebih kurang 1kg. 

Klip dan getah tambahan. 

 Getah tambahan tu untuk penutup rice cooker. Nampak ada 2 getah putih tu?

 Klip penutup rice cooker.

 Rice cooker dan aksesori.
Kepala kabel karen yang sesuai untuk 3-pin socket, 
stainless tray, pot nasi, sudu kecil, bekas cuci dan tapis beras. 

Muka depan rice cooker.
Boleh pilih function cook atau slow cook.

Oleh kerana periuk nasi dalam memang sudah bersatu dengan luaran, so kena cuci dengan berhati-hati. Pastikan air tidak masuk dalam lubang kabel.
Ada penutup supaya air tidak masuk.  

Pot nasi kecil compare dengan pot nasi biasa. 

 1 pot yang kecil tu sama dengan setengah pot nasi yang biasa.

Aku try masak 2 pot nasi kecil (atau 1 pot nasi saiz biasa) untuk testing.
Mengikut resipi yang diberikan, 1 pot nasi kecil tu = 1 1/2 pot air. 
Oleh kerana aku kurang mahir sukat air guna jari, so aku just guna measurement yang ada pada bekas cuci beras yang disediakan. 
2 pot beras = 3 pot air. 

 Kind of messy ketika proses memasak. 
Wap keluar laju dari lubang atas tu.
Air kanji meleleh keluar.
So, lap la apa yang patut lepas proses memasak.
Proses memasak untuk 2 pot nasi saiz kecil yang disediakan = 25 minit. 

Ni la hasilnya.
Nasi yang dimasak, cukup al dente. 
Tidak kering sangat. Tidak lembik sangat.
Sukatan nasi ngam untuk kami 4 beranak.
**Aku selalu masak nasi pun 1 pot setengah ja (saiz pot normal). 

Mencuci pun senang. 
Tidak perlu banyak menyental.
Cuma hanya perlu pastikan air tidak masuk ke ruangan lubang kabel karen. 


Kesimpulan:
Periuk nasi yang kecil, comel, tidak berat.
Sesuai dibawa travel.
Mendapat pengesahan Abang Edi untuk projek travel kami yang seterusnya.

Lain-lain resipi yang dimasak guna rice cooker ini akan dipost kemudian hari.
**Kalau aku rajin masak dan kalau aku rajin mo blog :)
Resipi in mind: Telur dadar, sup sayur, sardin, telur rebus, nasi impit.

11 comments:

  1. comel sungguh rice cooker ni..
    masak bubur bawak dtg opis.hehhehee

    ReplyDelete
  2. Syalinda,

    saya hari ni saja bawa ke opis.. masak maggi ngan telur :)

    ReplyDelete
  3. Just nak tanya lepas masak nasi nak basuh mcm mana

    ReplyDelete
  4. Salam sis Zainap

    Basuh cam biasa guna span, air dan sabun basuh pinggan. Tak perlu rendam sebab periuknya non stick dan pastikan air tak masuk ke lubang masuk kabel karen.

    Hope this helps :)

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Comel MRC yg u beli ni. sya ada tgk di lazada. dah murah skrg.

    Sya nak tnya, agak2 MRC yg jenis ni lepas tak kalau nak masak utk 2 pot sukatan biasa. Sya berdua je dgn mr suami kalau travel tp kami suka tambah nasi.heh.

    Harap dpt komen dari anda sblm saya nak beli. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalam sis..bole bg emel..sy nk emel sis

    ReplyDelete
  7. Salam @JuadahMalaysia

    Minta maaf, saya baru perasan komen puan. Kalau nak masak untuk 2 pot biasa mmg lepas. Tapi by this time, maybe puan dah beli pun. Huhu..


    ReplyDelete
  8. Salam @Suhaila_Noordin
    Email id saya ialah naddea pada domain gmail.com
    (Minta maaf sebab tak letak the email id as in correct format sebab taknak disalahguna oleh spammers).

    ReplyDelete
  9. Alahaii comelnye rice cooker ni. Kena cari gak ni. Tq share!

    ReplyDelete
  10. Orang yang selalu travel dan nak berjimat memang sesuai ada rice cooker kecik camni @AniAhmad. Selamat mencari :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...