google analytic

Nuffnang

Thursday, March 11, 2010

Happy Anniversary Dear Abang Edi!

Semalam, genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan abang edi.

And this year, celebration itu adalah ala kadar sahaja.
How did we celebrate? (Celebrate awal sket..)

Aku dan Abang Edi dating berduaan tengok midnite cerita Alice and Wonderland di Cineleisure The Curve.
Kami tengok cerita ni midnite 5 Mac 2010. Hasrat di hati mau merasa tengok wayang di Premier Suite yang kunun canggih tu. (Hoho... seumur hidup belum pernah terfikir lagi mau tengok wayang guna tiket mahal daripada biasa ni, sebab anniversary punya pasal, jadi mau rasa something special la kunun kan). Time beli tiket tu, cerita Alice and Wonderland kena tayang pakai cinema biasa ja. Nevermind.. next time boleh try.
Untuk tujuan ini, kami terpaksa import Auntie Nurul untuk tolong tengokkan si Zizou dan Zara.




boleh la... aku bagi 4 out of 5 star.. mungkin kerana faktor mata saya penat guna 3D glasses.. suka bangat dengan Johnny Depp..


Kami sekeluarga + Auntie Nurul buat ERL trip Putrajaya – KL Sentral – Putrajaya.
Ini adalah untuk mengabulkan permintaan si Zizou yang tidak sudah-sudah bising mau merasa naik keretapi. Mula-mula abang edi bagi idea untuk naik LRT pegi KLCC, tapi aku tidak recommend pasal aku malas mau berebut seat dengan orang + crowded = Zizou dan Zara akan meragam.

Bagus naik ERL, sah-sah ble dapat seat. Tapi KL Sentral amat sesak la... lebih kurang macam stesen bas Pudu ja aku rasa. Aku pernah bersumpah (ohooo... macam serius ja bunyinya...) yang aku tidak akan ke Stesen Pudu lagi untuk naik bas pasal aku sudah bosan naik bas ekspress masa aku study di Kuantan dulu.
Tapi yang penting, Zizou enjoy. (Patutnya pegi jalan-jalan ke KLIA ja.. lagi syiok kot)..




budak kecik ini excited menunggu ERL


anak dara kesayangan


pics ehsan Auntie Nurul.. tengkiu..


Kesimpulannya, walaupun sebenarnya anniversary ini untuk meraikan ikatan cinta aku dan abang edi (chewah...), tapi perkahwinan kami adalah lebih bererti dan signifikan dengan kehadiran anak-anak. Therefore, we failed to reject that the celebration must also consider the happiness of Zizou and Zara..

2 comments:

  1. happy anniv..:) zara mmg banyak muka mummynyer la..

    ReplyDelete
  2. thanks erika..

    the looks ikut mummynya, personaliti ikut daddynya.. hehe..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...