google analytic

Nuffnang

Wednesday, July 15, 2015

Vending machine rokok di Tokyo

Hari ketiga terakhir di Tokyo.
Lepas kelas, aku jadi tour guide kepada Beaullah dan Pak Nico ke pekan Hatagaya.
Beaullah mau melihat bagaimana rupa pejabat pos di Tokyo ni.
Pak Nico pula mau minta aku ajar dia macamana cara mau keluarkan semua cash daripada akaun Bank Sumitomo.
Aku pula mau pulangkan semula kad Pasmo di stesen Hatagaya.

Post office di Hatagaya.

Beaullah with the post office staffs.

Staff di post office tu beri penerangan kepada Beaullah.

Sambil tu, aku ada pos 3 keping postcard ke Malaysia.
Dalam masa 10 hari sampai. Cepat juga la daripada jangkaan aku.

Tapi cerita sebenar post ni adalah pasal macamana susahnya Pak Nico mencari rokok di bumi Tokyo.
Stok rokok dia sudah habis.
Patut la lately tu dia selalu on time ja datang kelas. Haha.

Rokok tidak dijual di convenience store sekitar Hatagaya tu.
Aku bagitau la dia aku ada ternampak vending machine yang jual rokok dekat area pekan Hatagaya. 

Lepas masuk duit, vending maching tu tell something in Japanese dan tidak keluarkan rokok pilihan pun.
Kami ada tanya pada gentleman yang lalu lalang dan dia bagitau yang machine tu minta masukkan kad.
Kad hape?

Lepas balik bilik, aku google on the net, barulah aku faham kenapa transaksi pembelian rokok tu tidak berjaya.
It is not as simple as buying can drink from a vending machine.
Rupanya, kad yang dimaksudkan ialah special card yang membuktikan bahawa pembeli itu adalah sudah cukup umur untuk membeli rokok.
Totally not tourist friendly. Haha.
Di kedai pun tiada. Memang kecewa la Pak Nico.

Good huh.

ATM boleh keluar syiling di Jepun

Satu perkara baru yang aku berpeluang untuk merasa pengalamannya di Jepun ialah menggunakan ATM.
Bukannya guna ATM sedia ada yang dibuka dengan akaun bank di Malaysia tapi cucuk di mesin ATM di Jepun.
Tapi guna ATM card yang dibuka dengan akaun Bank Sumitomo Mitsui dan cucuk di mesin ATM Bank Sumitomo sendiri.

Kelebihan ini diberikan kepada semua peserta JICA yang ditaja oleh JICA sendiri.
Bukan ditaja oleh pihak lain seperti JPA.
Sebab kalau JPA taja, JPA akan bagi duit terus masuk dalam akaun peserta sendiri.

Kalau JICA yang taja, JICA akan bagi elaun yang berkaitan contoh cam elaun perjalanan, elaun harian, etc dalam bentuk cash tapi masuk dalam akaun Bank Sumitomo Mitsui.  
Elaun makan pula diberi dalam bentuk kupon makanan (kalau stay di pusat JICA).

Kad ATM ni akan diberikan dalam tempoh 2 hari selepas sampai di Jepun.
No pin ATM akan diberikan dan mesti ingat.
Jangan hilangkan kad ni sebab buruk padahnya. Kena bayar ganti rugi sebab hilang kad dan kalau mau tunggu replacement pun lambat.

Semua cash dalam akaun yang diberikan mesti dikeluarkan oleh peserta sendiri menjelang akhir kursus.
Kad ATM perlu dipulangkan semua kepada pihak JICA beserta resit pengeluaran.
Kalau ada balance yang tinggal dalam cash card tu, pihak JICA akan ambil semula.
Kira burn la. 

Mula-mula tu macam curious juga.
Macamana mau keluarkan semua cash kalau ada nilai sen.
Rupanya, mesin ATM di Jepun ni memang la advance sangat sebab boleh keluarkan coin. 
Aku tidak pernah jumpa mesin ATM yang boleh keluarkan coin.
Mesin deposit coin ada la.
Hebat dorang ni.

Tapi ikut mesin juga la.
Kalau mesin ATM di JICA TIC, tiada fungsi untuk dispense coin.
Pilihan bahasa pun tiada. Ada bahasa Jepun ja.
Cumanya, kami boleh juga guna sebab pihak JICA ada bagi instruction in English di tepi mesin ATM tu.

Ada pilihan bahasa.

892 Yen tu adalah dalam bentuk coin.

Siap ada kalkulator lagi tepi tu.
Tapi tiada siapa pun yang copet bawa balik rumah buat macam kalkulator sendiri.

Keluar cash dalam bentuk notes dan coins.

Siap ada animasi orang tunduk hait hait.

Totally a precious experience.

Mau kata banyak elaun yang diberi tu tidak la sangat.
Tapi cukup la untuk orang macam aku yang tidak banyak belanja ni.
Siap boleh bawa balance lagi balik Malaysia. Alhamdulillah. 

Hari terakhir di Tokyo - Odaiba dan Tokyo Station

Hari ni adalah hari terakhir kami berkursus di JICA TIC.
Lepas habis kursus tu, aku dan Tiago, Richard dan Beaullah pegi jalan-jalan ke Odaiba.

Odaiba ni adalah destinasi terjauh yang aku pernah sampai selama aku di Tokyo ni.
Kalau mau naik train dari Shinjuku, kena bayar tiket 500 yen sehala ke Tokyo Teleport Station guna JR Saikyo Line.

Green is fascinating.

Kunjungan ke Odaiba tidak sah tanpa melawat Odaiba Seaside Park.

Oleh kerana aku beli sampai New York, jadi aku berbesar hati untuk bergambar dengan latar belakang Statue of Liberty di Odaiba ni.

Gambar ranting kayu pun aku suka.

Landscape view of the Statue of Liberty.

Tiago at the other end (Aqua City Odaiba).

Richard and Beaullah at the other end (Rainbow Bridge).

Aqua City Odaiba dan Fuji TV Building.
Bulatan besar di tengah-tengah bangunan kelabu yang tinggi tu ialah letaknya Hachitama Observation Deck Fuji TV.

Sempat ambil gambar dalam toilet.
I wonder why kenapa aku masih belum jumpa baby seat macam ni di toilet awam di Malaysia ni?

Kunjungan ke Odaiba juga tidak sah kalau tidak nampak kelibat statue Gundam yang tinggi ni.
Sesuai untuk orang yang gila Gundam.

Kami bercadang untuk stay di sini sampai senja sebab mau tengok pemandangan Tokyo Bay dan Rainbow Bridge pada waktu malam.
Cara terbaik adalah dengan berehat di Hachitama Observation Deck Tokyo.

Beli tiket dulu ye kawan-kawan.
550 yen sahaja. Tak sampai RM20 seorang dewasa.

Kena teleng kepala sikit.
Wefie bersama rakan-rakan.

Ambil gambar Rainbow Bridge guna iphone aku ja.
Ada aku minta Tiago ambil gambar aku guna kamera mahal dia.
Sampai ke sudah dia tidak email pun tu gambar.
Huhu.

Ferris wheel di Odaiba.

 
Inilah petua untuk ambil gambar pemandangan malam yang cantik ye kawan-kawan.
Pastikan anda tidak berada dalam bangunan yang penuh lampur.
Kalau lampu banyak sangat, cover area anda daripada lampu guna jaket macam ni. 

Pandangan daripada tepi.

Sekarang baru la aku dapat ambil gambar Rainbow Bridge tanpa semua reflection lampu yang bikin rosak gambar tu.
But, where is the rainbow? Hehe.

Sekembalinya kami ke pusat bandar Tokyo, aku singgah jap di Tokyo Station.
Dorang yang lain-lain meneruskan perjalanan pulang ke JICA TIC.

This is nice.
Tokyo Station ni sebenarnya sudah berumur 100 tahun.
Aku sebenarnya teringin ke Imperial Palace sebelah Tokyo Station ni, tapi tiada rezeki la pula.

Cantik betul Tokyo Station di waktu malam.

Kena la selfie juga kan.

This last attraction ends my travel journey in Tokyo :)

Pengalaman kursus JICA - Kawan baru

Kan aku pegi Tokyo hari tu sensorang saja dari Malaysia kan.
Sebelum pegi tu mestilah rasa nervous.
Kawan aku cakap di JICA center tu sure ramai Malaysian.
So, saya pun suka hati. Kalau tiada Malaysian pun, kononnya Indonesian pun akan ada.

Kebetulan juga, ketika briefing di pejabat JICA di Menara Citibank di KL sebelum aku ke Tokyo tu, aku berkenalan dengan 2 orang peserta lain yang akan berkursus di JICA Tokyo juga.
Timing pun lebih kurang sama.
Cumanya dorang akan sampai ke Tokyo terlebih dahulu dan balik Malaysia lebih lambat daripada aku.
Takpe la, dorang 2 orang. Ada member. Tidaklah rasa lonely sangat kot.

So, kitaorang setting jumpa sana la kunun.
Aku siap pesan, kalau mau pegi Disneyland Tokyo tunggu aku.
2 orang peserta tu adalah pegawai lelaki daripada Jabatan Penjara.
Bayangkan aku mak orang pertengahan umur yang kiut miut ni ajak dua orang mamat sado yang bekerja as Pegawai Penjara pegi Disneyland?
Apa la mamat berdua tu fikir pasal aku kan.
Hoho.
(Sudahnya, kami tidak terjumpa pun. Sebab dorang berkursus di tempat lain bukan di JICA TIC).

Ada sorang lagi mamat, dari Jabatan Pengairan dan Saliran.
Dia kursus di JICA Kansai.
Dengan yang sorang ni kami tidak setting la.
Jauh pun kan.
(Mamat yang ni pula aku terjumpa. Sebab dorang ada stay seminggu di JICA TIC. Mamat ni la yang bertanggungjawab tolong ambil video aku bersuka ria dalam hujan snow tu. Hoho).

Okeh.
So, pada hari tibanya aku di Tokyo, peserta yang sama-sama kursus dengan aku yang pertama aku kenal ialah peserta dari Bangladesh.
Kebetulan, masa arrival dorang lebih kurang ja dengan aku.
Dorang naik MAS sebab dorang transit di KL.
Aku yang orang Malaysia pula naik JAL.
Heran campur sedih.
(Tapi syukur juga la. Kalau bukan pasal kursus JICA ni, jangan harap la aku merasa naik JAL kan.
Manjang pilih MAS or AirAsia ja.)

Dan yang buat aku neves di hari pertama, dorang yang dari Bangladesh ni adalah berpangkat Manager dan General Manager.
Aku balaci.
Dorang tanya aku macam-macam especially pasal telecommunication di Malaysia.
Aku mana tau. Kalau tanya pasal ICT contract dan urusan pencen aku tau la.
Haha. Jauh panggang daripada api kami di situ.

Hari kedua aku di Tokyo, adalah hari briefing.
Belum start belajar lagi.
Jadinya, aku berkenalan lagi dengan 2 orang peserta perempuan dari Myanmar.
Sorang tu keje gomen dan sorang lagi adalah lecturer di sebuah universiti di Myanmar.

Briefing pada hari pertama.

Lepas tu, berkenalan pula dengan 2 orang peserta perempuan dari Zimbabwe.
Dua-dua tu adalah pangkat GM dari kementerian telekomunikasi di negara dorang.

Bila jumpa peserta dari Myanmar dan Zimbabwe ni, aku pun jadi macam terkonpius sikit.
Sebab, waktu aku buat visa di Kedutaan Jepun di KL, aku nampak dalam senarai nama peserta kursus ada 5 nama ja.
Satu nama aku, opkos.
4 lagi nama lelaki - dari Bangladesh, Brazil dan Timor Leste.
Ooo.. rupanya, ramai lagi la kami ni ye.

Then, aku jumpa peserta dari Cook Islands (sorang), Niue (sorang), Brazil dan Timor Leste.
Kami semua sekali yang menyertai kursus ni ialah seramai 11 orang.


Me with the girls.
Dari kiri - Chaw, aku, Yu Yu, Georgina dan Beaullah. 
Kalau sembang dengan kawan dari Myanmar, aku susah sikit mau paham english dorang.
Kalau dengan ladies from Zimbabwe ni la, masyaAllah, their english are very articulate. 
Kalau nak bagi speech ka, pembentangan ka, writing ka, bagi ja dengan ladies dari Zimbabwe ni, very the bomb la. 
Mungkin sebab dorang pun dah berusia, above 50, dorang ada experience yang banyak. 

Gambar ni diambil pada hari kedua kami berkursus di JICA.
Semuanya sudah start loosen up. 
Ice breaking sesama sendiri ala kadar.
Siap boleh gambar-gambar lagi bila ada break.

Aku dengan peserta dari Timor Leste yang mesra aku panggil dengan panggilan Pak Nico-san.
He can speak indonesian very well sebab Timor Leste dulu pun sebahagian daripada Indonesia.
Bahasa kebangsaan Timor Leste ialah bahasa portugis.
So dengan kawan kami dari Brazil pun dia sembang la cakap portugis.
Bapak Nico-san ni adalah seorang penggemar fruits.
Dia amat pantang tengok aku makan dinner tiada fruits.
So, dia mesti selalu belanja aku fruits.
Lepas tu pula, pasal breakfast kena bagi fruits secara percuma, so aku selalu bagi fruits tu dengan Pak Nico-san. 


Kiri tu nama Toki dari Niue. 
Dan yang tinggi sebelahnya tu nama Richard dari Cook Islands.
Niue dan Cook Islands adalah negara pulau yang self governing yang associate dengan New Zealand.
Mamat 2 orang ni bekepit ke mana jua.
Dorang dua ni dengan sorang kawan dorang dari Tonga selamba main snow dengan pakai kain sarung instead pakai thick pants.
Aku suka borak dengan dorang sebab suka dengar slang New Zealand dorang. 

Cukup sebelas orang.
Waktu ni kami baru lepas observation di NICT Japan. 

Mana-mana aku pegi pun mesti aku paling ketot.

Miss Mine-san.
She's our course coordinator. 
Dia ni la yang selalu akan memastikan perjalanan kursus kami berjalan lancar.
Kalau ada lecturer yang lebih selesa berbahasa jepun, Mine-san ni la yang tolong translate satu-satu.
Kalau ada antara kami yang lambat, maka Mine-san akan sound dengan cara yang baik.
Especially 2 orang kawan kami yang smoking. Selalu lambat.
Tidak la mau bagitau dari negara mana kan, nanti bikin malu pula.

 
Pak-Nico request supaya aku amik gambar dengan Chaw yang pakai kain batik lepas pegi dewan makan.
Ayu dan keren gitu. 
Dorang dari Myanmar ni la yang ajar aku macamana cara mau pegi cari kedai jual kain di Nippori.
Memang gila kain. Macam orang Malaysia juga.

Peserta paling kacak dan paling muda dalam kursus kami. Haha. 
Mr. Tiago dari Brazil.
Mamat ni memang rajin bejalan.
Dalam masa yang singkat di Tokyo tu, dia sempat cari time pegi Kyoto, Kobe, Nara dan Osaka dalam masa 2 hari 1 malam.
Then, hari-hari mesti akan jalan keluar ke bandaraya Tokyo cari souvenir untuk wife dan newborn baby girl dia. Rajin betul.
Siap beli luggage baru thru amazon japan sebab beg dah tak muat.
Tiago ni panggil nama aku dengan sebutan "Nad-ja".
Aku rasa macam tu la kot orang Brazil panggil orang yang nama Nadia. 

Outing with the boys pegi area Harajuku untuk cari souvenirs and toys for kids.
Pasal aku tau tempat tu so kira aku jadi macam tour guide la kunun.

Groupmate aku untuk discussion.
Kawan aku nama Rizvi dari Bangladesh tu kelakar.
Satu kali tu dia lupa letak jaket dia mana ntah, lepas tu pegi Disneyland di hari Tokyo dilanda salji.
Di Disneyland tu, dia beli baju sejuk baru imprinted with kepala mickey banyak-banyak colour hijau striking.
Memang jadi bahan ketawa aku ja la.
Rizvi ni cakap dia suka Malaysia especially Langkawi.
Best gila katanya. 


Di hari terakhir kami bersama. 
Aku sorang ja yang advance amik gambar pakai monopod kunun.
Haha.
Memang best jumpa kawan baru.
Very the good experience.
Sebenarnya banyak hikmah aku pegi kursus JICA ni sorang-sorang.
Aku terpaksa push myself to get out of my comfort zone.

Kalau ada member dari Malaysia, mungkin aku akan sentiasa bekepit dengan orang Malaysia tu ja dan tidak bercampur dengan yang lain. 
Maka perspektif kehidupan aku selama di Jepun pun mungkin tidak berkembang.

Dan mungkin juga ada konflik kot-kot la kalau member Malaysia tu tidak satu kepala dengan aku.
Dibuatnya - aku suka jalan-jalan lawat kawasan. Kawan tu pula suka shopping.
Memang tidak sama wavelength la kan.
Pastu nanti ada pula yang kecik hati. Balik Malaysia pun masih hold the grudge.

Kesimpulannya, aku bersyukur sebab aku ditakdirkan pegi kursus JICA hari tu sorang-sorang dan aku dapat jumpa ramai kawan baru.

p/s: Bila la mau siap entry aku pasal JICA experience ni? Sudah masuk 6 bulan berlalu dah ni. Haih la.. 

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan Kareem - Juadah sungkai (buka puasa/iftar)

Selamat berpuasa kawan-kawan.

Alhamdulillah, tahun ni, sudah ada masjid baru dibina dalam taman kami.
Sebelum ni, penduduk di taman ni solat berjemaah di surau berdekatan ja, itupun dekat taman lain.
Dan saiz surau pun kecil.
Kalau datang lambat untuk solat raya, memang kena solat tepi jalan la.

Masjid yang baru ni lebih besar dan lebih selesa.
Berkarpet dan beraircond.
Syukur sangat-sangat.

Dan kalau dalam bulan puasa, memang tidak sahlah kalau golongan ibu tidak bercerita dan berfikir tentang hidangan berbuka puasa atau sungkai, termasuklah aku.
Setakat hari ini, setelah masuk seminggu berpuasa, baru 2 kali saja ke bazaar ramadhan.
Itupun Abang Edi yang pegi.
Aku malas mau pegi sebab tiada nafsu dan tidak rajin untuk berjalan.

Dalam masa yang sama, aku pesan dengan Abang Edi, kalau mau beli juadah buka puasa tu, priority kenalah beli dengan orang gerai yang kita kenal.
Sebab orang yang kita kenal tu, berniaga sepanjang tahun.
InsyaAllah kita sudah tau masakan orang tu sedap dan tidak menghampakan.
Dan orang yang berniaga sepanjang tahun ni, mereka akan jaga customer.
Tidak akan masak masakan yang akan buat orang sakit perut.

Kalau orang yang setahun sekali ja nampak ni, berniaga bermusim.
So, dorang ni selalunya tidak jaga customer la kan.
Niat utama berniaga sebab mau cari untung ja.
Jual tepung pelita nampak cantik, tapi tak sedap.
Dorang pun tidak kisah kalau tidak sedap, sebab lepas raya bukan dorang berniaga lagi.

Lepas tu aku pesan lagi, kalau boleh, tak perlu la beli masakan yang guna santan ni.
Takut-takut kalau tidak jaga mutu masakan, boleh bikin sakit perut.

Dan, sah-sah le kalau beli di bazaar ramadhan ni, dengan GST segala ni, harga lebih mahal le.
Sedih.

Masak di rumah, lebih murah, lebih sedap walaupun ringkas insyaAllah.
Dimasak dengan penuh kasih sayang.

Kalau mau beli juga pun, aku order dengan orang opis ja.
Senang, tidak perlu berpanas di luar.
Urusniaga dijalankan dalam pejabat sahaja.

Ramadhan pertama:
Menu itali.
Ravioli spinach and cheese with marinara sauce and chicken sausage.

Ravioli tu aku buat guna kulit wantan.
Intinya aku buat dengan menggunakan sayur bayam yang dicampurkan dengan garlic butter dan keju.
Garlic butter tu bubuh sikit saja sebab kalau banyak nanti akan jadi pahit.
Keju tu suka hati la guna keju apa pun. 
Aku guna keju 3 macam yang bos aku bawa dari Paris. 
Sayur bayam tu aku beli yang telah siap dicincang sejuk beku dari Cold Storage.

Inti yang dicampurkan tadi diletakkan di tengah kulit wantan.
Cover dengan satu lagi kulit wantan.
Dan lekatkan tepi-tepi kulit wantan tu guna air.
Masukkan ravioli tadi dalam air yang menggelegak sehingga ravioli tadi timbul.

Sos marinara pula aku masak dengan menggunakan chopped tomato dengan sos tomato dalam tin, bawang putih, parsley flakes dan orageno.
Sosej pula guna frankfurter ayamas ja.



Ramadhan ke-4.
Ayam goreng pandan dan ayam sambal.

Ayam goreng pandan tu aku guna bahagian dada ayam sebab lebih senang masak.
Marinate ayam pula aku guna pes special yang macik aku buat didatangkan khas dari Ranau, Sabah.
Jauh bah.
Walaupun balutan pandan tu macam hentam kromo, yang penting, sedap.
Sebaik masukkan ayam pandan dalam minyak goreng tenggelam yang panas, harum semerbak daun pandan memenuhi atmosfera rumah.
Yang penting, jangan goreng lama sangat.
Sebab guna bahagian dada ayam ja kan. 
Kalau goreng lama sangat, nanti ayamnya jadi kering kejung.

Tujuan buat ayam pandan, sebab mau menggunakan stok pandan yang tumbuh dengan giatnya di laman rumah kami.
Abang Edi rimas dengan tahap kejayaan pertumbuhan daun pandan kami tu.
Dia cakap dia mau potong ja bagi clear.
Aku pula pujuk-pujuk Abang Edi. Konon kesian daun pandan tu.
So, sekarang ni, untuk memanfaatkan daun pandan tu, aku selalu masak nasi letak daun pandan.
Bagi wangi nasi.


Ayam sambal close up.

Ayam dan kentang digoreng terlebih dahulu.
Lepas tu dimasukkan ke dalam sambal tumis.
Sambal tumis guna bawang merah besar yang dihiris, cili blend, gula dan garam secukup rasa dan pes sambal yang aku sudah masak dan stok lebih awal.
Pes sambal pula aku masak dengan blend bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Masak banyak-banyak lepas tu masuk dalam fridge buat stok.
Senang kehidupan. 

Setakat ini la gambar lauk yang aku sempat snap :)
 

Tuesday, June 16, 2015

Sun Tanned Skin

Cuti sekolah 2 minggu baru berlalu.

Minggu pertama - kami ke Pulau Tioman.
Kegiatan seharian - mandi swimming pool, satu hari snorkelling.

Penjemuran.


Minggu kedua - Addin dan Zara belajar swimming.
Intensive course - 2 jam sehari selama 5 hari = 10 jam.
Addin sudah pandai floating.
Freestyle dan backstroke ada problem sikit.
Tapi diving dan breaststroke si Addin ni boleh dibanggakan.

Untuk Zara pula, masih banyak yang perlu dipelajari.
Tapi memang sekolah swimming si Zara ni pun cakap, kalau untuk budak-budak bawah 8 tahun, dorang tidak gerenti budak tu akan pandai swimming.

Yang penting, Zara sudah tidak takut masuk air.
Setakat buat bubble, berenang cara kuyuk style tu, dia suda boleh buat.

Zara tendang air bersama kawan-kawan seperjuangan.

Addin and friends.

Yang bestnya, hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pegi buat riadah berenang di Pusat Rekreasi Air Putrajaya.
Besar poolnya. Olympic Size.
Kedalaman yang paling cetek untuk kolam dewasa ialah 1.2 meter.
Dan budak 2 orang ni tidak perlu bantuan pelampung lagi. 
Aku dengan suka hati boleh melepaskan dorang ni.

Addin siap ajar aku macamana cara buat breaststroke.
Penat weh.
Patut la orang kata cara berenang yang betul boleh buat orang jadi lebih slim. 

Yang tidak best pula, dua orang budak ni sudah menjadi semakin tanned.

Addin yang beriadah air selama dua minggu dalam keadaan rambut panjang menjadi pelik lepas rambutnya dipotong pendek.
Ada perbezaan kulit asal yang ditutup rambut dengan kulit yang berjemur.

Dua budak hitam.
Hehe.

Bulan puasa ni kita stop untuk kegiatan renang dan berjemur ye anak-anak.
Bagi cerah semula kulit kamu tu seperti asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...