Cuti yang ke Krabi ni ialah cuti yang paling sempoi untuk kami sekeluarga.
Sebab - aku tidak banyak buat research.
Beli tiket flight, book hotel, tukar duit, pack ala kadar - dah sudah.
Dan paling banyak konflik - sebab banyak permainan pinda tarikh di situ.
warning - prelude saja pun sudah boleh buat novel. memang panjang. harap tidak bosan.
Konflik 1) Malaysia Airlines cancel direct route dari KUL ke KBV
Aku beli tiket Malaysia Airlines dari KL ke Krabi pada 15 Januari 2015.
Ada promo kunun. Tiket untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak - RM968 saja.
Kalau standard MAS, murah la ni kunun.
Kalau dapat promo AirAsia, mungkin boleh dapat lebih murah.
Flight timing pun ngam.
Terbang dari KL ke Krabi jam 8.15 pagi pada 7 Jun 2015.
Balik ke KL dari Krabi pula pada jam 11.35 pagi pada 10 Jun 2015.
Kiranya, plan ni adalah untuk cuti sekolah pertengahan penggal.
Sekalinya, pada Mac 22, aku dapat sms bertalu-talu daripada MAS yang mengatakan MAS akan hentikan direct route ke Krabi start 6 Mei 2015.
Dan flight kami tu, ditukar routenya kepada KUL - BKK - KBV.
Tidak lama lepas dapat sms tu, dapat email pula cerita benda yang sama.
I got this texts bertalu-talu (6 of them) pada lewat malam 11.29 pm 22 Mac 2015.
Besok pagi check henpon nampak texts ni. So devastating.
Erk.. apa keheinya?
Elok-elok flight satu jam direct sudah jadi kena transit di Bangkok dan ambil masa 3 jam untuk flight saja. Tidak termasuk masa untuk transit.
Walaupun begitu, aku ada sedikit excited.
Sebab pertama, dapat merasa cecah kaki di airport Suvarnabhumi. Last time aku pegi Bangkok pada 2007 naik Air Asia rasanya landing di Don Mueang.
Sebab kedua, dapat merasa naik Bangkok Airways dari Bangkok ke Krabi untuk 2 jam. Berdasarkan survey aku di Internet, kunun kalau ekonomi class pun ble masuk lounge dorang. Best juga tu.
Tetapi, Abang Edi tidak setuju.
Dia prefer direct flight juga.
Maka, pada hari yang sama, aku call MAS untuk dapatkan penjelasan.
Aku hanya ada 3 option. 1) Teruskan itineray dengan route baru yang diberikan oleh MAS atau 2) Boleh tukar masa flight atau 3) Full refund.
Abang Edi advise untuk minta full refund ja.
Aku pula ambil sikap tunggu. Fikir dulu. Sebab aku kecewa.
Notis dari MAS tu ngam-ngam pula lepas habis MATTA Fair.
Aku cari tiket ke Krabi dengan harga yang lebih kurang sama untuk tarikh yang sama - tiada.
Semua sudah jadi lebih mahal.
Paling murah pun RM1200++ untuk kami 4 orang.
Itu pun timing flight yang amat odd. Awal pagi sebelum subuh dan lewat malam.
Timing yang cantek semua sudah jadi lebih mahal.
Aku kecewa dan lepas tu aku buat lupa.
Kadang-kadang aku ada bincang dengan Abang Edi.
Ajak dia masuk Thailand dengan kenderaan sendiri.
Tapi dia macam tidak berminat.
Sebab yang bakal jadi driver, dia.
Penat.
Sehinggalah pada 13 April 2015.
Tiba-tiba aku dapat ilham.
Dalam perjalanan ke opis, ketika stuck dalam traffic jam, aku terfikir - apa kata aku minta tukar tarikh penerbangan?
Sebab, reason aku, daripada MAS bear the damage cost kena bayar tiket aku naik Bangkok Airways, baik dorang sendiri hantar aku ke Krabi naik flight dorang tanpa ada pertambahan kos.
Ikut logik aku la kunun.
Dan aku pun call MAS call center di 1-300-88-3000.
Mula-mula, call center staff tu cakap, tak bole tukar tarikh.
Sebab seat untuk tiket class serupa tiket murah aku tu semua sudah fully booked.
Dan juga, ramai orang yang serupa nasib macam aku sudah tukar flight dorang lebih awal sebaik tau notis pemberhentian route ke Krabi tu.
Alamak ai. Aku pun bagitau la bahawa aku tidak kena advise macam tu.
Kalau aku tau boleh tukar tarikh, mesti aku sudah buat lebih awal.
Now, what to do?
Lepas tu, dia kata, put on hold jap, dia mau bincang dengan officer dia.
And then, aku dapat berita gembira.
Aku boleh pilih mana-mana return flight MAS ke Krabi asalkan economy seat masih ada.
Tidak kisah class apa pun. Promo ka, Smart ka, Flex ka. Asalkan kelas ekonomi.
Sebab kununnya, bukan aku yang suka-suka mau tukar at first.
MAS yang cancelkan route kami ni dulu kan.
Syukur Alhamdulillah.
Tapi dengan syarat - pertukaran ini hanya sekali sahaja. Kalau mau tukar lagi lepas ni, kena bayar beza harga tiket dan caj penalti.
Okeh.
Jadinya, lepas bincang ala kadar dengan Abang Edi, kami sepakat memilih tarikh 23 April hingga 26 April 2015.
Aku, Addin dan Zara terpaksa ambil cuti 2 hari.
Abang Edi tidak perlu. Sebab dialah bos, dialah kuli.
Oleh kerana 23 April 2015 tu hanya tinggal kurang daripada 10 hari saja lagi, jadi aku pun cepat-cepat buat booking hotel.
Kebetulan, ketika aku dapat ilham baek punya tu, hari Songkran baru saja berlalu.
So, kawan aku ada update instagram dia di Krabi.
Dia review hotel Ao Nang Orchid Krabi tu memang terbaek.
Hotel halal, dekat dengan laut, dekat dengan happening area.
Just like I wanted.
Aku buat survey melalui trivago.com dan hotelscombined.com,
Rate paling murah adalah melalui airasiago.com iaitu RM759 untuk 3 malam bagi bilik Grand Superior beserta breakfast.
Murah pun tak murah sangat la.
Tapi aku percaya dengan review member aku tu.
Bedal saja la.
Rate paling murah tu comes with a twist - nonrefundable, cannot be changed and cancelled.
Aku pun fikir - apa ada hal? Next week je lagi pun.
Bukannya ada mega plan apa pun next week.
Bos aku pun sudah bagi green light.
Kira halal la.
Konflik 2) You win some, you lose some.
Cerita ni berlaku pada 17 April 2015.
Di saat fikiran aku sudah sampai awal ke Krabi tapi badan aku masih di KL.
Berita baik ini aku belum sempat share dengan Addin dan Zara pun.
Saja mau surprise kunun.
Bahaya. Kalau bagitau awal-awal, nanti dorang bising bagitau rakan sebaya dan guru-guru dorang.
I don't want any negative attention from people. Sebab sekarang bukan musim cuti sekolah.
Dan aku tidak bangga pun dengan tindakan sengaja mencutikan Addin dan Zara daripada menghadiri sekolah.
OK. Back to the story.
Cerita ni berlaku pada 17 April 2015, jam 5.16 petang.
Masa bekerja aku berakhir pada jam 5.30 petang.
Sambil aku kemas-kemas meja, dapat email yang mengatakan aku dapat APC dan akan jadi wakil jabatan kami untuk Majlis APC JPM di PICC pada 23 April 2015.
Alamak ey... aku pun tidak tau mau gembira ka mau menangis sekarang ni.
Gembira tu memang gembira. Syukur sangat Alhamdulillah.
Sebab my hard work, my efficiency, my personality is being recognised by the higher forces.
May the force be with you.
Tapi, dalam masa yang sama, tarikh majlis APC tu tepat kena pada hari aku cuti-cuti Krabi.
Dan bermakna aku kena pinda masa flight - nasib baik aku terima APC pada sebelah pagi.
Dan kalau pinda flight, maknanya aku kena bayar caj penalti.
Hidup ini bagaikan drama.
Bayar sajalah.
Aku call Abang Edi, dia suruh aku yang bare the additional cost sekiranya ada.
Aku call mama, dia cakap, bayar saja la. Mau buat macamana.
Aku call Tasha, dia bagi nasihat baik punya "You win some, you lose some".
Malas mau pening-pening, aku call MAS Call Center.
Aku tanya dorang berapa aku kena bayar kalau aku mau pinda masa penerbangan.
Itu ja la damage yang paling murah aku kira-kira dalam kepala otak aku.
Mesti terbang pada hari tu juga sebab tempahan hotel tidak boleh dipinda-pinda.
Call center officer tu jawab "Kalau puan nak tukar flight boleh, tapi yang ni last. Lepas ni sebarang pindaan akan kena caj".
Yezza!! Just what I want to hear!
Dengan senang hatinya, aku tukar flight kami ke sebelah petang iaitu pada pukul 2.25 petang.
Maknanya, lepas upacara APC tu, aku kena bergegas ke KLIA.
Kena senget sikit kepala mau tengok.
Alhamdulillah.