Aku ada la bawa maggi 3 bungkus Maggi (1 perisa ayam, 1 perisa kari, 1 perisa korean spicy braised beef), kacang masin Malaysian Airlines satu bungkus (10 peket kecil), 5 paket nestum 3-in-1 dan 5 paket milo 3-in-1.
Ikutkan, semua jenis makanan di atas aku tidak amalkan.
Tapi, ye la, bawa ja la in case kelaparan.
Sudahnya, maggi ja habis. Nestum dan kacang masing tu sepeket ja aku minum/makan.
Yang lain-lain tu, aku bagi as souvenir kepada kawan-kawan baru aku.
Hehe. Aku cakap ngan dorang - Malaysian flavor.
Meal card ni diberikan ketika check-in.
Jumlah asal ialah 16099 Yen untuk kegunaan 17 hari.
Lebih kurang RM30 untuk sehari.
Gunakan untuk makan tengahari dan makan malam.
Breakfast percuma.
Suka hati la belanja macamana pun.
Fungsi serupa kad debit atau prepaid card.
Kalau hilang, tanggung sendiri.
Tiada replacement.
Berdasarkan meal card aku di atas, aku banyak beli set mahal di hari-hari pertama aku di JICA.
Lepas tu, aku pandai berjimat cermat sebab takut meal card aku habis lebih awal daripada tarikh keberangkatan aku ke Malaysia.
Makan malam pertama aku di JICA.
Set nasi, ayam teriyaki, sup, fries dan untuk tambahan aku pilih keropok Calbee.
Apa ke bengong air mineral pun aku beli. (Nama pun newbie).
Sedangkan air kosong dan hot drink (coffee dan tea) adalah percuma.
Bil pertama, 810 Yen. Almost RM25.
890 kcal. Ngam la tu. Lunch hari tu aku mana ada makan.
Kan aku menyesatkan diri di Akihabara.
Cara untuk mengorder makanan:
Mula-mula, pilih makanan yang berkenan dulu.
Banyak menu Halal.
Menu yang ada pork dan liquor pun dorang bagitau.
Kalau berkenan, sila ambil token warna hijau yang ada nombor di mangkuk dekat contoh makanan tu.
Mamee pun ada kena jual dan harga pun lebih kurang RM4.50 macam tu ja.
Tidak perlu bawa dari Malaysia pun.
Lepas tu, bawa token ke kaunter dan bayar la guna meal card atau cash sekiranya tiada meal card.
Mengikut peserta dari Kenya yang aku kenal di sana, dorang kata makanan di luar lebih murah daripada di JICA.
Aku pun tidak sure sebab I hardly eat outside.
Then pegi ke kaunter untuk ambil makanan yang kita order tadi.
Di atas ni adalah di antara gambar breakfast yang aku ambil selama aku di JICA.
The rule is:
2 protein atau 2 vege atau 1 protein + 1 vege
Cereal with milk
Toast with butter and jam atau nasi
1 buah (selalunya ada pilihan pisang, orange, apple, honeydew, grapefruit)
1 juice (selalunya ada pilihan apple, orange, grapefruit)
Hot drink (free flow)
Tak boleh ambil lebih daripada di atas.
Kurang tidak apa.
Aku selalu skip cereal tapi ambil cold milk ja, skip juice dan bread.
Rice pula kalau aku ambil aku akan minta separuh ja.
Black coffee dan milk minum asing-asing.
Favorite aku ialah - scramble egg, telur dadar gulung, kari kambing, grilled fish dan sup sayur.
Ini pula adalah makanan yang dewan makan pack untuk aku pada hari last aku di Jepun.
Sebab aku gerak seawal jam 7 pagi dari JICA ke Narita.
Ni pula jenis-jenis makanan yang aku order untuk lunch dan dinner:
Ikan goreng, salad dan pisang 2 biji.
Mimpi apa ntah kali ni. Diet mengkali.
Roast chicken, fries, rice, soup dan pisang dan keropok calbee.
Ada 3 keropok calbee yang aku bawa balik Malaysia.
Vegetable udon.
Yang ni aku terpengaruh untuk beli sebab aku tengok kawan aku dari Niue dan Cook Islands selalu order ni.
Kalau makan sampai licin mangkuk dorang tunggang.
Memang sedap. Tapi chili flakes itu amatlah tidak pedasnya.
Grilled chicken. Biasa ja la.
Ada sos tomato di dewan makan tu. Kicap ABC pun ada.
Nasib baik aku ni jenis boleh hidup tanpa sos cili.
Spageti bolognese.
Yang ni plak aku terpengaruh dengan kawan Brazil aku yang tidak banyak pilihan jadi makan spageti saja la.
Dia kata spageti JICA ni sama standard dengan spageti di Brazil.
Aku rasa cam biasa ja. Tidak la sedap sangat. Tidak juga tidak sedap.
Kari ayam dengan nasi dan salad.
Kari tu kureng kick.
Eh baru perasan. Aku selalu minum cold green tea ja time dinner and lunch.
Benda panjang halus warna merah dekat mangkuk kari itu adalah kunci bilik aku.
Rice with whitebait and vege.
Ni kira nasi goreng kampung la. Tapi tidak pedas.
Taco kunun. Makan ja la. The salsa kurang menyengat.
Lepas kawan Brazil aku nampak aku order ni, dia pun order sama juga.
Yang ni best.
Sizzling beef. Meletup-letup jagung tu.
Aku pun lupa suda apa benda ni.
Yang penting dorang letak tanda halal.
Sedap tapi besar sangat portion.
Mengah aku makan.
Dari kiri atas: Mackerel, buah oren dan green tea mochi
Dari kiri bawah: Nasi putih, I don't remember what the name of this cooking tapi yg penting ada beef slice, tauhu, ubi keladi, lobak, cendawan jepun, dalam mangkuk tu ialah some sort like miso soup
Kari daging. Kurang kick. Hehe.
Bukan Tokyo lah sesuatu tempat di Tokyo itu kalau tiada vending machine.
You can find vending machine at almost every corner of Tokyo.
Termasuklah di JICA TIC.
Dalam gambar di atas, vending machine ni terletak berdekatan dengan dewan makan.
Di bangunan residen, aras bilik kuliah dan bangunan seminar pun ada.
So, here, boleh pilih, cold drink dengan tanda harga berwarna biru.
Hot drink pula dengan tanda harga berwarna merah.
Biskut-biskutan.
Dan ice-cream!
Oh.. beer pun ada juga.
Oleh kerana aku lone ranger dari Malaysia, jadi kebiasaannya ketika breakfast dan dinner aku akan makan sensorang atau beramah mesra dengan participant dari negara lain.
Jadi selama aku di dewan makan tu, aku pernah makan dengan seorang professor dari Bangsamoro, pelajar MBA dari Kenya dan ahli farmasi dari Pakistan.
Kebetulan juga setelah seminggu di JICA, baru lah aku terberkenalan dengan sekumpulan peserta dari Sabah yang sedang kursus untuk topik pemeliharaan Banjaran Crocker.
Jadi, ada juga la kami breakfast dan dinner bersama-sama.
Untuk lunch time pula, selalunya aku akan makan bersama kawan-kawan aku yang sama kursus.
Meriah betul kalau kami makan beramai-ramai.
Selama aku makan dengan kawan-kawan yang sama kursus dengan aku, adalah antara mereka yang ada masalah masing-masing.
Kawan aku dari Niue cakap portion di JICA kecik sangat. Haha. Ikan pun kecil-kecil saiz macam tuna dalam tin. Dia pula kata kalau di Niue dorang jenis tangkap ikan sendiri besar paha orang.
Kawan aku dari Zimbabwe pula sudah sampai tahap tidak boleh makan. Baru seminggu duduk di Tokyo sudah homesick. Sebab makanan ruji dorang ialah maize. Tapi maize tiada pula di JICA.
Kawan aku dari Brazil pula tidak suka makan nasi dan Asian food. Dia kata orang Brazil makan nasi ada garam. Nasi di Jepun tawar katanya. Tu pasal la dia banyak makan spageti saja la.
Kawan aku dari Timor Leste pula jadi high blood. Dia kata sebab di kampung dia banyak makan sayur pahit tapi di JICA tiada. Lepas tu dia gila makan buah. Dia memang pantang tengok aku tidak makan buah so dia akan belanja pisang la, oren la. Aku pula cepat kenyang so buah tu aku simpan di bilik buat stok. Kesudahannya, semua buah tu aku bagi ja dengan kawan aku yang Timor Leste tu. Dia makan 10 minit siap.
Kawan aku dari Bangladesh macam tiada masalah. Aku selalu nampak dia makan roti nan or capati. Tapi dia cakap kari dal JICA tak best. Haha.
Aku pula rasa tiada masalah dengan makanan.
Mungkin sebab makanan di JICA tu lebih kurang sama dengan ja dengan makanan di Malaysia yang terlampau banyak fusion ni.
Asalkan ada tanda halal or vege or seafood aku taram ja.
Tidak pedas pun tidak apa asalkan ada sos tomato or chili flakes.
Dan selama aku di Tokyo tu, aku tidak pernah pun ada hasrat untuk menjejaki restoran halal sebab tiada keperluan.
One good thing, outsider can come to JICA for lunch and dinner.
Macam time aku ke Masjid Nami, aku terjumpa keluarga dari Kelantan yang sedang cari makanan halal.
Aku cadangkan dorang ke JICA which is 10 minutes walk ja.
Tapi aku pun tidak sure la dorang pegi ka tidak.
Motif cerita dan upload gambar makanan di JICA?
Saja. Rindu :)