google analytic

Nuffnang

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah Mei-Jun 2014 (Masak-masak ketika travel)

Selalu kan, sebelum jalan jauh, aku selalu concern pasal makan.
Melalui blog orang, ada cerita macamana dorang memasak dalam bilik hotel guna rice cooker, siap bawa kuali elektrik, bawa segala bahan mentah or lauk segera, dan aku rasa macam leceh ja di situ.

Tapi sebenarnya, walaupun kita nampak semua proses tu macam leceh dan menyusahkan, aku rasa itu bergantung dengan bagaimana seseorang traveler tu mau survive ketika berpergian.
Macam aku, ada beberapa faktor yang aku perlu fikir bila part makan ni, especially apabila kami pergi sekeluarga.

Satu, faktor kewangan. Sepanjang perjalanan kami ni, makan di luar satu kali boleh jatuh di antara lebih kurang €16 (RM72) hingga £50.05 (RM225). Itu pun, jarang la kami order satu meal untuk setiap orang. Kami selalunya pesan 2 meal, lebih-lebih pun 3 meal lepas tu sharing is caring. Kalau order satu meal sorang, memang membazir. Sebab si Zara jarang mau makan sampai habis.

Itu makanan berat. Kalau makanan ringan-ringan seperti croissant dan gelato pun boleh kira mahal la untuk orang kebanyakan macam aku. So, alternatif terbaik ialah bawa ja biskut kegemaran anak dari Malaysia.

Dua, faktor memilih makanan. Anak bujang kami si Addin ni memang kurang membanggakan dari segi hal makan-makan. Lebih banyak objection daripada bedal sajalah asalkan dapat makan. Dia sanggup berlapar atau makan roti saja daripada kena paksa makan kebab, pizza dan pasta yang dia tidak approve.

Ibubapa manalah yang sampai hati tengok anak kelaparan kan. Walaupun tekakku teringin mau merasa makan kebab segala, kalau Addin takat jamah fries ja, baik la tidak payah. Sedih tengok.

Tiga, faktor mesti makan nasi at least sekali dalam masa 2 hari. Kalau Abang Edi tidak jumpa nasi, nanti perut jadi tidak selesa.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, maka kena la aku pastikan ada nasi dan makanan-makanan lain yang didatangkan khas dari Malaysia terutamanya selama kami berada di Paris dan Italy.

Selain bawa biskut dan stok maggi, aku juga ada bawa nasi impit, serunding, beras dan lauk segera Brahim's. Jangan lupa juga bawa pinggan dan sudu garfu :)


Menu: Nasi impit dan serunding

Ini adalah stok nasi impit yang aku sudah rebus sedia di rumah Noripah guna mini rice cooker aku. 
Sekali rebus boleh muat 5 pek nasi impit saiz bersaiz kecil. 

Selalunya, nasi impit ni aku sediakan untuk kegunaan piknik dalam train. 
So, untuk memudahkan sesi makan, nasi impit tu kalau boleh potong 2 atau 4 dahulu.

Sesuai dimakan dengan serunding. 
Selain mudah dan sedap, serunding juga sesuai dibawa piknik dalam train sebab tiada bau.
Kalau bawa rendang, risau boleh mengganggu keamanan hidung orang putih di sekeliling.
Kalau tumpah, tidak pasal-pasal kena kerja lebih untuk mengelap pula. 

Lepas tu, masukkan dalam ziplock bag berserta dengan sudu garfu.
Bekas plastik tu kalau rasa macam menyemak dalam beg, boleh buang ja terus dalam tong sampah.
Jimat kerja cuci-cuci servis.


Sesi mamam dalam train. Pastikan ada air kosong dan wet tissue. 

Ni acara piknik di Disneyland Paris. 

Gabungan nasi impit dan serunding tidak pernah menghampakan.
Abang Edi siap jilat bibir lagi tu. Hehe. 

Menu: Nasi putih dan lauk segera

Malam pertama di Paris. 
Bawa mini rice cooker, penapis beras, tray stainless steel dan power cable.
Pot beras tidak perlu sebab aku sudah sukat beras siap-siap dari Malaysia.
Masuk dalam plastik dan stapler. 
Lauk sampingan, kicap manis ABC (tak sedap) dan kari tuna Ayam Brand (boleh tahan).

Acara masak nasi. 
Lapik dengan towel hotel supaya tiada kesan air nasi melimpah dan memercik di meja.  

Kelebihan kari tuna Ayam Brand. Selain boleh tahan, tin boleh dibuka dengan senangnya.
Tidak perlu pembuka tin. 

 Guna bekas pinggan dan sudu garfu yang dicopet dari flight MAS. 



Boleh la makan nasi sikit sorang. 
Kebetulan si Zara sudah tertidur. Kesian budak tu.
Nasib baik dia sudah makan biskut. 

Malam kedua di Paris. 
Masak nasi sambil panaskan lauk Ayam Masak Merah Brahim's.
Yang ni sedap. Menjadi kesukaan Addin dan Zara.

Juga sardin dalam sos teriyaki Ayam Brand.

 Jemput makan sambil bertikarkan peta Paris.

Ni acara makan dalam train.
Nasi putih dan Tunamagik. Boleh la.
Not adviseable sebab ada bau yang mungkin boleh menyebabkan penumpang lain kurang senang.


Menu sampingan

 Boleh makan biskut juga.

Kalau boring makan biskut, boleh beli croissant sebagai kudapan. 
Selalunya harga croissant dalam lingkungan €1.00 ke  €1.50 begitu.


Daa... Selamat menjamu selera dan berjimat!



21 comments:

  1. Hi,

    Thanks for sharing! Takde pun blog cerita pasal packing food for travelling, as detailed as this! Serunding tu pack pakai apa? Nampak macam breastmilk pack. Ke?

    My husband is not the type yang nak pack food beria-ia masa travel, tapi ada anak kecik ni susah la nak main makan suka suka je kan.. jadi i insist bawa food banyak-banyak. Tapi dia kata beg berat and leceh... Tengok you punya food carefully packed ni I rasa inspired.

    I bought the same rice cooker for our last travel, memang tak menyesal langsung. Tapi sebab I gatal tumis-tumis bawang untuk masak bubur toddler, jadi satu hotel ada sikit bau.

    Anyways, thanks for sharing, kalau ada lagi tips2 pack food kecik2 untuk travelling, share lah lagi ya!

    ReplyDelete
  2. Helo ajan :)

    Terima kasih sebab baca entry saya psl makan2 ni. Saya suka sgt kalau post saya dpt bagi knowledge pd org lain. Tujuan saya buat post ni pun sebenarnya sebab nak fill the gap kekurangan dalam dunia online. Tak byk blog org cerita psl benda yg sama especially by malaysian families with small kids.

    Husband saya pun jenis tak suka bawa food. But I convince him, i do the packing dan nanti ada extra empty luggage utk letak brg2 hasil shopping ;)

    Serunding pack tu saya beli kat daiso. Sebenarnya, pack tu utk milk powder dan sudu kononnya.. Tapi saya dah salah guna utk pack serunding pula :)

    You ada baby, so mesti lebih byk yg nak plan utk masak2 during travelling ni. Maybe ble bawa bawang goreng siap2 (sendiri goreng) so takyah tumis2 di hotel.. :) nanti saya dah ada baby baru, nak try cara ni juga lah.. InsyaAllah..

    Keep reading! Saya pun nak masuk ur blog baca psl ur travel experience :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Kalau nak goreng telur guna MRC tu agak2 ok tak ?

    ReplyDelete
  4. Salam JuadahMalaysia

    Rasa cam tade masalah kot.. permukaannya non stick so telur maybe tak lekat..

    tak penah try lagi :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak, serunding daging boleh bawa ke kak? sebab saya baca mcm tak boleh bawa food base on beef.. but nak tau la experience akak with the serundings.. =)

    ReplyDelete
  6. Salam dik hafeeza shafiqca jamil,

    akak macam pernah terbaca jugak psl tak ble bawa beef to UK. tapi dalam masa yang sama, baca kat internet ramai gak yg selamba bawa. so, akak bawa je la. lepas kastam heathrow dan serunding tu semua selamat dimakan di UK, France dan Italy :)

    oo btw, akak tak berani bawa beef ke Australia. Kastam sana mmg strict habis!

    ReplyDelete
  7. Assalam sis.
    thanks for your sharing.
    sgt bguna utk kami yg akan ke italy/france this coming school break dgn dua org anak kecil.
    byk tips yg akan mbantu kami.
    semoga sis skluarga dimurahkan rezeki.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam IbuBalqesya

    I'm glad you like my post :)
    Dan terima kasih for the doa.
    Saya pun doakan journey IbuBalqesya nanti pun akan smooth and blessed by Allah swt.

    ReplyDelete
  9. Salam
    Nak tnye extention plak pn akak bw pegi uk ke.
    Rice cooker kecik ti beli kat mane. Nk bawak g uk jgk nanti jimat duit

    ReplyDelete
  10. Salam Mr Bushido
    Extension tu mmg nak kena bawa kalau ke europe.. sebab adapter satu je kan.. so extension tu ble guna share untuk charge gadget yang byk2 tu..
    cumanya kalau ke UK je, tak perlu bawa adapter dan extension.. sebab plug pin dorang sama cam kat malaysia.. guna 3 lubang tu..

    periuk nasi tu plak akak beli kat lazada.. tp skrg ni akak tgk dah merata dah org jual yg saiz cinonet camni kat kedai.. try test cari :)

    ReplyDelete
  11. Terbaiklah. Enjoy reading ur blog sis. Teruskan share tips2 menarik tau. Hehe

    ReplyDelete
  12. as salam Naddea.
    thanks for d info. very helpful and inspiring.

    ReplyDelete
  13. as salam Naddea.
    thanks for d info. very helpful and inspiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam WTIA Ali
      Terima kasih. Semoga dapat membantu 😀

      Delete
  14. Assalam,bagus info ni.tengah cari juga boleh ke bawa mini cooker ni naik fligh ke oversea.hehe.sbb ada anak and nak Jimat..makanan tin tu boleh bawa jg ye?letak Dalam hand carry or luggage timbang tu?first time nak bw food travel.sebelum ni travel x pernah terfikir pun,rasa mcm bnyk membuang duit dkt makanan sj sbb matawang asing ni tinggi huhu.anyway TQ for the info and your story. :)

    ReplyDelete
  15. i always bring together universal plug and extension cable with 4 plugs...two plugs for gadgets..one for rice cooker and the rest for masak air..guna panasonic auto jar....beras siam 5kg for 6 days...lauk kari ayam..kari ikan..serunding.sambal belacan.ikan tumis except veggie..we canned at the office lab...so we just buy fruits and ulam kat france...tea and sugar we bought from grocer..biskut bagai we dont like...alwiz rice and sambal belacan...happy vacation.

    ReplyDelete
  16. Assalam kak. Bleh lepas eyh bw mknn? Nnti smpi airport kena declare? Atau lalu jek? Harap2 soalan sy d jwb. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sakura.. alhamdulillah, setakat pengalaman akak yg lepas makanan bole je lepas.. tak perlu declare dan takde plak dorang minta buka beg nak tgk 😀

      Delete
  17. Assalamualaikum kak.. nak tanya kalau flight domestic boleh ke bawa mini blender amd travel cooker? Benda ni letak dalam checked in baggage ke hand carry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik.. rasanya takde masalah untuk bawa mini blender dan travel cooker dalam hand caryy luggage sebab 2 item ni bukan benda yang berbahaya.. cumanya kena pastikan berat carry luggage tak lepas limit je la sebab 2 benda tu pun maybe dah consume berat 2kg camtu..

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...