google analytic

Nuffnang

Thursday, June 14, 2007

SUDOKU NST




Akhbar NST akan mengadakan Sudoku Challenge pada 22 July 2007.

Aku pun teringin join juga. Setakat ni aku baru hantar satu borang. Insyallah sebelum tarikh tutup, aku akan hantar lebih banyak borang untuk menjamin tempat aku sebagai contestant dalam challenge tu. Mudah-mudahan aku ada rezeki untuk sama-sama jadi peserta SUDOKU CHALLENGE.

Sudah lama tidak menyertai sebarang pertandingan. Zaman sekolah dulu rajin betul aku bertanding – bahas, pidato, puisi, nyanyian.. sejak masuk university, macam tiada.

Husband bagi sokongan padu pasal dia tahu aku gila Sudoku. Cuma sejak ada anak ni, macam jarang saja aku boleh asah minda.

I have to find myself some space. Bukan bersuka-suka, tapi untuk mengasah minda.

Lepas bersalin pun aku sudah jadi makin pelupa. Adakah kesan epidural? Hmm…maybe yes…

Yang penting, kalau ada rezeki masuk, mungkin boleh menang. Kalau menang RM1000 pun sudah kira bagus.

Siapa mau bagi RM1000 free2?

SUDOKU NST CHALLENGE! HERE I COME…

Pilih lah aku untuk jadi peserta. Aku akan jadi peserta yang terbaik. J

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...