Every morning before keluar rumah hantar Zizou ke rumah babysitter and going to work, aku pasang TV3. Kadang-kadang ada sesi motivasi, kadang2 hos MHI ni ada interview sapa2 untuk berbual bicara pasal berita terkini.
Pagi ni punya cerita membuatkan aku terstuck tgk tv. Sampai husband boleh heran kenapa aku masih belum siap lagi, dia ingat aku cuti hari ni.
MHI cerita pasal kes ibu bunuh bayi 10 bulan yang dijumpai mati di tali air dekat rumahnya. Ibu tu ada 5 orang anak (tidak termasuk baby yang sudah meninggal tu) dan disahkan ada penyakit mental.
Beberapa isi penting yang aku dapat rumuskan daripada sesi bual bicara tu, mengikut Dr. tersebut
- Penting bagi seorang ibu menjadi isteri yang solehah terlebih dahulu. Ini adalah supaya naluri keibuan wanita itu timbul dan dapat dipancarkan kepada anak yang dilahirkan.
- Sentuhan, layanan dan kasih sayang suami kepada isteri adalah teramat mustahak - bermula daripada ibu disahkan mengandung, hingga saat melahirkan, saat ibu berpantang dan seterusnya untuk menjamin isterinya dapat member kasih sayang yang berbelah bahagi kepada bayi yang dilahirkan.
- Manusia bertindak mengikut 70% emosi dan 30% polisi (akal). Jika polisi mengawal emosi – selamat. Sebaliknya, kes naya.
- Mau elak sakit mental? Get a life, get a help. Dapatkan sokongan suami, sanak saudara, jiran, kawan.
- Organ utama bagi manusia – hati. Hati terbahagi kepada 4 – manusia, malaikat, ganas, iblis.
- Manusia – ingat dunia saja dan cenderung terpengaruh kepada ganas dan iblis
- Malaikat – always positive dan ingat akhirat juga
- Ganas – tukar macam binatang malah lebih ganazz
- Iblis – tak perlu la mau define, tau la iblis macamana
- Manusia – ingat dunia saja dan cenderung terpengaruh kepada ganas dan iblis
Kesimpulannya, ibu yang bunuh anak tu sebenarnya tidak bersalah kerana dia sakit. Yang bersalah ialah suaminya, jirannya, sanak saudaranya kerana membiarkan ibu tersebut menjaga 6 anak tanpa bantuan.
Semoga menjadi iktibar bagi kita.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment