google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 26, 2007

Motherhood

Aku baru menjadi ibu selama 6 bulan lebih. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pengalaman aku menjadi ibu kalau mahu dibandingkan dengan wanita lain, contoh paling dekat, mama aku, being a mother for almost 27 years for 5 children. Itu pun apa lah sangat kalau mahu dibandingkan dengan ibu lain yang lebih lama pengalamannya dan lebih banyak jumlah anaknya. Apalah sangat…

Tapi pengalaman aku yang ciput ni la yang telah banyak mengajar aku dan menjadikan aku manusia.

Pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih banyak mengorek ilmu – mostly by reading. Buku, majalah, akhbar, websites. Selain daripada tu, sumber ilmu aku adalah bertanya ibu-ibu berpengalaman yang lain atau pengamal perubatan – doctor biasa, doctor luar biasa, paedtrician, nurses. And usually, jika orang bujang yang tidak professional dalam perubatan bagi aku nasihat tentang hal jaga anak ni, selalu aku buat bolayan, walaupun dorang ada pengalaman menjaga adik ka, anak sedara ka. They are invalid, they are not mothers, mereka tiada jiwa ibu. Kalau ibu angkat, aku mungkin akan consider.

Apa yang aku dapat? Aku rasa aku boleh gelar aku ni sebagai "ibu buku" – sama macam ulat buku tapi dalam kategori buku. Cuma aku bukan baca buku saja, aku baca macam2 jenis bahan bacaan. Kebanyakkan yang aku baca dan aku rasa logic dan disokong oleh fakta-fakta bernas aku akan ikut dan amalkan dalam aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu.

Hasil pertanyaan aku dari ibu lain? Jika mereka bukan professional dalam perubatan, aku akan halusi.

Jika nasihat mereka aku boleh pakai, aku akan tanya sampai ke akar umbi hingga aku betul-betul faham.

Jika aku rasa nasihat mereka tidak boleh dibawa ke tengah, aku akan buat bodoh tapi bagi reaksi yang sopan. Walaupun mereka akan cakap "Aku buat begitu dulu, anak aku sihat je, dah besar pun dah sekarang". Still, aku akan buat bodoh.

Berdasarkan daripada pembacaan aku, banyak amalan ibu bapa generasi terdahulu yang sudah tidak sesuai dipraktikkan pada masa kini kerana timbulnya kesedaran dan hasil penemuan terbaru dari ahli perubatan sekarang.

Contoh: Amalan memasukkan cereal (orang kita panggil nestum) di dalam botol susu. Tujuannya supaya baby tu lebih kenyang, sambil minum susu sambil makan. Kalau dipandang sekali imbas, nampak macam perkara remeh yang tidak perlu diambil kisah. Senang pun senang sebab tidak perlu bagi baby makan guna sudu. Tidak renyah. Tapi, ada keburukannya di sebalik kesenangan itu. Akibatnya, baby mungkin akan mengalami masalah tercekik, baby akan confuse untuk associate makan sepatutnya dengan sudu (spoonfeeding), dan seterusnya baby tidak tau macamana mau stop makan – thus akibat jangka masa panjang – obesity.

Oleh kerana itu, aku berazam untuk mengajar anak aku makan menggunakan sudu. Kalau dia nampak sudu, dia tau food is on the way. Aku pun reluctant untuk bekalkan nestum di rumah babysitter aku pasal aku risau kalau2 babysitter aku akan meletakkan nestum dalam botol susu anak aku. So, every morning, aku mesti akan bersilat masak bubur, di samping menyiapkan EBM (expressed breast milk), lap badan Zizou, salin pampers dan pakaian untuk Zizou.

Senang cerita, setiap orang mempunyai parenting style yang berlainan. Walaupun berlainan, tapi tujuan utama tetap satu – memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Aku tidak mengkritik cara parents lain membesarkan anak, so aku juga berharap orang lain pun tidak akan mengkritik aku. Cukuplah dengan menegur atau memberikan nasihat. Tapi tidak terasa sekiranya aku bolayan.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...