google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 17, 2014

Tips beli tiket train Perancis dan Italy


Terima kasih kepada Mr. Mark Smith, semua kemusykilan berkaitan selok belok train di Europe telah diterangkan dalam laman web "The Man in Seat Sixty-One".

Kebanyakan mod pengangkutan kami dari Paris ke beberapa buah bandar di Itali adalah train.

Dari London ke Paris, Paris ke Milan, Milan ke Venice, Venice ke Florence, Florence ke Pisa (return) dan Florence ke Rom.
Hanya dari Rom ke Manchester, kami naik RyanAir. (Tapi akhirnya tidak jadi sebab kes mogok di Ciampino. So terpaksa tukar plan naik Easyjet dari Rom Fiumicino ke London Gatwick).

Sengaja aku tidak pilih guna flight untuk bergerak di antara bandar-bandar di atas sebab aku mau mengelakkan beberapa kekangan seperti:
  • terpaksa menunggu di airport sekurang-kurangnya 2 jam lebih awal. Buang masa la aku rasa.
  • pemeriksaan keselamatan. Bukanlah kami ini ada rekod jenayah, tapi aku rasa proses sekuriti semua tu adalah renyah
  • terpaksa bayar harga lebih untuk check-in luggage. Walhal, kalau naik train, segala mak nenek bag pun boleh bawa.
Ini termasuklah untuk train siang dari Paris ke Milan yang mengambil masa lebih 7 jam.
Pada awalnya, kunun kami mau beli tiket sleeper train ja dari Paris ke Venice.
Konon boleh jimat kos penginapan untuk satu malam.
Harga tiket adalah lebih kurang EUR350. Mahal juga. Mestilah.
Harga tiket untuk 13 jam perjalanan ditambah dengan penginapan untuk sebuah couchette yang khas untuk 4 orang sahaja, go figure.
Tapi, tentiba Abang Edi mau naik train siang pula, sebab konon perjalanan dari Paris ke Milan akan lalu daratan Switzerland yang amat indah.
Aku layankan ja. 7 jam pun 7 jam la. Apa ada hal. (Ada hal untuk Abang Edi sebab kena puasa besigup.. huhuh).

So, untuk beli tiket dari Paris ke Milan, berdasarkan nasihat En. Smith, aku survey di 4 website:

en.voyages-sncf.com - Laman web rasmi untuk France train. Tapi berdasarkan review, aku baca banyak komplen transaction akan bermasalah sebab isu kad kredit yang tidak diterima. Mostly credit card dari US.

www.raileurope-asean.com - Yang ni akan ada caj booking fees. Boring.

https://www.loco2.com - Transaksi adalah dalam pound sterling. Ketika booking, harga tiket untuk kami sekeluarga ialah  GBP154.

https://www.capitainetrain.com - End up aku beli dengan laman web ni. Amatlah senangnya. Hanya EUR176 untuk kami sekeluarga. Kalau aku beli awal sket, mungkin jimat lebih banyak.

Bagi pengangkutan train di Italy pula, aku hanya guna servis Trenitalia saja. (http://www.trenitalia.com/)

Sebenarnya ada juga syarikat train yang lain, Italo Train (http://www.italotreno.it/)
Tapi coverage Italo Train ni ada sedikit kurang daripada Trenitalia dan harga tiket dorang pula selalunya lebih mahal.

Senang cerita, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum travel tu, rajin-rajin la check promotion. Subscribe. Lebih senang. Kalau ada promosi baru, mereka akan email.





No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...