google analytic

Nuffnang

Friday, June 11, 2010

Mari menyanyi


Semalam, sambil boring-boring menunggu abang edi balik dari kerja.. seperti biasa, aku tengok tv.. Addin pula tengok tv lagi satu, menonton dvd Pengembaraan Geng Upin Ipin manakala si adik baby Zara sedang meniarap di atas lantai bermain toys yang disepahkan oleh abangnya..

Lantaran boring, tiada rancangan best lain di tv, aku tukar la pigi channel 105, Astro Prima ada wayang Seniman Bujang Lapok...

Dalam cerita Seniman Bujang Lapok, sesiapa yang familiar dengan cerita ni, sure tau ada lagu Bujang Lapok naik basikal bertiga...

"Bujang lapok pakai songkok

basikal cabuk, tak pernah gosok

tayar pancit, roda bengkok

badan pipis macam keropok.."




Tiba-tiba kan, anak aku yang memang suka menyanyi ni, iaitu si abang Addin, nyanyi lagu ni...

"Nenek nenek si bongkok tiga,

Siang malam asyik berjaga,

Mencari cucu di mana ada,

Nenekku kawin dengan anak raja...." (ada pelat-pelat sikit here and there)



Aku tergezut!!!

"Eh.. mummy, sama la kan lagu tu... macam Addin nyanyi kat sekolah.."

Haah la.... baru aku perasan... intro tune lagu tu memang sama... tapi kenapa aku tidak pernah terperasan resemblance itu?..

Aku bagitau la cerita ni pada abang edi...

Lepas tu, abang edi pula cerita, semalam, Addin menyanyi 3 lagu sambil bermain gitar mainannya yang berwarna pink.. lagu Hafiz (Noktah Cinta), Daus (Kenapa) dan Akim (Bengang).. abang edi cakap, Addin nyanyi semua lagu tu dari awal sampai habis dan bermain gitar bersungguh-sungguh macam betul la kunun...

Ohohoho... si Addin ini memang pandai menyanyi... he is not tone deaf and he really can carry a tune very well...

Agak-agaknya... genetik siapa la yang buat dia pandai nyanyi ni eh? :P

Budak-budak seawal usia si Addin memang senang menghafal.. terus aku terfikir untuk kasi dengar dia ayat lazim hari-hari...

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...