Sejak sudah kawin ni… kalau baca magazine, newspaper or anything yang ada cerita pasal rumahtangga orang yang diganggu gugat, hancur, ranap, punah dan yang sewaktu dengannya… aku mesti jadi takut..
Takut kalau perkara-perkara yang tidak dingini jadi pada aku… tambah2 pula pasal sudah ada anak seorang ni… (kadang2 kalau terfikir nak tambah seorang lagi… mesti isu ni yang buat aku jadi fikir panjang…tak patut, tak patut…).. nauzubillah…
Bila membaca isteri-isteri yang digantung tak bertali dengan anak yang ramai, yang jadi single mother.. membuatkan aku insaf… kalau aku rasa aku down sangat, aku kena fikir, bahawa ramai lagi orang di luar sana yang nasibnya jauh lagi buruk dari aku… sesungguhnya aku berfikir, jika husband aku tiada di sisi aku dan zizou sekarang… hmmm…. Minta dijauhkan la… nauzubillah…
Justeru itu, (tambah2 lepas ada anak ni – ingat anak saja la…pasal diri sendiri tanak ingat…) aku ingin bersyukur kepada Tuhan… kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, maka perkahwinan aku dan Edi sudah menjangkau usia 2 tahun… (tu pun aku boleh lupa tarikh keramat tu sebenarnya… hehehe…tapi Edi pun lupa juga)…
Ni aku ada buat puisi untuk yayangku (walaupun aku tau, dia memang tidak akan baca ni, pasal dia tak buka internet, kecuali kalau aku tunjuk)…
Yayang…
Kalau I tengah best2 cerita, kadang2 u senyap je… I ingat u tak peduli apa yang I cerita tu… rupa2nya, u ni macam si Forrest Gump dengan kawannya si Bubba tu… walaupun dia senyap, tapi rupa2nya dia ingat apa semua yang Bubba tu cerita…sesungguhnya i terharu bila u ble recall balik citer2 i yang dah berkurun lama... huhuhuhu...
You memang masak benar dengan perangai mummy… kalau I tengah meluahkan rasa tak puas hati, tengah marah2, kadang2 u diam juga… tapi selalunya u akan gelakkan I pula.. pasal u rasa I ni kelakar.. maybe because of mimic muka i, ke maybe pasal ascent sabahan or brunei.. so, selalunya I akan jadi tambah marah… tapi marah2 manja.. hehehe… (budus…)
Lepas tu… I masak sangat dengan kegilaan u terhadap ManUnited tu… u pula kenkadang komplen.. u kata kalau dulu time chenta2, I ok je nak tengok game ManU temankan u.. skang ni dah tak peduli dah.. kalau dulu I ble kenal sorang2 player ManU… tau game malam tu lawan siapa.. tau point apa suma la.. kiranya dulu suma info di hujung jari… tapi now, dah tade dah sume tu… I harap u faham.. I penat jaga zizou… tapi I akan berazam..lepas ni, apa2 game ManU… I akan teman u..lepas tu, I akan menambah pengetahuan I pasal ManU.. baca ruangan Sport kat paper..the least I can do, I bagi u conquer tv sorang2… I buat keje lain… baking kek ke… baca magazine ke… layan zizou ke…
U nak tau, I amat bahagia kalau I tengok u bersuka2 dengan Zizou.. sesungguhnya itulah pemandangan paling popular pada kaca mata i… (semua isteri pun cam ni kot)…
Insyallah yayang, I akan buat apa yang sorang wife patut buat kepada suaminya up to ur standard… and I will always be your Baby Borneo, your anje and mummy to your Zizou…
I bersyukur kerana dijodohkan dengan you, Eddy Brasco, suami dan daddy yang penyayang… semoga rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke anak cucu, ke akhir hayat, dunia dan akhirat.. Amin….
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment