google analytic

Nuffnang

Friday, April 3, 2015

Jalan-jalan ke Nakamise Street, Asakusa di waktu malam

(tarikh lawatan: 26 Januari 2015, Isnin)

Di suatu hari bekerja selepas kelas, aku terjebak follow kawan aku dari Myanmar ke Nippori untuk mencari kain cotton Jepun.
Aku cari cotton sebab Tasha kirim.
Tasha ni gila everything about kain yang boleh dibuat baju kurung dan baju pegi kerja. 

Tapi by the time kami sampai tu, kebanyakan kedai kain di Textile Town sudah tutup.
Nasib baik ada satu kedai masih dibuka.
Walaupun ada mahai sikit daripada kedai kedai Tomato yang diuar-uarkan murah di blog lain, tapi pilihan kain adalah pelbagai dan penjualnya boleh faham english sikit-sikit.

Skrip jepun paling simple aku guna, "Kore wa.. 4 meter.. ikura desu ka?" (sambil pegang kain dan tunjuk 4 jari) 
Kore wa = ini
ikura desu ka = berapa harga
Yang penting orang kedai faham.

Cotton jepun. Harga termasuk consumption tax lebih kurang 1900 yen atau RM60.
Tasha cakap murah sangat kalau mau dibandingkan dengan harga di Malaysia.
Mutu, tesktur tenunan dan warna kainnya amatlah berkualiti.
Well, I don't know.
Aku memilih dalam keadaan juling.
Aku main beli ja sebab tidak mau terasa rugi.
Travel jauh-jauh dari Hatagaya ke Nippori siap transit Shinjuku. 
Kalau tidak beli apa-apa memang membazir. 

Dari Nippori, aku menuju ke Asakusa. 
Asakusa ialah salah satu tourist spot yang popular dan wajib pegi kalau anda melawat Tokyo.
Di Asakusa pelancong boleh mencari pelbagai souvenir dan berpeluang melawat Buddha temple, Senso-ji.
Tujuan aku ke Asakusa ialah untuk mencari kimono, permintaan adik aku yang gila tentang segala yang berkaitan Jepun.
Maybe dia boleh pakai untuk raya tahun ni. 

Kena transit di Ueno.

Akhirnya sampai di Asakusa.
Simbol Asakusa, Kaminarimon gate.

Bawah tanglung besar tu, ada corak naga.


As you can see, Nakamise Street ni sudah semakin sunyi sebab banyak kedai sudah tutup.

Aku rasa aku kena datang lagi hujung minggu ni sebab mau cari kimono si Lina di kedai ni.

Kaminarimon gate yang kedua untuk masuk kawasan Senso-ji temple. 

Ambil gambar pakai iphone.
Bukan iphone yang salah, aku yang tidak pandai ambil gambar cantik.

Senso-ji temple. 
Sudah tutup pun.

Lorong sebelah Nakamise Street.

Kedai serbaguna tu di sebelah kanan tu ada free wifi.

The only kedai yang buka jual kuih bahulu berinti kacang merah atau nama jepunnya, ningyo-yaki.

Aku pun sudah lupa berapa harga kuih bahulu tu.
Tapi lebih jimat kalau beli 10.

Ambil kesempatan selfie ketika Asakusa tidak sibuk.

Dinner makan ningyo-yaki ni ja.

Sedap juga :)
Good to be eaten in 3 days. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...