google analytic

Nuffnang

Thursday, January 28, 2016

Tahun 2015 dalam kenangan - Year 2015 in review

Januari 2015

Addin tahun 3 di sekolah dan dilantik sebagai pengawas sekolah.
Di sekolah dia ni, pengawas paling muda dari kalangan Tahun 3.
Awal tahun si Addin ni semangat la jadi pengawas.
Bila hujung tahun, jadi cerita lain pula.


Si Zara ni juga yang rileks pegi tadika dengan rakan seperjuangan.


Gambar hari pertama kursus JICA. 

The highlight of my January in 2015.
Pertama kali ke Jepun.
Dan pertama kali juga ke luar negara atas urusan kerja (kesian betul aku ni).
Pertama kali travel ke luar negara berseorangan tanpa ahli keluarga mahupun rakan dari Malaysia. 
Berjumpa dengan kawan baru dari negara lain.
Best experience ever. 

Februari 2015

Gambar hari terakhir kursus JICA. 

Still in JICA mood sebab kursus ni cover sampai the first week of February 2015.

Mac 2015

Tidak lengkap perjalanan ke Hong Kong tanpa singgah di Avenue of Stars. 

Beg pegi Jepun pun belum habis unpack, kami sekeluarga pegi Hong Kong pula.
Tujuan percutian ialah : Round Disneyland Hong Kong sampai kaki mau tercabut.
Orang bagitau Disneyland Hong Kong ni la yang paling kecil jika dibandingkan dengan Disneyland park yang lain.
Sungguh pun begitu, aku teramatlah penat meround sampai boleh short nap lagi atas bench. 
Yang penting, bukan saja Addin dan Zara, Mama dan adik-adik aku pun gembira.

April 2015

Love this view bangat!

Beg pegi Hong Kong belum habis unpack, bulan ni kami pegi Krabi pula.
Sepatutnya pegi bulan Mei. 
Tapi disebabkan oleh penstrukturan semula route oleh MAS, maka terpaksalah kami awalkan.
Walaupun Krabi amatlah over-rated, tapi aku suka makanan di sana. 
Nom nom all the way. 

Mei 2015

Bergambar dengan rakan-rakan satu cawangan yang dapat APC juga. 

Highlight of my May 2015.
Kali kedua dianugerahi APC sepanjang 10 tahun perkhidmatan.
Kali pertama di jabatan baru. 
Syukur Alhamdulillah.

Team dengan Liean, Jono and Oneal.

Kurang penting, tapi mau highlight juga.
Sebab ini adalah event berlari pertama yang aku join semenjak dua menjak running menjadi trend.
Tapi mungkin menjadi last juga sebab aku blackout kejap selepas berlari sambil dikejar zombie dalam hanya tempoh 10 minit.
Kesian. Haha.

Jun 2015


Cuti sekolah pertengahan tahun 2015 kami gunakan dengan melancong ke Tioman!
I love Tioman so much walaupun memula tu agak skeptikal.
Aku skeptikal sebab Tioman ni jauh dari KL dan aku tidak suka naik feri ekspress  sebab aku ada claustrophobia.
Nasib baik Tioman ni best. Next time boleh pegi lagi.
Tapi kena extra sapu sun screen.
Balik KL kulit terus jadi hitam legam terbakar. 

Gambar aku pada Hari Berkabung Sabah, 8 Jun 2015.
Tanda solidariti. 

Dalam bulan ni juga Malaysia dan Sabah khususnya dikejutkan dengan berita gempa bumi di Ranau.
Sebagai anak jati Sabah dan Mama aku pun asal Ranau, mestilah aku sentimental kan. 


Julai 2015

Dalam bulan julai ni, aku dapat tau aku yang aku mengandung, unplanned one. 
I describe my experience as - mix emotion. 
Suka ada, tegezut ada.
Dan yang paling suka tentunya si Addin and Zara.
Dorang siap broadcast di sekolah lagi. 
Siap plan nama apa yang dorang mau mengikut citarasa masing-masing. 
Upin ipin la, Dora la.
Tapi tidak lama lepas tu, baru tau 2-3 hari lepas buat pregnancy test sendiri, kandungan aku gugur di minggu ke-5. 
Sedih juga la walaupun belum seminggu aku tau pasal new baby ni.
Terpaksa la aku tinggal puasa 10 hari sebab bleeding aku yang agak lama. 
(Setakat ni baru qada' 6 hari.. huhu)


Selamat hari raya!
Tema biru.


Ogos 2015


Nothing much happened in August 2015 kecuali birthday Abang Edi yang ke 39.
Gambar di atas menunjukkan kami try makan lunch di restoran chicken rice ball yang popular di Melaka. 

September 2015


Aku pegi Perth dengan Nurul pada cuti sekolah bulan 9.
Sepatutnya pegi dengan si Tasha (tu pasal kena pegi time cuti sekolah) tapi dia pula tidak sihat dan unfit to fly.


Sehari lepas balik dari Perth, raya haji pula.
Gambar Abang Edi dan si Addin ja yang hensem time raya haji tu.
Aku dan Zara tak ensem.


Lepas raya haji, kami sekeluarga fly ke Langkawi pula.
Gambar di atas ialah ketika kami stay di Meritus Pelangi Langkawi. 

Oktober 2015


Bulan Oktober ialah bulan kelahiran saya!
Kek di atas walaupun nampak macam tidak cantik tapi sebenarnya sedap.
Tambah sedap lagi sebab Abang Edi beli kek ni dan surprise kan saya..
Uuuu... so sweet.. 


Bulan Oktober juga ialah bulan kelahiran our little girl Zara!
Besar sudah anak Mummy dan Daddy.
Tahun 2016 ni darjah 1 suda. 


Gambar di atas menunjukkan pengakhiran episod jerebu yang teruk di Malaysia.
Thank but no thanks our neighbour country yang mengirimkan jerebu ini.

November 2015

Bulan November ialah bulan yang penting dalam perjalanan karier aku.
Tapi pasal aku tidak suka mau cerita pasal hal opis dalam blog ni, so I just keep it silent. 

Zara sudah grad tadika!!
Dan pada hari itu juga aku notice a new thing: Zara ni jenis pemalu.
Ada stage fright sebab dia ada persembahan membaca teks English.
Tapi suaranya sayup-sayup ja.

Addin pula menghabiskan penggal tahun 3 dengan keputusan Top 11 daripada 378 orang pelajar.
Kalau dapat no. 10 mesti boleh datang Hari Kecemerlangan Sekolah.
Takpe la. 
Next year usaha lagi ya sayang. 

Oh dan ya, tahun depan dia kena offer jadi pengawas lagi.
Tapi dia tidak mau sebab dia kata tiada masa mau rehat dan bermain dengan kawan-kawan.
I was like "What...?"
Tidak apa la.. Not everyone like jadi pengawas..
Termasuklah anak aku yang sorang ni. 
Kena pula dengan Addin yang tidak suka pakai baju lengan panjang dan tie leher dan bervest pula.
Panas katanya.
Suka hati la. Yang penting, jadi budak baik. 

Disember 2015

Highlights of my December - trip to Japan!
Sebenarnya kami sudah sampai sana hujung bulan November lagi, tapi tidak apa la.
Bulan November terlebih highlights suda.

Japan - Impian aku bawa Abang Edi ke sini.

Dan budak 3 orang ni including Tasha.

Dan Addin dan Zara.

Dan Mama.

Tidak dilupakan, bulan Disember ialah bulan kelahiran Mama dan Addin.
Mama 2 Disember, Addin pula 3 Disember.
Pandai betul aku menyusun.
Dorang dua sambut besday di Tokyo. 

Tahun ni juga menyaksikan Addin dan Zara di pos laju ke Labuan sebagai Young Passgenger Travelling Alone.
Cubaan pertama kami berjaya Alhamdulillah walaupun ada sedikit masalah berlaku ketika proses check-in.
Addin dan Zara sungguh gembira dan ini lebih menggembirakan aku dan Abang Edi sebagai persediaan kami untuk projek besar tahun 2016, InsyaAllah.


Zara punya first day berpakaian sekolah rasmi sebagai pelajar Tahun 1 di Hari Orientasi.


Bye 2015!!











Wednesday, January 27, 2016

Musim Luruh di Jepun 2015 - Suka duka travel selama 7 hari 6 malam di Jepun

Banyak suka daripada duka.
Kalau ada duka pun, tiada la berduka sangat.

Biasalah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Apa-apa pun, kesemua kami dimurahkan rezeki - kesihatan, masa, wang ringgit, kecergasan - dapat menghabiskan trip Jepun pada Disember yang lepas.
7 daripada 8 orang sihat walafiat - Abang Edi seorang sakit lutut start hari kedua.

Kita mulakan dengan yang positif dulu. Cerita-cerita yang berkaitan dengan unsur gembira, kagum dan kelakar yang mungkin aku belum cover dalam post sebelum ni ada di sini.

1. Kejayaan bajet

Dengan bangganya aku mengatakan bahawa aku berjaya susun bajet kami tidak lebih daripada RM3500 untuk satu kepala untuk trip kami selama 7 hari 6 malam di bumi Jepun.
Bajet di atas merangkumi kos flight pergi balik KUL-KIX dan HND-KUL, kos penginapan guna airbnb dan kos JR Pass.
Tidak merangkumi kos naik train selain JR, makan, souvenirs, shopping, dan lain-lain yang terbeli semasa di Jepun.
Dan perjalanan kami itu mampu membawa kami ke Hiroshima, Kyoto, Osaka dan Tokyo.  

Tips:
Kalau sudah terbeli tu JR Pass, pergi la sejauh yang boleh dan yang terlarat untuk dicover dalam masa tempoh sah JR Pass digunakan. 

2. Toilet

Toilet moden di Jepun adalah toilet yang terbaik dalam dunia.
Almost everywhere in Japan ada toilet jenis macam ni.
Kalau termasuk toilet yang jenis manual, tiada auto bidet di Jepun, aku akan keluar semula sebab macam tidak selera mau guna.
Aiseh.. pasal toilet pun mau poyo.

3. Naik shinkansen sampai muntah

Objektif trip kami ke Jepun kali ini ialah 'Naik Shinkansen sampai muntah'.
Aku sengaja buat macam ni sebab Mama dan Abang Edi selalu menyuarakan hasrat hati dorang mau merasa naik shinkansen tu macamana.
Aku pun mau merasa juga la mau naik shinkansen sebab last time ke Jepun dalam Januari 2015, mana aku ada peluang mau naik shinkansen tu. Mahal kan.

4. Orang Jepun yang berdikari

Kebanyakan orang Jepun yang kami jumpa di sepanjang trip kami ni boleh dikatakan berdikari.
Sifat berdikari dorang ni bukan hanya terhad pada remaja dan dewasa berkerjaya.
Tetapi meliputi budak primary school, orang tua yang jalan guna walker, orang cacat anggota (kesukaran berjalan) malah orang yang cacat mental.

Mungkin kadar jenayah yang rendah menyebabkan mereka selesa dan selamat berjalan di luar tanpa perlu ada bantuan dan sokongan orang lain.

I wish I can let my children to do that - pegi kedai 99 belakang rumah beli kicap misalan.
Tapinya, kirim salam la kita boleh buat macam tu lagi sekarang ni.
Jangankan kata mau suruh anak aku, aku sendiri jalan sorang-sorang pun aku tidak berani.

The only time aku berani bagi anak aku jalan sorang ialah dari rumah mama sedara aku ke rumah mama aku di kampung. Di kampung.
Itu pun aku sudah cukup gembira sebab dapat bagi dorang peluang berjalan sorang berdikari macam tu.

5. Jakir terbuka pintu rumah orang

Ini berlaku ketika kami menginap di rumah Machiya di Tokyo.
Kisah berlaku awal pagi, tidak silap aku sebelum kami keluar ke Gotemba.
Si Jakir ni sudah awal bersedia untuk memulakan perjalanan kami hari tu.
Jadi, dia pun lepak di luar rumah sementara Mama dan adik-adik perempuan aku bersiap di atas.
Rumah tu kan sempit tu la si Jakir melepak di luar ja ambil angin pagi sambil round kawasan.

Lepas habis round kawasan, dia pun buka pintu rumah.
Rupanya, dia terbuka pintu rumah jiran yang pintunya lebih kurang dengan pintu rumah kami.
Pintu tidak berkunci.
Sebaik dia buka pintu, boleh pula ada wanita tua (tuan rumah) ngam-ngam depan pintu tu dari bahagian dalam rumah.

Dan tuan rumah itu seraya berkata "Ohaiyo Gozaimas" sambil membongkok tanda hormat.
Sapaan tuan rumah itu dibalas dengan blur oleh si Jakir dengan ucapan yang sama dan disambung dengan perkataan "Sumimasen" sambil membongkok.
(Sebenarnya si Jakir tidak tau mau cakap apa pun, dia main taram ja sebut Sumimasen).
Jakir tutup pintu rumah orang tu dan terus balik ke rumah yang sebenar.

Jakir cerita insiden tu sama aku.
Aku rasa cerita tu kelakar gila dan kagum sebab aku tidak sangka tuan rumah tu tidak marah malah mengucapkan selamat pagi pula kepada stranger yang buka pintu rumahnya.
Funny but nice.

6. Akan pergi lagi.

Semua ahli rombongan yang pergi Jepun last Disember tu (tidak termasuk tour guide iaitu aku), mereka bersetuju bahawa Jepun adalah destinasi terbaik dan terpuas hati yang kami pernah alami setakat ini.

Mungkin kerana dorang dapat tengok sendiri cara hidup orang Jepun secara lebih kurang.
Mungkin kerana dorang sendiri merasa duduk di rumah orang Jepun, jerih payah terpaksa naik turun train station, berjalan kaki dalam jarak yang jauh, mencari makanan Jepun, masuk supermarket orang Jepun, berkomunikasi dengan orang Jepun yang sopan.

Semua di atas, mungkin tidak akan dialami (kalau ada pun mungkin sedikit) sekiranya mereka pergi dengan travel agent yang menyusun itinerari dengan sebaiknya, naik bas, duduk hotel, disuap dengan info-info berguna tapi info itu sekadar teori, kurang praktikal.

Di sebalik suka, juga ada dukanya.
Tapi tidak banyak.

1. Banyak itinerari yang tidak jadi. 

Walaupun banyak kelebihan kalau kita travel di Jepun tanpa travel agent, tapi ada juga kelemahannya.
Banyak benda yang aku plan tidak jadi sebab masa yang mencemburui kami.
Kami tidak dapat melawat Bamboo Grooves di Kyoto pada waktu siang dan mencari Geisha di Gion.
Addin dan Zara tidak berkesempatan melawat Muzium Doraemon dan Muzium Robot sebagaimana yang dorang idam-idamkan.
Abang Edi tidak dapat melihat suasana happening di Akihabara dan Shinjuku.
Mama tidak dapat berkunjung ke Odaiba.
Lina tidak dapat pegi Muzium Ghibli di Tokyo.

Oleh itu, sebab banyak sangat yang kami tidak sempat cover dalam trip Jepun kami yang lepas, InsyaAllah, kalau dimurahkan rezeki, kemungkinan besar kami akan ke sana lagi pada masa akan datang.
Mungkin, akan ke Hokkaido dulu dan kemudian ke Tokyo.

Tips: 
Kalau mau jalan sendiri tanpa travel agent ke mana-mana pun bukannya di Jepun saja, kena pastikan masa dan tempat untuk makan dan pergi toilet dimasukkan dalam rancangan perjalanan anda untuk supaya rancangan perjalanan anda lebih realistik dan tidak terlalu ambitious. 
Selalunya, dua unsur ni la - makan dan toilet time- yang akan bikin kacau travel plan.

Sekiranya anda ingin ke Jepun pertama kali tanpa membayar khidmat tour agent dan belum berpengalaman untuk menguasai sistem train di Jepun, sila adjust travel day 1-2 hari (ikut tahap learning curve tuan puan) untuk membiasakan diri dengan sistem train travel di sana.  












Monday, January 25, 2016

Musim Luruh di Jepun 2015 - Penginapan bajet di Jepun untuk 8 orang dengan menggunakan Airbnb

Trivia:
Idea untuk start Airbnb ini dicetuskan oleh Brian Chesky dan rakan serumahnya Joe Gebbia yang takde duit nak bayar sewa rumah.
So, dorang pun berkerjasama dengan seorang jurutera bernama Nathan Blecharczyk untuk bangunkan Airbnb pada tahun 2007.
Sekarang, company Airbnb bernilai 25 billion USD dan si Chesky yang tade duit tadi tu bernilai 1.9 billion USD. Respect!

www.airbnb.com/c/nawang?s=8
Klik link di atas untuk set up profile anda di airbnb dan dapat diskaun!


Untuk cari bilik 2 orang di mana-mana destinasi adalah senang.
Mencari bilik yang boleh menempatkan 4 orang sebilik dengan harga yang mampu milik adalah cabaran.
Inikan pula berlapan dengan macam-macam jenis perangai dan keperluan.
Dari yang kanak-kanak hingga dewasa ke warga veteran.

Tambahan pula ketika kami ke Osaka last month tu, kebanyakan hotel di Osaka sold out.
Di Tokyo masih banyak yang available.
Tapi masih boleh dikategorikan sebagai mahal untuk golongan marhaen seperti kami.

Thanks to Airbnb, platform ni sudah banyak menolong aku menjimatkan kos penginapan untuk travel kami sebelum ni di Italy dan Indonesia.
Dan terkini, di Jepun pula.
Di negara yang living costnya mahal pula tu.
So, boleh dikatakan salah satu faktor kejayaan aku mengurangkan kos travel kami berlapan di Jepun adalah dengan menggunakan Airbnb.

Cumanya lagi kan, cari Airbnb yang menepati citarasa (especially untuk 8 orang) tidaklah senang sangat.
Itu pun kalau korang ni jenis bertimbangrasa dan mengambil tahu personaliti dan keperluan setiap ahli rombongan.
Kalau jenis main taram cari asal yang murah ja, memang mudah cari Airbnb.

Tak best la pilih airbnb kalau ikut citarasa ketua rombongan ja.
Pilih asal murah saja, pilih asal dekat saja. That's wrong. Aiseh.
Sebagai ketua rombongan, seboleh mungkin kita kena la pastikan ahli rombongan kita gembira.

Ciri-ciri yang menjadi keutamaan aku ketika buat tempahan airbnb untuk last trip kami di Jepun ialah:

1) Review yang tiptop - Rumah yang best dan servis yang baik yang diberikan oleh tuan rumah akan dipuji oleh customer airbnb. Contoh servis yang baik dan beyond, tuan rumah jemput di airport atau train station, tuan rumah bagi free meal or free anything, etc. Jangan pilih airbnb dengan review yang negative.

2) Sewa yang bernilai - Bukan murah semata-mata. Airbnb yang terlampau murah mungkin akan bagi zero value kepada anda. Hanya sebagai tempat tidur sahaja tapi tidak bersih dan tidak selamat. Apa yang penting ialah, pastikan sewa dalam bajet yang ditetapkan dan bernilai dengan ciri-ciri rumah dan servis yang diberikan oleh tuan rumah.

3) Dekat dengan train station - Train adalah metod transportation awam yang paling popular di bandaraya Tokyo dan Osaka. Pilih la rumah yang dekat dengan train station mengikut tahap kemampuan berjalan kaki ahli rombongan anda. Oleh kerana rombongan kami ada warga tua berumur 56 tahun which is my Mama, maka tidak la boleh pilih airbnb yang jauh kan. 500 meter tu just ok untuk 5-10 minit berjalan kaki. Distance to the closest train station that is less than 500 meter is a bless.
Boleh tengok jarak airbnb dengan train station terdekat dengan rujuk pada Google Maps. Kalau anda guna JR Pass, boleh pilih airbnb yang dekat dengan JR station dan bukan train station dengan tajuk yang bukan JR untuk menjimatkan kos pengangkutan.

4) Mesti ada sekurang-kurangnya 2 bilik tidur - the more the better - Satu bilik untuk keluarga nukleus aku selepas kawin, dan satu bilik lagi untuk keluarga nukleus aku sebelum kawin. Privacy is the key. Aurat adik-adik perempuan aku perlu dijaga. (Kalau rombongan adalah bujang satu jantina, tiada bilik pun boleh. Tidur ja ala dorm beramai-ramai.)

5) Mesti ada dapur - tujuan penjimatan masak sendiri. Yang penting ada rice cooker dan microwave untuk panaskan lauk brahim. Kalau ada stove lebih bagus so boleh goreng telur dadar.

6) Free Wifi - Kebanyakan airbnb di Jepun akan berikan kemudahan mobile wifi router yang boleh dibawa keluar untuk kita gunakan ketika jalan-jalan di luar rumah.

Tips: 
Kalau anda pilih airbnb yang laku dan terhangat di pasaran dan anda pula check-in ketika hujung bulan, kelajuan internet mungkin akan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. 
Kuota internet mungkin sudah cecah limit kerana dilenjan sepuas-puasnya oleh customer airbnb yang terdahulu. 
Kalau anda masuk awal bulan, kelajuan internet akan laju berdesup sebab kuota internet sudah refresh kembali ke asal. 

7) Ada seterika - Amatlah penting untuk kami kaum hawa yang guna untuk iron tudung ni.

8) Ada tv - Untuk keperluan hiburan feel Jepun. Turn out membazir ja sebab kami pun bukan tengok sangat tv semasa di sana. Huhu.

9) Dibenarkan merokok - tidak wajib tapi bagus sekiranya ada so Abang Edi tidak perlu pergi jauh untuk ambil oksigen.

Berdasarkan 9 ciri di atas, aku pilih 2 airbnb. Satu di Osaka, dan satu lagi di Tokyo.

Airbnb di Osaka

Tuan rumah: Shino-san
Jenis rumah: Landed house, 2 tingkat, 5 bilik (4 bilik twin + 1 bilik bujang), 2 bathroom, 2 toilet, dapur lengkap, tv dan nintendo wii, wifi, roof terrace
Lokasi: Chibune, Osaka. 500 meter dari Chibune train station, 50 meter dari Osaka Mosque, halal store, halal restaurant

Airbnb url: https://www.airbnb.com/rooms/8319303

Review:

1) Senang cakap, rumah Shino ni la yang paling aku suka sejak berkecimpung dalam dunia Airbnb ni.

2) Pengalaman airbnb pertama untuk Mama dan adik-adik aku. Dorang pun suka rumah Shino ni.

3) Rumahnya teramatlah homey. Tidak terasa seperti duduk di rumah sewa langsung. Rasa macam rumah sendiri. Tak kosong. Ada jiwa.

4) Ketika aku buat booking rumah Shino, description si Shino tentang rumah dia macam biasa-biasa saja. Tiada sense of memuji rumah sendiri. Dan belum ada verified review. At that point of time, Shino baru sangat jadi host airbnb. (Sekarang ni, gambar-gambar rumah dia dah cantik. Ada peningkatan di situ).

5) Walaupun belum ada review, aku booking juga rumah Shino sebab harga Shino bagi is quite murah untuk satu kumpulan besar. Harga yang kami bayar ialah Euro 404.

6) Dan lagi satu, Shino balas semua email aku dengan cepat.

7) Kelapan-lapan kami dapat bergerak dengan selesa di rumah ni. Tidak sempit.

8) Bilik air dan tandas masing-masing ada dua. So, tidak berebut sekiranya ada yang berak dan berendam dalam tub mandi lama berjam.

9) Shino ni tak kedekut. Dia sediakan towel, bantal, selimut yang banyak suka hati la mau pakai banyak mana. Shino juga bagi free green tea, ole-ole jepun berupa kain untuk balut bento, small purse coin, kipas jepun, japanese snack. Siap bagi pampers lagi sebab dia ingat kami bawa baby. Hoho. Kami bagi dia Sabah Tea dan dodol ja. Segan pula aku.

10) Segala benda dalam peti ais dan kabinet dapur si Shino ni free to use. Minyak makan, teh, kopi, gula, yogurt, air sejuk etc - suka la guna macamana pun. Yang penting, pandai-pandai la kemas balik.

11) Kalau aku datang ke Osaka lagi dengan ahli rombongan yang ramai, besar kemungkinan aku akan datang ke rumah Shino lagi.

Ruang tamu merangkap ruang makan dan dapur.

Bilik twin di atas.

Bilik ni boleh duduk 2 orang di tingkat bawah.

Bilik yang kami 4 beranak gunakan.

Roof terrace. Boleh jemur kain di sini.
Tapi kami guna ja washing machine with dryer tu.

Laundry dan toilet moden di tingkat atas. 

Toilet moden di tingkat bawah.
Kan syok kalau aku pun ada toilet macam ni di rumah.
Kering, tidak berkecah dan moden. Selonotnya.

Bilik mandi dengan tub pendek tapi dalam.
Shino ni provide madam-macam jenis syampu dan sabun. 
Siap ada sabun budak pun. 

Di rumah Shino ni pun ada toys juga. 
Sebelah dorang tu is heater yang boleh dipindah-pindahkan.

Tempat buang sampah di luar rumah.

Our last day here. Christmas is on the air.

Mama dengan beg dorang bersaiz medium.

Rumah ni dekat dengan karaoke.
Rumah ni juga dekat dengan masjid dan restoran halal.

Airbnb di Tokyo

Tuan rumah: Sei-san
Jenis rumah: Landed house, 2 tingkat, 3 bilik (1 bilik ada 2 bunked bed + 1 toys/baby room + 1 open room yang bersambung dengan ruang makan dan dapur), 1 bathroom, 1 toilet, dapur, tv, wifi
Lokasi: Machiya, Tokyo. 500 meter dari Machiya train station

Airbnb url: sila pm kalau mau tau

Review:

1) Sei ni kira macam broker airbnb. Mungkin bukan atau memang rumah dia. Aku pun tidak sure. Sebab di profile dia ada banyak lagi airbnb yang dia handle.

2) Rumahnya serasa kosong. Skema. Banyak rules.

4) Description si Sei tentang rumah dia memang the bomb.

5) Aku booking rumah Sei ni sebab ada review yang bagus. Sei ni boleh berlebih kurang. Aku minta diskaun dengan minta jasa baik dia supaya tidak kira anak aku 2 orang. Harga yang kami bayar ialah Euro 473.

6) Shino balas semua email aku dengan cepat.

7) Kelapan-lapan kami bergerak dengan sedikit kerimasan di rumah ni. Rasa macam sempit. Aku rasa paling banyak pun 6 orang ok kot. More than that memang rimas.

8) Bilik air dan tandas masing-masing hanya ada satu. So, kalau ada yang berak atau mandi bersiram macam puteri bunian memang menjadi kemarahan orang yang tidak tertahan menunaikan hajat.

9) Next time kalau kami datang Tokyo lagi, aku tidak mau booking rumah ni lagi. Bagus cari rumah area Shinjuku. Lagi happening.

Ruang laundry dan bilik air. 
Tuala sudah disukat mengikut bilangan penyewa. Berkira la.

Baby room. Kami guna untuk solat.

Bilik bawah yang ada 2 bunk bed. 
Kami 4 beranak guna bilik ni.
Sempit yang amat lepas letak beg.

Tingkat atas.

Tingkat atas merangkap bilik jadi-jadian dan dapur.
Bilik jadi-jadian means kalau tiada orang, so tuan rumah tidak akan buka tilam.

Dapur.
Tiada cooking oil. Malas mau masak.
Peti ais pun kosong ja.

View dari tilam ke tangga.

Pandangan ke rumah jiran dari tingkap bilik atas.

Check out nanti just drop key di pigeon hole ni.

Begitulah review serba ringkas tenting Airbnb kami.

Kos penginapan keseluruhan kami untuk 6 malam di Tokyo dan Osaka?
Lebih kurang RM 4,310 sahaja.

RM 4,310 / 8 orang / 6 malam = Lebih kurang RM90 seorang/ satu malam.

Sudah kira bagus.

Kalau duduk hotel di Jepun memang tidak dapat la harga macam ni.

p/s: Saja bawa Mama aku try duduk airbnb. Mana tau dia dapat idea buat airbnb juga kan. :)











Friday, January 22, 2016

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 7 - 3 Disember 2015 - Hari last di Japan!!

At last, today is our final day in Japan!
Hari ni kami ada one solid day in Tokyo sebab flight kami akan berlepas balik ke Kuala Lumpur dari Haneda pada jam 11.45 malam.
So, banyak masa untuk bersuka-suka di Tokyo pada sebelah siang.

Ikut plan asal, kunun aku mau bawa family aku round di Odaiba.
Malangnya, sebab ahli jemaah musafir tidak belum berkesempatan untuk mendapatkan ole-ole khas dari Tokyo, maka terpaksa la aku bawa dorang semula ke Asakusa.

Pagi ni kami kena bersiap awal sebab kena check-out dari airbnb kami sebelum jam 10 pagi.
Kalau lambat check-out, nanti kena denda bayar lebih.

Dari Chibune Station, kami menghala ke Hamamatsucho Station. 
Di stesyen Hamamatsucho ni nanti, kami akan naik Tokyo Monorail ke Haneda Airport. 
Kos naik Tokyo Monorail adalah percuma sebab telah dicover dengan JR Pass yang kami ada. 

Tapi flight kami sebelah malam. 
So what we did is kami simpan luggage kami di sini dan barulah bersuka ria di lokasi selanjutnya tanpa perlu mengusung beg yang berat.

Kami guna perkhidmatan locker untuk simpan beg layan diri menggunakan mesin.
Saiz locker yang paling kecil  boleh masuk cabin luggage dengan selesa.
Boleh sumbat seberapa banyak beg yang muat dengan saiz locker yang diingini. 


Kos sewa tempat simpan beg adalah mengikut saiz locker yang sesuai.
Contoh macam locker yang paling kecil ni, sewanya ialah 500Yen.
Tidak perlu guna kunci sebab ada pin code. Mudah.
Kalau malas mau hafal, just ambil gambar resit yang diberikan guna henpon.
Simpan dalam phone memory, senang.

Kunci untuk locker manual.

Selain daripada locker elektronik ni, ada juga locker manual. 
Cumanya, kurang mesra alam kalau tiada coin yang banyak. 
Dan pula kena pegang kunci manual. Kalau hilang bukankah naya.

Dan lepas lock tu, jangan pula gatal tangan untuk try unlock. 
Once unlock, itu bermakna tempoh penyimpanan beg sudah tamat dan duit anda akan ditelan. 
So, kena masuk duit lagi untuk tutup pintu locker tu.
Si Jakir did this. He learnt it the hard way :) 

Dan lagi, suka untuk diingatkan bahawa tidak banyak bilangan locker yang disediakan untuk beg yang besar bersaiz medium dan large. 
Sudah la sedikit, selalu full pula tu.
Kalau ada yang kosong pun, sure lebih mahal daripada 500 Yen.
Kalau dapat tu kira nasib baik la especially di train station macam Hamamatsucho ni. 
Locker yang kecil pula ada banyak.

Jadi moralnya, tidak perlu bawa beg besar.
Bawa beg kecil ja, duduk di airbnb yang ada washing machine, rotate baju bersih sampai pulang Malaysia. 

Seterusnya, kami ke Asakusa sebab ahli jemaah musafir mau beli ole-ole.

More pictures in Asakusa.

Family selfie.

Mahal betul selipar jepun ni.

Hari ni kami berjaya jumpa Restoran Naritaya hasil bertanya dengan peniaga yang ada berhampiran.
Rupanya memang betul la tempat yang kami jumpa tu semalam, tapinya salah wing le. 
Moral: Kalau google maps macam hampeh, sentiasa bertanya dengan orang local untuk bantuan. 

Kalau degil dan berat mulut untuk tanya, boleh try cari ikut deria hidu.
Restoran Naritaya tu berdepan dengan kedai roti bun jepun yang sangatlah menyelerakan tapi kami tidak sanggup mau try sebab takut ada unsur-unsur mughallazah. 

Ramen lagi. 
Nampak sikit tapi sebenarnya portion ni banyak untuk aku. 

Sup untuk dimakan bersama ramen. 

Kali ni kita order nasi juga ye.

Sedap dimakan bersama ayam goreng. 

The verdict: Tidak mengecewakan. Menu mereka dalam bentuk meal set. 

Dari Asakusa, aku bawa family aku ke tempat yang aku tidak sempat pegi time aku kursus JICA di Tokyo bulan Jan tahun lepas, Imperial Castle. 
Cara termudah untuk ke sana dari Asakusa ialah dengan naik train ke Tokyo Station. 

Hari ni ialah hari jadi yang ke-9 untuk Addin Zidane!
Happy birthday sayang, semoga menjadi anak yang soleh :)

I just love Tokyo Station. 
Kalau bukan pasal ada construction di depan Tokyo Station tu, mesti lagi lawa ni gambar.
Aiseh.

Kami jalan kaki ke Imperial Castle. 
Patut bole bejalan around 10 minit ja, tapi pasal banyak berhenti pasal ambil gambar, jadi lama la pula.

The only gambar berdua aku sama Mama di Jepun.
Aku kan busy jadi travel guide.

Feeling autumn. Cantiknya daun warna coklat. 

Tree branches always amaze me. 

Hari ni hari terakhir aku jadi travel guide.
Yeay!!

Empat gadis jelita :)

Selain menjadi travel guide, aku juga berperanan menjadi jurugambar yang tidak bertauliah.

Tidak dapat tengok dari dekat, dari jauh pun jadi la.

Melayan perasaan dalam kedinginan.

Sampai maghrib kami di sana.
What to do, masa mencemburui manusia di musim luruh. 

Abang Edi jalan sorang-sorang sebab dia bersigup while walking. 

Siling dome di Tokyo Station.

Kami berehat kejap di Tokyo Station dan makan ice-cream lembut bersama kepingan kentang segar di kedai konsep Calbee Plus.
No picture thank you.

Then, dari Tokyo Station kami kembali ke Hamamatsucho Station untuk naik Tokyo Monorail ke Haneda Airport.
Sebenarnya kalau ikut hati aku, mau ja menyinggah ke Akihabara kerana belum sempat bawa family aku ke sana.
Tapi dorang semua pun sudah kepenatan.
Jadi, tidak apa la.
Next time pegi Tokyo kita singgah le ye. 

Dalam Tokyo Monorail ni ada tempat simpan luggage.

Si Zara kepenatan sudah. 

Haneda airport ni cantik. 
Ada juga kami meround dalam airport tu cari makanan halal.
Tapi restoran halal semuanya di dalam terminal. 
Kena boarding dulu baru dapat jumpa makanan halal.

Ada sedikit cerita tidak habis ketika kami berbaris menunggu untuk check-in di kaunter Air Asia X di Haneda airport ni.
Passenger punya la ramai.
45 minit sebelum kaunter buka pun dorang sudah start que.
Kami pula menunggu lebih 1 jam untuk check-in luggage (dikira dari kami start masuk que).
Yang tidak bestnya, que untuk orang yang check-in luggage punya la panjang dan lambat kena serve.
Tapi, que untuk orang yang baru mau check-in pula dilayan dengan cepat.

Pelik kan? Apa punya sistem pun aku heran.
Kalau orang yang tidak check-in dilayan cepat sebegini rupa, jadi apalah guna buat web check-in tu. Huh.
Aku ada suarakan ketidakpuashatian aku tu, tapi ground staff di kaunter AAX tu punya english pun macam limited. Sengih macam kerang busuk ja. 
Aku pun tidak sure dia faham ke tidak apa aku cakap. 

Kami yang tidak puas hati ni boleh dapat hadiah priority tag untuk luggage kami sebab hari ni si Addin birthday konon.
Oh like that :)

Kami lambat boarding sebab check-in tadi betebiat kan.
Makanan halal pun sudah habis dibeli oleh pelancong yang mau balik KUL. 
Mama aku beli sushi ja. 
Aku dan Abang Edi pula beli kari udang. Sedap tu sedap.
Tapi pasal aku masih bad mood sebab kejadian check-in tadi, maka tiada gambar kari udang dirakamkan.

Aku mau beli coklat Royce dan Tokyo Banana ni pun agak kelam kabut.
Masa kami untuk makan dan shopping di airport ni amatlah terhad. 


Abang Edi ambil gambar aku dari belakang sebab aku suruh. Hehe.
Aku saja mau tunjukkan betapa sempoinya aku berseluar track demi keselesaan selama 6 jam dalam penerbangan ke KUL. 

Kami berjaya secure free seats dengan menggunakan Optiontown! Yeay!
Aku ambil optiontown 6 seat untuk 4 orang.
Supaya Addin dan Zara dapat tidur baring dan selesa. 

Semua ahli family aku yang lain pun dapat optiontown free seat  juga. 
Dorang masing-masing dapat optiontown 3 seat untuk sorang.
So, bolehlah mereka melunjurkan kaki dengan jayanya. 

Jakir buat satu row seat tu macam di rumah sendiri.
Seat tengah antara aku dan Zara tiada orang so boleh la Zara baring dengan aman. 

Addin duduk dengan Abang Edi.
Kapal belum gerak pun Abang Edi sudah tutup mata.


Wahhh.. at last, habis juga cerita pasal travel kami ke Japan ni.
Ampun penunggu gua. Next time saya tidak buat lagi :)

More tips to survive jalan-jalan budget in Japan akan bersambung di post yang akan datang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...