google analytic

Nuffnang

Wednesday, June 18, 2014

Kembara Eropah (Florence - Rome 2 Jun 2014)

Morning sunshine!
Pagi ni pun ada free beakfast lagi. Jom brekkie!

Nama bilik kami, Leonardo. 


Breakfast di hotel ni memang tidak banyak choice. 

 Ada cereal, roti dan yogurt.
Dan aku sempat tapau croissant juga :)

Okeh, kena siap-siap untuk ke Rome pula. 
Cehck out dulu. Ada train jam 11.04 pagi mau kena catch. 

 
Hotel ni di tingkat 2. Nasib baik ada lif antik ni. 

Kena tutup pintu manually dulu, baru lif mau bergerak. 

Daaa!!

Sampai suda. Lif tu kecil. Jadi, Abang Edi dan Addin ja la yang bawa beg.
Aku dan Zara turun guna tangga ja. 

2 hotel dalam satu building. 
Dorang memang style macam tu sini. 
Satu hotel ambil satu level ja. 


Suka pula dapat merasa naik lif antik macam ni.

Hari ni hari Isnin, ramai pula orang di FSMN. Semalam nampak macam lengang ja.
Setelah tahu platform mana mau ambil train, apa lagi. Naik ja la.
Train ni akan sampai di Rome Termini jam 12.35 tengahari. Lebih kurang 1 jam setengah ja perjalanan.

Addin sedang makan bekal croissant yang aku tapau dari hotel tadi. 

Kali ni kami naik train jenis Frecciarossa. 
Lebih canggih dari train Frecciargento. 
Tapi canggih mana pun train dorang, tiada satu train pun yang boleh recline seat dorang ni. 
Arm rest pun statik macam tu ja. 
Terpaksa la si Zara tidur mengerekot macam ulat gonggok.  

Beg yang berat dan besar boleh letak di antara seat. 
Beg yang kecil boleh letak bawah kaki atau di ruang atas kepala. 

Yang bestnya train Frecciarossa ni, ada free wifi. 
All you have to do is, sign up dan bayar guna kad kredit dengan kadar 1 sen euro ja. 


Sampai di Rome Termini, kami terus menapak ke homestay yang aku sudah tempah melalui airbnb. 
Ada la juga kena berjalan 10 minit untuk kami yang bawa 3 luggage dan 2 budak ni. 
Kami akan menginap di Rome ni selama 2 malam dengan kos penginapan €246.
Tidak termasuk city tax €2 untuk seorang dewasa per nite. Jadi €8 di situ. 

Tuan rumah kami, Francesco bagi kami map Rome dan cara-cara untuk ke tempat-tempat menarik guna bus atau metro. 
Rupanya, metro di Rome ni tidak banyak cover attraction site dorang kena jaga kebajikan tinggalan artifak yang merata di Rome ni. Jadi, kena pandai naik bas juga. 
Bole naik bas no. 64 atau 40. Dari Rome Termini terus ke Vatican City. 
Kalau mau ke Colloseum dan Vatican City, boleh naik metro ja.  

Kebetulan juga, hari yang kami sampai tu, ada event di Colloseum, dan ada bank holiday juga, so kemungkinan di tempat tu sesak adalah besar. 
Maka kami pun plan untuk HRC saja sambil pusing-pusing tengok Rome secara luaran dulu. 
Dan kebetulan juga, bilik sebelah di rumah dorang ni pun disewa oleh pelancong dari Malaysia dan, dari Sabah. Dorang menyewa satu malam ja. 
What a small world. Tapi kami tidak pula terjumpa. :)

Bilik yang kami sewa tu pun basic ja. Tiada dapur dan washing machine. 
Ada tv dan free wifi. Which is good. 

Sedikit gambar tour bilik kami.
(Ambil gambar belah malam setelah semua habis dibongkar-bongkar)

2 single beds. 

Queen bed. 

Kawasan bertangga. Bawah tu kira ada cam mezzanine ke foyer ke hape ke. 
Baju-baju yang aku cuci tangan dan jemur. 

Bilik kami adalah kawasan loteng. 

Toilet.

Shower.

Almari lama. 

Di sini la port Abang Edi selalu bersigup. 

Abang Edi in action. 

Bilik yang kami sewa ni tidak disertakan dengan breakfast.
Kalau mau tambah breakfast, kena caj €3 seorang, tapi kami tidak ambil. 
Rumah dorang si Francesco ni sebelah pintu ja dengan rumah sewa kami ni, so kalau ada apa-apa problem pun boleh terus tekan loceng ja. 
Untuk harga €123 satu malam aku rasa ok la untuk kami 4 orang.
Sebab kalau duduk hotel pun lebih mahal ratenya.
Lagipun, Abang Edi suka dengan ciri-ciri bilik ni yang ada tingkap di loteng.
Something new for us. 

Okes.. Lepas hemat diri, kami pun mulakan perjalanan ke stesyen Termini. 
Sebelum sampai Termini, di Via Marsala, kami terjumpa ni Hop On Hop Off stop. Nama HOHO ni citysightseeing. Bas warna merah.
HOHO ni akan lalu kebanyakan route yang ada attraction, so Abang Edi pun cadangkan kami naik ni ja. Jimat tenaga. Tidak perlu tunggu bas dan metro. 


Ye. Ada free wifi. 
Kami ambil tiket untuk 24 jam. 
€22 untuk seorang adult. €11 untuk seorang budak-budak. 
Zara free. 
Boleh ja beli tiket dengan abang bangla pakai baju uniform tu di mana-mana stop yang ada sign HOHO. 

 Kena bagi earphone. So, ble dengar narrator dalam bahasa yang difahami.

Jadi hari ni kami pusing-pusing ja. Besok baru turun colosseum dan Vatican City. 










Akhirnya, kami berhenti di stop 8 - Barberini. 
Jalan naik bukit sikit, jumpa la HRC ni di Via Vittorio Venetto.
Beli la t-shirt sehelai dua sebagai kenang-kenangan. 
Sempat pula sembang kejap dengan sebuah keluarga Cina dari Malaysia di sini.
Dari HRC ni, turun bukit semula untuk ke Barberini. 

Tips:
Kalau mau naik HOHO di Rome, aku cadangkan try la ambil bus HOHO selain citysightseeing ni. 
Sebab HOHO citysightseeing ni macam glemer sangat. Ramai ja orang. Berebut orang naik bas.
Kalau naik bas HOHO lain tu, macam lapang ja. 

HOHO bus ni akan patah balik ke Termini. Sebelum sampai Termini tu, kami turun di stop dekat Museo Nazionale Romano. Dekat ja dengan Termini. Mau cari mamam. 
Pegi satu restoran halal ni. Order Nasi Beriani Kambing, Nasi putih dan Kari Ayam. 
Zara dan Addin tambah pula dengan aiskrim. Semua sekali kena €19.
(Tiada gambar, besok punya lunch baru ada).

Kami cari souvenir kejap. Semua pun mahal-mahal.
Then balik bilik. Rehat. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...