google analytic

Nuffnang

Monday, April 27, 2015

Sabtu kedua di Tokyo - Tokyo Skytree dan Asakusa (31 Januari 2015)

Hari minggu kedua di Tokyo ni adalah hari yang paling mengujakan untuk aku sebab aku boleh jalan-jalan di bandaraya Tokyo dengan berteman!
Teman yang datang jauh dari Kuala Lumpur.
Tak lain tak bukan ialah kawan baik dari zaman UM, Wawa!!

Kisahnya, ketika hari pertama aku upload status aku yang bagitau aku di Tokyo, Wawa tanya aku di Tokyo sampai bila.
Aku pun bagitau la sekian sekian sekian.
Aku siap ajak dia datang Tokyo sekali. Aku berani la ajak Wawa ni sebab dia masih single, karier mantap dan kaki travel juga.
Tak sangka dia betul-betul datang. Kebetulan adiknya, Azwa juga kena datang Tokyo atas urusan kerja.
So, dia bole share kos penginapan dengan adik dia saja.
Penjimatan bernas di situ!

Dia sampai hari Jumaat semalam dengan disambut oleh turunan salji.
Hari ni, aku cadangkan supaya kami melawat Tokyo Skytree dan Asakusa.

So, aku keluar seawal jam 9.30 pagi. 
Kunun janji jumpa di stesyen Oshiage.
Laluan terbaik dari JICA TIC ke Oshiage ialah dengan menggunakan train dari Yoyogi-Uehara di Chiyoda Line. 
Kemudian tukar train di Omotesando untuk ambil train ke Oshiage guna Hanzomon Line.

Dari JICA TIC ke Yoyogi-Uehara, akan lalu taman Yoyogioma Park.
Pagi ni ada latihan baseball budak sekolah.

Aku sudah sampai di Oshiage station lebih kurang jam 10.30 pagi macam tu.
Wawa lambat sikit sebab dia masih confuse dengan train system di Tokyo.
Siap kena tukar train di Ueno pula tu.
Situ memang kena banyak menapak.

Que beli tiket Tokyo Skytree pada jam 11 pagi.
Still manageable. 

Hari ni, aku sengaja on data roaming supaya senang aku berhubung dengan Wawa.
So, sambil tunggu Wawa, sempat la aku buat Facetime dengan keluarga di KL. 

Aku sempat ambil gambar Tokyo Skytree dari bawah di pagi yang cerah tapi berangin ini.

Jam 11.50 macam tu baru la kami dapat start que.
Que punya la panjang nak matik!
Tapi sebab aku ada teman, kira halal saja la.
Masa di Tokyo sudah semakin terhad.

Kami sempat beramah mesra dengan auntie belakang tu.
Tapi cakap macam ayam jumpa itik.
Nasib baik aku faham sikit-sikit japanese.

Ketika berbaris, kita akan dihiburkan dengan maskot Skytree.

Masuk 1 jam berbaris baru la dapat sampai tiang ni.
Info di tiang tu bagitau tinggi observation deck ialah 350 meter dari lobi, aras 4F atau dari aras laut.
I was not sure.


Sporting betul cashier tu.

Harga tiket untuk seorang dewasa naik Tokyo Skytree ialah 2060 Yen atau RM63 begitu.

Lepas dapat tiket tu, more waiting. 
Penantian jadi semakin lama sebab keadaan yang berangin menyebabkan lif naik ke atas terpaksa ditangguhkan buat sementara.
Masa untuk dapat naik ke observation deck tidak dapat dipastikan.

After waited for almost 2 hours, kami pun give up.
Minta refund tiket dan keluar baris.  
Kalau refund ticket, kita akan diberi kelebihan untuk priority lane sekiranya kita berhasrat untuk pegi ke Tokyo Skytree semula.
Tidak perlu berbaris lama lagi. 
Hanya tunjuk resit refund sahaja. 

Okeh. Mesti selfie dengan Skytree Tower ni.

Lapar punya pasal, kami terjah ke kedai Sushi yang kosong yang kami jumpa di shopping complex dalam bangunan Skytree.
Harus la kosong sebab masa sudah menunjukkan jam 2 lebih petang. 

Excited-ne!!
Ada bluefin tuna, sea urchin dan fresh abalone!
Harga pun rasanya lebih kurang dengan sushi di Malaysia.

While waiting.

Green tea yang panas dan pekat likat.

Aku dengan penah kekaguman ambil video pacik chef sushi ni buat kerja. 

Edo Tokyo Sushitsune.

5 macam sushi.

Aku rasa ni unagi.

Teluq.

Bluefin tuna.

Teluq ikan. 

Soton kurita.


Wasabi dan gari (jeruk halia).

Semuanya sedap. And I'm not exaggerating.
5 macam sushi. Makan 2 orang. Boleh kenyang.
Ka perut masuk angin sebab baris lama sangat mau naik Skytree kunun.

Selfie lagi.

Kami sempat beli jajan ni.
Small and cute meringue perasa kelapa.
Sedap dan manis.

Lepas makan dan beli snack, kami menuju ke Asakusa.
Jalan-jalan cari souvenir.

Kalau mau jalan-jalan di Asakusa cari souvenir, bole pegi ke Nakamise Street ni.
Last time aku ke sini sebelah malam, kedai pun sudah banyak tutup.
Datang hari ni weekend tengok, punya la ramai manusia.


Asakusa dengan Tokyo Skytree ni dekat ja.
15 minit jalan kaki boleh sampai.

Oleh kerana aku sudah ada member, maka boleh la dapat gambar sorang-sorang nampak satu badan macam ni.
Selalu lone ranger ja. Jadi dapat berselfie ja la. 

Atap pagoda.

Dewan utama Sensoji Temple. 

Laci simpan kertas wish kot.

Kertas wish tu mungkin boleh dibeli di sini. 

Kedai buat kuih bahulu berinti red bean dengan cara tradisional. 

Depan kedai ice-cream burger.

Ice-cream burger yang berharga 300 Yen. 
Kecil ja rupanya.

Ice-cream yang diapit dengan dua biskut nipis.
Biskut tu sama rasa dengan kon ice-cream yang kita selalu guna di Malaysia ni. 

Lepas tu try makan kuih mochi pula.
Manis gila. Inti ubi manis. 

Wawa ni memang rajin ambil gambar.
Kalau harap aku sorang ja, memang setakat 1-2 helai ja la gambar aku.


Gadis manis berkimono. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...