google analytic

Nuffnang

Friday, July 29, 2011

Go Tiger!




Abang Edi pegi stadium semalam. Dapat tiket free kawan dia bagi :)
Mau beli sendiri, habis awal la pula tiket tu..
Lepas dapat tiket, terus beli jersi Malaysia.. Semangat eh..

Laporan dari Abang Edi, ramai betul manusia.. jam gila jalan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil...
Abang Edi nampak semua rakyat Malaysia yang datang - melayu, cina, india, bumiputra Sabah Sarawak, (mat salleh pun ada) - semua semangat pakai baju hitam kuning...
Semua sporting..

Dan walaupun team Malaysia seri tapi kalah semalam, semua pun hampa...
Namun yang amat mengagumkan bila kebanyakan penyokong Malaysia masih setia stay di stadium walaupun game sudah habis..
Kan selalunya, kalau team sudah kalah, game period belum sampai 90 minit pun, mesti orang sudah berduyun keluar.. tapi ni tidak, masih setia lagi menemankan team Malaysia yang dalam mode kesedihan..

Pujian seharusnya diberikan kepada semua penyokong Malaysia..
Semoga team Harimau Malaya terus bangkit dan jadikan kejadian semalam sebagai satu iktibar..
Tidak dilupakan kepada national goalie iaitu Khairul Fahmi yang cemerlang menangkis serangan dari Singapura...

Abang Edi sempat belikan jersey Hitam Kuning untuk si Addin juga lepas game tu.. syiok betul si Addin bila dapat.. memang lama sudah dia request sama daddynya.. pengaruh kawan-kawan dia di sekolah la tu..
Abang Edi cakap, kalau si Addin sudah masuk sekolah rendah nanti, dia mau bawa si Addin pegi stadium jadi geng dia tengok bola :)

Monday, July 25, 2011

Alkisahnya, weekend baru-baru ni ialah weekend ketiga kami makan angin petang sambil jogging sambil bawa anak beriadah.

Awal cerita, aku terconcern dengan gaya hidup tidak bersenam keluarga kami ni.
Umur semakin meningkat, jadi amatlah penting untuk mengeluarkan segala toksik yang ada dalam badan ni.
Jadinya, kenalah makan makanan yang berkhasiat dan banyakkan bersenam.
Itulah pasal aku pun rajin buat salad ja sekarang, Abang Edi pun sudah pandai makan tomato mentah pasal terpengaruh dengan aku :)

So, Abang Edi pun selaku ketua keluarga, mengazetkan setiap petang Sabtu dan Ahad sebagai masa riadah keluarga.
Semangat sungguh Abang Edi, siap beli running shoes tajuk Power baru lagi tu di Bata. Ada sales kan.
Kunun tidak mau beli jenama Nike sebab takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam ja.
Bagus la.. beli mahal-mahal pun macam la boleh berlari sepantas angin.
Setakat amatur cam kami ni boleh la pakai kasut asal ada. Lain la kalau sudah tahap masuk marathon bagai.



Aku suka sangat kalau aktiviti keluarga kami ni dapat diteruskan sampai bila-bila.
Dan aku paling suka bila tengok Abang Edi buat stretching, warming up dan berjogging.
Aku tengok Abang Edi macam macho ja.. hehehe.. seperti jatuh chenta sekali lagi..

Saturday, July 23, 2011

Boboi in da house - Seringgit



Lagu ni jadi favorite si Addin.. First time dia dengar time kami balik ke Labuan last May..si Addin cakap ni lagu Chipmunk bahasa melayu..
Aku pula dengar lagu since ntah.. lupa pula.. definitely before aku kawin.. kiranya lama la sudah lagu ni.. rasanya around 2003, sebab time tu lagu featuring si Mariah Carey ni baru keluar.. 
Lagu ni memang kelakar tambah-tambah lagi aku faham loghat Brunei (my mother tongue).. cerita pasal budak nama Boboi yang ada seringgit saja, mau beli cokelat, tapi tidak cukup, so kena minta sama maminya..
Abang Edi pun suka lagu ni eventhough he has a little struggle to understand it..
Si Zara pula macam heran bila dengar lagu ni.. I wonder why..

Oleh kerana aku sedikit rajin, aku kasi terjemah words (mana-mana yang berkenaan) dalam lagu ni  kepada standard malay language supaya kawan-kawan aku yang tidak faham bahasa Brunei boleh sama-sama menikmati lagu kelakar ni.. peace y'all!


SERINGGIT - BOBOI

Yo! check this out
Listen to my story man
Crita ku ani sedih ni yo.. hehh..
Kes ndak (tidak) sampai ajat (hajat) terseliur...hehehhe...
Dangar (dengar) hah..
Boboi in da house.
Ok here we go..

Mami mami minta duit
Minta seringgit
Membali cuklit (membeli cokelat)
U know i gotta
4X

Mula mula boboi ada usin (duit) seringgit
boboi simpan baik baik di dalam pakit (poket)
Ajat ati ani kan membali cuklit (hajat di hati ini ingin membeli cokelat)
Tapi kadai lingka atu berjual dua ringgit (tapi kedai bai itu jual dua ringgit)
Eh, indak cukup ni eh,cam mana ni (eh, tak cukup ni, eh macam mana ni?)
Arah siapa kan meminta menambah usin ani (dekat siapa nak minta tambah duit ni?)
Pikir punya pikir, paning tah ku ni nahh... (fikir punya fikir, pening sudah)
Baik tah balik rumah bejumpa mami (Adalah baik balik rumah jumpa mami)

On da way balik, aku ada konflik
Ada garai (gerai) cantik bejual roti ju classic
Ku tanya arah (kepada) nya berapa harga nya dua ringgit saja
Well, back to square one

On da way lagi timbul problem lagi
Ada satu kadai (kedai) bejual gulali
Satu ringgit lima puluh sen oh kata nya
Kepisan (pengsan) lagi, indak (tak) cukup jua

Mami mami minta duit
Minta seringgit
Membali cuklit
U know i gotta
4X

Boboi terus melangkah menuju rumah ku
Harap harap dapat meminta usin (duit) arah (pada) babu (makcik)
Mudah mudahan tah (lah) inda (tak) ada lagi
Godaan mengacau usin seringgit ku ani

Alum (belum) jua batah (lama) kaki ani (ini) melangkah
Ada lagi godaan atu (itu), eh cubaan pakah (agaknya)?
Ada lingka bebasikal aiskrim ia jual
Ku limpasi (lalu) tah ganya (saja) siasiapun merasa tah saja (siasiapun ni contoh kes kalau tidak dapat menjamah makanan so kena sebut 'siasiapun' supaya tidak kempunan atau mati beragan)

Terus kan langkah ku jangan berhenti
Ini kes cuklit penting sekali
Meredah padang, melintasi jembatan
Melumpat lungkang , menyubarang jalan (melompat longkang, menyeberang jalan)
 
Boboi pun sampai ke tempat di tuju
Ketuk bagi salam masuk terus ke rumah ku
Mami mami di mana kita
Inda ada bunyi nya
Eh pundok pundok (lepak-lepak) tah saja

Mami mami minta duit
Minta seringgit
Membali cuklit
U know i gotta
4X

Mami mami minta duit inda banyak seringgit
Hati ani banyak sakit
Inda sampai membali cuklit

(tiba-tiba ada suara si Mariah Carey)
Eh, siapa lagi nyanyi ani..hehehe..
Siapa kan bini-bini (perempuan) ani?
Samsing (taiko) jua

Mami mami minta duit
Minta seringgit
Membali cuklit
U know i gotta
6X

Eh.. bila kan orang terima ani? (terima gaji)
Berapa haribulan kan ni?


Disclaimer: Lirik lagu ni mula-mula aku google di Internet. Lepas tu aku improvise dengan betulkan mana-mana yang patut mengikut pendengaran aku. Then, aku kasi translate mengikut pemahaman aku juga. Kalau ada yang tersalah, bolehlah give suggestion through comment box di bawah. Terima kasih.  

Tuesday, July 19, 2011

Salad sayur

Aku ialah seorang mami yang malas masak.
Selalunya, paling rajin pun aku akan goreng ikan atau ayam, masak sayur tumis bodo-bodo sama bawang then campur air.
That's all. Memang ntah hapa-hapa.
Paling pemalas - tapau lauk ja dari kedai. Masak nasi di rumah.

The most ntah hapa-hapa part is - aku malas masak, tapi suka tengok rancangan memasak.
Especially bila sekarang ni suda ada channel 706 - Life Inspired HD.
Rancangan masakan kegemaran ialah Giada at Home... Masakan si Giada ni is so simple, so italian, plus she's so cute and sexy. Yang lain-lain aku tengok is Barefoot Contessa (agak mengantuk bila melihat si Ina ni bercakap) dan lain-lain...

One thing yang aku perasan dengan orang putih ni, dorang suka season their food with salt and black pepper.
Lepas tu suka mengasidkan makanan dorang dengan lemon juice atau lemon zest. Kadang-kadang guna yogurt dan sour cream.
Suka masukkan macam-macam jenis cheese.
Suka guna macam-macam daun herbs. Aku siap cakap sama Abang Edi, kalau sudah duduk rumah sendiri nanti, aku wajib ada kebun herbs kecil-kecilan. Herba orang putih termasuklah herbs orang melayu. Wajib!

Tapi paling best ialah bila Abang Edi juga pernah sindir aku "You ni suka tengok orang masak tapi you sendiri tak masak"... Wah... kepedasan sindiran itu membuatkan aku terpana sambil bermonolog sendirian.

Lately, aku suka pula memasak. To be precised, aku suka masak masakan melayu yang bersantan. Macam-macam la - masak kari, masak kurma, nasi tomato etc.

Ini adalah akibat aku terinspired dari seorang kawan yang sebilik research dengan aku.
Kami selalu bawa bekal dari rumah sebab tidak mau buang masa cari makanan di luar.
Aku macam biasa, bawa bekal bodo-bodo contoh burger daging yang diapit dengan roti gardenia, roti sandwich jem kacang, nasi lemak bungkus.
Tapi kakak ni akan bawa - nasi putih dengan ayam masak kurma la, sup daging la, ayam masak merah la.. Kakak ni memang masak pagi-pagi supaya anak dia boleh makan tengahari. Aku memang kagum.

Tambahan pula, berat badan aku semakin bertambah.
I need to be health concious. Dan dalam masa yang sama, aku kena ambil hati Abang Edi dengan mengikat perutnya dan jaga pemakanan si Addin dan si Zara.

Tapi apa kaitan masakan melayu bersantan dengan health conscious life? Memang tiada kaitan.
Kaitannya ialah - oleh kerana aku masak masakan berlemak, aku kena balance dengan masakan yang lean fat dan banyak vitamin.
What I did is - I make salad!!

The logic is simple - aku tidak perlu risau khasiat sayur akan hilang kalau dimasak.
Hasil dari pemerhatian aku tengok rancangan masakan orang putih - aku buat salad dengan amatlah senangnya.


Campuran timun jepun, tomato dan bawang merah yang dipotong dadu. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. Rangup!


 
 Campuran daun buttnernut, tomato dan bawang merah. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. I really love the combination. I think the salad is so much crunchy and better if I add roasted pine nuts.

Depends sama orang sebenarnya. Kalau tiada lemon juice, boleh guna limau nipis. Kalau tidak suka rasa masam, boleh ja tidak kasi masuk tu juice. Aku kasi masuk tu lemon juice supaya boleh potong rasa lemak santan dan boleh mengekalkan warna daun butternut, timun jepun dan tomato supaya malar segar. Ala-ala acar mentah la kunun...

Yang penting, senang bangat!

Monday, July 18, 2011

Macam tidak pandai habis

Sekarang ni aku ada terfikir, kan bagus kalau ambil coursework mode semata-mata.. mesti sekarang boleh berjoka-joka cuti sampai next sem dibuka which is in September 2011.

Oleh kerana full time master study di FTSM UKM hanya ada mixed-mode dan research mode sahaja - soal coursework mode itu bolehlah diabaikan.
Tidak silap aku, berdasarkan penceritaan kawan-kawan, di IPTA lain ada yang menawarkan coursework semata-mata.
Cumanya, aku memang sudah pilih UKM sebab principle of choice aku ialah -
  • dekat dan tiada traffic jam - tidak lain dan tidak bukan, UPM
  • tiada kelas malam dan kelas weekend - serta merta UPM terkeluar dari option, maka pilihan terdekat dan tiada traffic jam ialah UKM.
Apa yang aku rasa macam tidak pandai habis ni?
My quest in getting the best research topic for my master thesis.

Mula-mula aku mau buat research pasal ada satu benda tu, tapi lepas buat literature review (LR), rasa macam tidak sesuai pun ada sebab kalau tersilap langkah, boleh terkeluar dari lingkungan bidang kajian aku.

Jadi aku try pula buat lagi satu ni. Tapi bila lepas gali punya gali, rasa macam tidak boleh go la pula, sebab aku sense akan ada kesukaran bila part buat analisis nanti.

Lepas jumpa supervisor aku last Friday, dia bagi cadangan, why don't aku buat research pasal satu benda ni? Dan aku boleh bawa research tu dalam domain 'yang itu'. Seems interesting. (Aku nda la mau cerita yo-yo-oo.. kalau nda jadi bikin malu ja nanti).  

Sebenarnya, tujuan aku buat entry ni ialah untuk meluahkan kepada dunia yang aku amat gembira dengan kehadiran supervisor aku dalam hidup aku sekarang ni.

She is really helpful. Selalu bagi motivasi yang diperlukan dan sentiasa menawarkan buku-bukunya dan artikel-artikel yang membantu untuk dipinjamkan sebagai rujukan. Bagus bah..

Aku ada tiga statement dari supervisor aku ni yang aku ingat menusuk dalam jiwa aku.
  1. "Saya nak awak ada problem statement dulu. Saya tak akan benarkan student saya pergi jauh kalau takde problem statement" - logik la tu.. kalau tiada problem statement, maknanya student tu belum buat thorough literature review. Tiada problem statement juga bermakna tiada research question. Tiada research question, bermakna tiada objektif. Tiada objektif yang jitu, bermakna research methodology akan jadi kucar-kacir. Siapa yang susah, diri sendiri juga yang susah nanti. 
  2. "Raya nanti tak boleh cuti lama-lama tau. Orang dapat cuti belajar supaya boleh fokus kat study. Bukannya kena cuti suka hati. Expectation tu tinggi untuk orang yang cuti belajar" - true enough.
  3. "Try amalkan solat istikharah dan solat dhuha. InsyaAllah, journey nak habiskan thesis ni akan jadi smooth je" - saya setuju. The greatest help is from UP there..

Sebenarnya, selama aku belajar 2 semester di FTSM UKM ni, semua lecturer yang aku kenal dan pernah berinteraksi dengan dorang memang bagus-bagus. Dari yang belum dapat title Dr. sampai ke lecturer yang sudah dapat title Prof., semua pun ok. Memang memberi inspirasi yang membina.

Senang cakap, dorang membuatkan perjalanan aku dalam meraih master degree ni - a rewarding process.

Kesimpulannya, tajuk entry itu patut ditukar kepada "Habis juga bah tu nanti"..

Monday, July 11, 2011

Doa sebelum tidur

Semalam, aku masuk tidur serentak dengan si Addin..
Selalunya, aku masuk tidur dulu atau si Addin tidur dulu..
Untuk pengetahuan, kami semua masih tidur sekali..  :)


So, aku suruh si Addin baca doa sebelum tidur.
Si Addin ni pun baca la..

"Bismikallahhumma ahya wa amutu
Dengan nama Allah aku hidup dan mati. Amin."

"Pandai anak mummy.. okeh.. tidur.. close your eyes"

"Mummy.. kita ni macam mati ke sekarang?"

Pause.. Aku jadi macam ter"puzzle".. macamana aku mau jawab soalan cepuemas macam ni..

"Tidak lah.. kita kan mau tidur"

"Mati tu macam tidur ke mummy?"


"Mati tu macam tidur tapi tak bangun-bangun dah.. kalau tidur ni sekejap ja, besok pagi kita bangun.. oke? Bah.. tidur lah.. "

Aku pun tidak sure si Addin paham ka tidak..
Tapi lepas tu tu terus si Addin diam-diam ja sambil berguling-guling mau tidur..

Besar sudah anak aku ni..

Friday, July 8, 2011

Zara and baby talk

Anak damit ku si dayang Zara ni sekarang sedang rajin kan bercakap..
Tapi perkataan yang dia cakap boleh memenuhi piawai percakapan aku sebagai mummynya ni masih limited.

Zara boleh cakap:
  1. Dadi - maknanya Daddy.. ok la tu.. rajin si Zara ni menyebut Dadi. Kalau Abang Edi balik dari kerja, si Zara dengar ja bunyi kereta parking, mesti ia bekejar ke pintu mau menyambut kepulangan Abang Edi, lepas tu jerit "Dadi!!!!". Kalau nampak gambar Abang Edi pun, sebut "Dadi". Kalau pegang baju Abang Edi pun, sebut "Dadi".
  2. Ai - maknanya Air.. si Zara akan sebut "Ai" sambil pegang botol air atau lepas dia batuk.. terer eh si Zara ni, kalau batuk ja, cepat-cepat ia cari botol air mau minum. 
  3. Mam - maknanya makan. Kalau aku tanya "Nak makan?", Zara akan jawab "Mam.."
  4. Nak - maknanya nak la.. tiada makna lain.. Ni contoh kalau aku tanya "Nak pi jalan tak?", Zara akan jawab "Nak".
  5. Akat - maknanya Angkat. Zara akan sebut "Akat" kalau minta kena dukung. 
  6. Kakak - maknanya Kakak. Tapi aku rasa dia pun tidak paham apa makna kakak ni.. sebab dia main sebut ja tanpa ada relevan dengan keadaan yang sesuai. 
  7. Ubet - maknanya Ubat. Macam orang jawa pula perasaan aku bila si Zara sebut "Ubet" tu.. 
  8. Pash - maknanya Panas dan Pedas.. tapi sometimes kalau si Zara tidak mau sesuatu (contoh makan ubat) pun dia akan bagi alasan "Pash!".. 
  9. Betubetubetubet - maknanya "Betul betul betul". Pengaruh Upin Ipin.
  10. Boboiboiiii - BoBoiBoy... ni pun pengaruh katun kegemaran abangnya. Kegemaran si Zara juga. 

Tapi aku puzzle, tidak pandai la pula si Zara ni mau panggil aku Mami.. Kalau aku sebut "Mami", si Zara ni pun suka-suka hati ja akan sebut benda lain, yang teda kaitan-kaitan.

Perkataan yang selalu Zara sebut - Hajeba, Teba dan Yippiyee.. Allah ja tahu apa maknanya ni.
Hajeba selalu disebut bila Zara ternampak playground, airplane.. Yippiyee akan disebut kalau si Zara kusut dan maukan something seperti biskut dan losyen.

Walaupun si Zara masih cakap ala-ala jerman, tapi banyak la yang dia sudah faham.
Kalau aku tanya pasal anggota badan, boleh ja si Zara menunjuk mata, hidung, telinga dan semuanya berkaitan tu dengan cemerlang. Aku nda pernah ajar pun. Maybe cikgunya di nursery ada ajar.
Kalau aku suruh dia pickup her toys dan kemaskan pun pandai juga.



Besar sudah anak mummy ni...

Tips mohon HLP (Jawatan F sahaja)

Baru-baru ni, terjumpa la dengan sorang mamat yang sedang buat PhD di UKM..
Dia lagi muda dari aku, tapi buat PhD sudah.. excellent banar eh..
Rezeki masing-masing..

Jadi, kami pun borak-borak la sikit..
Cerita pasal research, agensi dulu macamana...
Pengalaman time interview HLP tu macamana..

Hasil dari persembangan itu, baru la aku tau..
Kawan aku cakap - salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada peluang cerah untuk dapat biasiswa HLP ialah: pastikan course, tajuk research dan proposal yang kita mohon time isi borang HLP tu bertepatan dengan kehendak bidang yang ditetapkan oleh Human Resource.. makanya jika merujuk kepada Jawatan F, sah-sah la HR itu ialah JPA.

Contohnya, pada tahun berkenaan, JPA berkehendak pemohon bagi bidang Database dan Security. Jadi, kalau tajuk bidang dan proposal kita adalah berkenaan salah satu dari dua bidang tu, besarlah sikit laluan untuk dapat HLP.. Provided, proposal tu kena la solid. Kalau asal ada saja, nda juga guna-guna kan. Kaitkanlah dengan sumbangan yang boleh diberikan kepada pihak Kerajaan.

Tapi, dalam masa yang sama, aku tidaklah dapat menyimpulkan sekiranya tajuk bidang yang dimohon oleh seseorang pegawai  itu menyimpang dari keperluan JPA, maka pegawai itu tidak akan dapat HLP. Contohnya, jika JPA mau pegawai F yang pakar dalam bidang Semantic Technology, tapi pegawai tu mohon untuk tajuk Cyber Security, kemungkinan besar pemohon tu kandas - itu tidak dapat dipastikan.

Kalau mau tahu tajuk apa yang JPA cenderung pada tahun berkenaan, boleh bertanya kepada pegawai JPA yang berkaitan. Kawan aku pernah buat macam ni.

Hasil dapatan ini ialah hasil perbualan di antara kerabat F marhain yang tiada kaitan dengan JPA. Tips ini mungkin benar kerana sudah ada pembuktian. Misalnya, pada tahun aku memohon tu, salah satu dari keperluan JPA ialah Pembangunan Sistem. Kebetulan, bidang yang aku mohon  dan proposal aku berkaitan Pembangunan Sistem. Aku cakap kebetulan sebab aku tidak tahu menahu pasal keperluan bidang JPA tu. Main redah ja.

Samalah halnya dengan mamat yang buat PhD tu.. proposal dia pasal Teknologi Semantik, ngam pula dengan keperluan JPA tahun dia memohon HLP tu. Dia pun Alhamdulillah dapat.  

Tips ini mungkin berguna untuk kawan-kawan seperjawatan Teknologi Maklumat yang berminat untuk lanjutkan pelajaran.
Wallahualam.

my research nest @ UKM.. (kalau di rumah, banyak dugaan)

Thursday, July 7, 2011

Braces dan karang gigi

Lama sudah tidak update pasal pagar besi di gigi ni kan..
Ni pasal memang tiada apa benda yang mau diupdate pun..
Archwire pun tidak kena tukar, pasal doktor aku tu cakap ada satu gigi geraham kecil yang tenggelam di belah bawah kiri masih belum timbul sepenuhnya..
Tapi Alhamdulillah, gigi aku sebelah bawah semua sudah berada dalam saf yang tersusun..

Sekarang ni, treatment tambahan ialah - pakai getah dengan disangkut pada gigi atas dan bawah sebelah malam saja.
Bagus la..
Kalau berjaya, tidak payah cabut 2 gigi.. kalau tidak berjaya, babai la sama gigi-gigi itu..
Seboleh mungkin, dielakkan la urusan cabut gigi tu.

Last Monday, aku pegi appointment, doktor bagi scaling gigi bawah ja pasal ada karang gigi sudah..
Mesti kena buang tu karang gigi dengan segera sebab takut nanti ada gum problem..
Gigi belah atas tiada masalah pasal senang mau berus.. besar kan gigi aku,,
Tapi yang belah bawah tu cam susah sikit mau berus.. Gigi belah bawah kan kecil.. tapi bracket ja sudah conquer kebanyakan area gigi.. so, susah mau selitkan berus gigi untuk berus di area luar bracket tu..
Jawapannya, kena la pakai interdental brush..

Harap-harap, sempat la gigi aku ni cantek sebelum aku konvo nanti..
Mau cerita pasal konvo pulak, tesis pun masih terkial-kial.. mau dapatkan problem statement pun masih blur-blur lagi..
Huhuhh..

Monday, July 4, 2011

Disney Junior - Ahoy to Never Land

Last Khamis petang, dapat sms dari 66339 bertulis begini "RM0.00 : Frm Astrolife - U won a tix for 4 to Disney Junior event! 2 Jul, 1:30pm, Bk Kiara Equestrian. Bring astro bill/tix to enter. Call 0166880401".

Heran juga aku.. bila pula aku masuk contest pegi Disney Junior event ni. Contest lain ada la.. tapi sudah dapat tiket ni, apa salahnya.. pegi ja la..

Excited pun ada.. macam syiok ja.. confirm la si Addin dan si Zara suka.. tapi aku kena bendung dulu excitement tu dan tidak boleh bagitau sama si Addin.. Apa-apa hal pun, kena tanya Abang Edi dulu.. mana tau dia tidak berminat.. lepas Abang Edi kata ok, baru la aku berani spill the news to Addin.. Addin dan Zara memang suka tengok Disney dan Playhouse Disney channel.. Disney Junior tu adalah channel baru yang akan menggantikan Playhouse Disney start 11 July..

Hari yang ditunggu tiba...

Kami sampai agak lewat.. 15 minit lewat macam tu.. Ramai juga family yang datang.. kira meriah la.. oleh kerana aku tiada tiket, jadi aku bawa latest astro bil ja. Lepas registration, dapat doorgift dari Astrolife..

Lepas tu kami ternampak Zahid AF2 in pirate costume.. aku angkat tangan la kunun melambai sama si Zahid.. lepas tu aku rasa bersalah.. ya la kan, orang tu kan artis, tapi tidak pula kami minta mau bergambar sama dia.. nda pa la.. mesti dia profesional..

Cuaca panas yang amat.. jam 3.00 petang ada acara bergambar dengan Mickey and Minney Mouse.. sebelum tu, main game dulu.. oleh kerana event petang tu adalah bertemakan rancangan kartun baru di Disney Junior "Jake and the Never Land Pirates", jadi semua game adalah bertemakan ala-ala pirates..

Ada 4 booth - Agent Oso (tumbangkan botol dengan pistol air), Word World (cari huruf untuk eja SHIP), Handy Manny (buat kotak) dan Mickey Mouse Clubhouse (masuk dalam maze untuk cari tiga gambar).. selesai setiap game, kena collect stamp - macam main treasure hunt.. (tapi lupa la pula aku mau ambil gambar time si Addin main game.. terlampau panas kan time tu)..

Tidak dilupakan, lepas main each game, kami dapat souvenir gifts lagi.. serunutnya.. Oleh kerana budak kecik ada 2 orang, jadi kami dapat dua treasure map, maknanya gift kali 2.. macam-macam la dapat..

Lepas habis semua game, kami pun pegi ke kemuncak acara iaitu menunggu Mickey dan Minney untuk bergambar.. nasib sungguh baik sebab terjumpa Erika and the kids!! Aku sempat tanya Erika macamana boleh dapat invitation ni. Dia pun cerita yang dia ada isi satu online form dari AstroLife.. bila aku fikir-fikir balik, baru la aku teringat yang aku pun ada isi form tu... punya la main pelupa aku ni..




Nasib baik ada Erika, Ain dan Ammar yang comel-comel belaka.. bole la tumpang semeja melepaskan lelah.. thanks kepada event organizer yang menyediakan bottled drinking water dan biskut Jacobs free.. terbaek..

moody.. mungkin kerana panas.. atau kurang tidur.. besar kemungkinan juga sebab berada di tempat dengan ramai orang baru.. malu-malu la ni kunun..

Ain yang sibuk mewarna.. pandai betul si Ain ni color.. kemas ja..

 gambar ehsan Mummy Ain & Ammar (Thx Ika!)

 gambar ehsan Mummy Ain & Ammar (Thx Ika!)

Abang Edi yang sedang menunggu dalam barisan sama si Addin.. semua orang sedang tunggu Mickey dan Minnie keluar.. once sampai turn, barulah aku dan si Zara masuk barisan..

 Siapalah agaknya jadi maskot tu kan..
hasil "seni" si Addin - tapak tangan warna biru melintang di bawah

bukan mau berak..
aku ingat ada la maskot pirates ni betul-betul.. rupanya patung 2D ja.. cheh..

 Sudah mau beransur, ambil gambar dulu..

Ambil gambar di entry point pula..

 Zara ambil udara petang di pinggir padang kuda..


Sesampai di rumah... aku check di pigeon hole, baru la tiket pegi Disney Junior event ni sampai via GDEX.. ni mesti baru sampai pagi tadi ni.. semalam aku check tiada pun..


bertuah punya tiket..


Captain Addin Sparrow..


 Captain Zara Sparrow..


sebahagian dari hasil kutipan..



 ni la hasil dari treasure hunting tadi.. dapat sijil la kunun-kunun..


p/s: Secara keseluruhan, event ni menyeronokkan.. tapi rasanya adalah lebih bagus kalau kitaorg terdapat event sebelah pagi.. mungkin less panas membahang.. souvenir gifts yang kami dapat pun marvellous.. good job AstroLife!

Saturday, July 2, 2011

Liean's brthday bash out

Last Saturday, aku, si Faiz dan si Oneal meraikan birthday si Liean ke-"tettt" di Pavilion.

Tujuan awal sebenarnya, aku ni tentiba teringin mau makan "vietnamese pho" atau dalam bahasa kita ni - mihun sup ala vietnam. Jadi aku ajak la si Liean. Ngam-ngam birthday si Liean pun around the corner, kami pun set la gathering. Tapi kali ni, tidak la dapat ajak kawan-kawan dari satu Malaysia. Mana berkarih (larat) mun (kalau) balik-balik datang KL kan.. kapih (bankrap) la si kawan..

Nasib jua la Abang Edi sporting mau menjaga si Addin dan si Zara di hari Sabtu. Bukan selalu aku a.k.a wifenya yang cantek ni ada peluang mau keluar berpoya-poya sama kawan-kawan.

We start our girls day out with lunch at La Lot, Pavilion. Aku order mihun sup dengan kepingan daging (sedikit pedas kunun tapi bagi aku tidak pedas pun) beserta air lemon soda (refreshing!!! aku mau try buat sendiri la nanti di rumah).

 Kami yang kelaparan.. mau sampai ke Pavilion pun punya la main susah.. ada jam la pula pasal ada Bridal Fair di tengah Jalan Bukit Bintang..

 
Ambil gambar dulu.. I'm turning old already.. wah.... look at the wrinkles..  

 orang yang diraikan bergambar dulu sama si Faiz..

our healthy lunch meals... as our group gift for Liean, the lunch treat was on us.. Liean hanya perlu mamam ja..

order this for dessert... mula-mula si Oneal yang buka mulut mau order ni.. aku layankan saja walaupun sebenarnya kurang bersetuju pasal aku tidak suka makan durian dalam bentuk lain selain dari bentuk durian yang asli.. tapi bila makan ja... Subhanallah... sedapnya ya ampun... I dub it as a very shockerilla unbelievable devillicious yummy treat.. kepada peminat durian, this is a must try!!! Oleh kerana terlampau sedap, kami order lagi for second plate..

senyum senget seorang ibu yang kekenyangan.. haruslah kena tutup tu mulut.. baru lepas makan.. nda boleh la tunjuk gigi.. hehe


 Lepas makan, kami jalan-jalan di Level 6 Pavilion kejap sambil ambil gambar.. 3 sekawan yang cantek - birthday girl - Liean, aku dan si Faiz..

 Lepas jalan-jalan, kami pegi the opposite building pula.. ambil gambar dulu.. tengok la perbezaan tinggi peserta paling ketot (aku) dan peserta paling tinggi (si Oneal - now you know why we call her Oneal) dalam aktiviti jalan-jalan hari ini..


 Our first visit to Sephora.. macam tourist pula.. tapi lupa pula ambil gambar dalam Sephora ni.. kami ada buat projek menconteng alis mata guna tester liquid eyeliner.. jakun macam budak sekolah baru kenal mekap pun ada juga.. sedangkan tua sudah.. 

 Time to go back to Pavilion... tunggu lampu hijau untuk pedestrian..

 Ambil gambar depan Pavilion...

 bila masuk balik Pavilion, kami cari aiskrim pula... layan aiskrim di Gelatomio..

 iklan teh..
 the ice-creams were really nice.. aku suka yang ada aiskrim kuning tu.. rasa buah markisa.. membuatkan aku teringatkan sama nenek aku di Ranau.. sebab time aku kecil-kecil dulu selalu petik ja buah markisa di pagar rumah nenek aku...


 si Faiz masih boleh tersenyum.. aku agak kepenatan dan sudah terasa sorethroat.. maybe pasal makan durian pancake tu.. minum Earl Grey tea dulu..

 Lepas makan aiskrim, kami pegi window shopping pula.. aku jadi bahan ujian untuk mencuba baju-baju.. apa nama kedai tu aa, lupa pula aku.. tapi memang sesuai untuk cari baju-baju petit size..

And then, kami menuju ke Forever 21 pula.. I bought a white viscose cotton shawl.. sekarang ni aku suka la pula pakai shawl especially kalau aku pegi ke UKM.. tapi aku tiada shawl putih.. bila sudah terjumpa tu, cantik pula.. beli ja la.. yang syioknya tu, aku dapat 10% discount sebab aku kasi tunjuk student card aku time bayar... wahhh... berbaloi-baloi jadi student tua ni.. hehehe..

Untuk menutup acara, kami akhiri dengan menapau bun dan pastries dari The Loaf.. seperti biasa, aku mesti akan ambil Cranberry Cheese.. 

Dan sebelum itu, kami juga telah membuat kesimpulan bahawa memang seronok kalau dapat keluar sama kawan-kawan perempuan saja.. especially dengan kawan-kawan yang kita sudah kenal lama dan membesar bersama di asrama ketika zaman sekolah menengah dulu.. most probably kami akan jadikan Girls Day Out ini acara bulanan.. I talked about this to Abang Edi, dan dia pun ok saja :)

p/s: Thanks to Liean for all the pictures.. si Liean memang ambil banyak gambar betul hari tu because it was her birthday!!! Happy birthday my dear best buddy.. semoga kau akan dirahmati dengan lebih banyak rezeki.. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...