google analytic

Nuffnang

Thursday, March 13, 2008

Zizou – Nursery Baru

Zizou di nursery

Kamu… sekarang ni Zizou sudah kena hantar ke nursery baru. Masuk hari ni, sudah masuk 7 hari Zizou pegi sekolah (tidak termasuk weekend dan Zizou cuti sekolah sebab mc). Oleh kerana Zizou sudah 15 bulan, sudah semakin pintar, kenal orang… ditambah dengan personality zizou yang kurang mesra alam.. aku rasa macam susah jam au lepaskan zizou ke sekolah setiap pagi..

Hari pertama – nangis tak hengat

Hari kedua – nangis jugak

Hari ke-3 – nangis lagi

Hari ke-4 – nangis + selsema + batuk

Hari ke-5 – Nampak ja route mau ke sekolah, dah nangis (bijak betul anak aku, jalan pi sekolah pun dia cam)

Hari ke-6 – sama macam semalam

Hari ni (hari ke-7) – pagi2 dah meragam… pastu nak menyusu badan saja.. bila menyusu tu siap batuk2… lepas tu buat muka macam sakit… pastu bila aku tengok muka zizou… dia pura2 tutup mata… (dia ingat mummy dia ni baru hidup ka…hehehe)… daddy dia cakap.. zizou ni pandai berlakon… tanak pi sekolah, nak mummy jaga zizou di rumah…. Tapi hantar juga… hari ni better than yesterday… cuma bila dah sampai depan sekolah… zizou terus peluk aku sambil bunyi macam mau nangis … Ammy…. Ammy… (sebutan Mummy versi zizou)

Nak buat macamana… kalau ingat anak ja.. tak jadi kerja la kan… cikgu dia cakap… Addin (nama zizou di luar) suka senyap2… tanak berkawan sangat… bila senyap2 tu.. ble tiba2 nangis tak kluar air mata sebut ammy…ammy…. Sayunya aku dengar… zizou rindu mummy yer…sian zizou….

Tengok la macamana… harap2 after 2 weeks, zizou akan ok di sekolah tu… kalau tak ok jugak… bg masa 2 minggu lagi (bg genap sebulan)… kalau tidak jugak.. hantar tempat lain… tak ok jugak… hantar pi rumah nenek… tak ok jugak… terpaksa la mummy cari maid…

Kenapa aku hantar zizou pi nursery? Pasal mbah zizou tanak jaga budak dah… malas dah aku nak pujuk2 mbah zizou tu… biar le dia… orang tanak jaga budak, tak ble nak paksa… lain le kalau kena suruh jaga kereta ka, vcd player ke… pasal semua benda tu tiada perasaan… anak aku tu orang… ada perasaan…

Cuma kesian dengan zizou la… selama2 dia di rumah mbahnya tu… selalu kena layan ja, kena manjakan oleh mbah lakinya… kalau di nursery, siapa yang mau melayan zizou… buat la keje sorang2 kan…

Hibanya aku… kuatkanlah hati hambaMu ni Tuhan… sesungguhnya Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaMu ni…


2 comments:

  1. Kesian Zizou..When Hairie about a year + dia pun selalu nangis everytime kita hantar rumah nenek. Tapi bila dia dah tak nampak mama/papa dia baru dia ok..tunjuk perasaan la tu.Anyway, hope Zizou well..Take care.

    ReplyDelete
  2. tu le.. by now, zizou dah makin ok.. cuma mulut2 nye je senget2 sambil merengek... meraung2 tu dah tade dah..

    tp part batuk+selsema tu yg tak tahan.. and people just say.. "biasa le tu, kalau hantar ke taska mmg cam tu"...

    mm... made me thinking...

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...