google analytic

Nuffnang

Thursday, September 29, 2011

Turkey Pasta

Semalam, kami buat potluck untuk jamuan raya di research lab UKM. Geng-geng potluck adalah terdiri daripada geng-geng kami sama-sama kursus HLP dulu dan group Strategic Planning. Semua lecturer dan student yang berhampiran di tempat kejadian kami jemput juga untuk makan sama-sama.

Kisahnya kunun, memula tu, aku terasa macam mau buat lasagna. Tapi, pasal sindrom malas sudah menyerang, tambahan banyak bahan is not in stock, jadinya, aku tukar plan. Teringat kepada spiral tri-color pasta goreng yang pernah disajikan oleh biras aku, Kak Ngah. Simple, easy dan different - memang off-topic dari jamuan raya. Kawan-kawan aku semua bawa lemang, nasi impit, rendang - jadi apa salahnya aku bawa yang tidak berunsurkan santan dan pulut. Ada juga yang bawa desserts - trifle, kuih lapis, kuih seri muka, dadih etc. My supervisor siap bawa choc cupcake lagi walaupun tidak diminta :). Bagus betul.


Aku duduk sambil memangku anak member. Best jadi student ni pasal boleh jadi surirumah separuh masa :) (separuh lagi jadi student). Bawa ja anak pegi mana-mana.

Lepas dapat resipi dari Kak Ngah melalui sms, aku pun start searching for spiral tri-color pasta. Tapi tiada la pula di jusco dekat rumah aku ni, so aku beli ja la vegeroni iaitu macaroni campur vegetable. Boleh la..

Fried Vegeroni pasta with turkey, tomato and herbs

Bahan-bahannya

  • 1 bungkus pasta Vegeroni
  • 1 biji bawang merah besar (potong dadu)
  • 3 biji bawang putih (hiris)
  • 4 helai turkey strip yang dihiris
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji cili padi (dititik)
  • 1 kiub ayam
  • sedikit daun saderi (hiris halus)
  • sedikit daun basil kering


Cara-caranya

  1. Rebus vegeroni hingga jadi el dente. Toskan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili.
  3. Masukkan turkey strip yang telah dihiris. Tumis hingga masak.
  4. Masukkan tomato pula. 
  5. Masukkan vegeroni. Gaul rata.
  6. Perasakan dengan kiub ayam. (Kalau kurang rasa, tambahlah garam ikut suka).
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun basil kering ikut suka hati sendiri. 

The verdict : walaupun ada kawan aku yang keciwa sebab aku tidak bawa lasagna (eseh.. keciwa kunun), tapi nampaknyadorang puas hati juga dengan pasta vegeroni goreng aku ni. One of the Profesor Madya yang datang pun siap tanya resipi dan rekemen masakan aku lagi. Wah.. kembang setaman aku. 


Tips.
  1. Aku beli turkey strip tu di Las Vacas, SS5, Kelana Jaya (halal butcher).
  2. Protein dalam masakan ni boleh guna ayam, daging, udang, sotong dan lain-lain. My sister-in-law guna udang dan sotong. Lagi sedap rasanya. Jadi la seafood pasta. 
  3. Boleh tambah sayur kegemaran - sawi, brocoli, bunga kubis, capsicum, carrot etc. 
  4. Penggunaan tomato dan herbs seperti daun saderi dan dry basil adalah untuk membangkitkan gaya dan rasa itali.. eseh... 
  5. Selain itu, tomato boleh mengurangkan rasa pedas cili padi. Kalau tidak mau pedas, boleh saja tidak menggunakan cili padi dan ganti dengan serbuk lada hitam atau putih.  

By the way, thanks for the recipe Kak Ngah! 

    Monday, September 26, 2011

    Amanah Saham Didik

    Si Addin dan Zara ada akaun ASD ni. Aku buka akaun dorang time si Zara umur 8 bulan. Sebelum tu si Addin ada akaun Tabung Haji ja.

    Last week, aku mau bank in duit raya dorang + duit tabung di CIMB Putrajaya, orang di kaunter tu cakap tidak dapat masuk. Aku pun tidak paham pasal apa. Oleh kerana dia kesian tengok aku bawa banyak coins yang berat tu, dia offer la masuk dalam ASB aku dulu. Kemudian boleh transfer pegi ASD si Addin dan Zara.

    Dan last week juga, aku terbaca post Mama Ain dan Ammar yang dana ASD sudah habis jadi tidak boleh buka akaun baru. Kalau mau tambah dana boleh.

    Hari ni aku try lagi ke CIMB Bangi. Orang kaunter tu cakap dana habis, mau tambah pun tidak boleh. Kena tunggu pengumuman tambahan dana baru dari ASNB.

    Aku masih bingung-bingung lagi ni. Aku call pula ASNB Putrajaya. Rupanya dana ASD ni sudah habis since 2-3 bulan yang lepas. Aku boleh tambah pelaburan kalau ada orang jual ja. Oooo.. baru la faham..

    Tapi rasanya sekarang ni, musim-musim lepas raya, semua mama bapa mau kasi masuk duit untuk anak dorang. Ada juga ka yang mau kasi keluar? Kalau ada pun, macam tipis ja harapan untuk aku masukkan duit untuk 2 akaun.

    Maybe kalau hujung tahun mau buka sekolah tu ramai kot yang keluarkan duit dari ASD anak dorang. Time tu mau guna duit banyak. Mungkin la.. spekulasi aku ja tu..

    Macamana la duit dorang ni... aku kena buka akaun Tabung Haji si Zara juga la nampaknya.. park duit dorang di sana dulu.

    Thursday, September 22, 2011

    Rendang Ayam

    Abang Edi adalah penggemar rendang tegar. Addin pun memang suka makan rendang ayam.
    Aku pula, tidak pandai masak rendang.  Tapi aku suka makan rendang yang biras aku masak. Pernah kami order dari biras kami untuk masak rendang ayam pasal kami mau buat open house.

    Mau tidak mau, aku mesti belajar masak rendang juga. Aku pernah masak rendang - tapi at last Abang Edi cakap masakan aku macam masak lemak ja.

    Jadinya, aku minta resipi dari biras aku. Lepas tu aku buat ubahsuai sikit. Resipi rendang ayam negeri sembilan style.

    Bahan-bahannya
    Setengah kilo ayam (aku guna chicken wing ja)
    5 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    3 batang serai (kalau besar, guna 2 batang pun cukup)
    1 inci halia
    1 inci kunyit
    1/2 inci lengkuas
    8 biji cili padi (mau lebih pedas boleh tambah)
    2 sudu cili boh
    1/2 sudu makan serbuk kari daging (tiada pun tidak apa)
    1/2 cawan santan kotak
    1 asam keping

    Sehelai daun kunyit dihiris halus
    1 sudu kerisik
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara memasak
    1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, kunyit, lengkuas, cili padi - tumis sampai garing
    2. Masukkan cili boh - tumis
    3. Masukkan serbuk kari daging yang telah dicampur sedikit air - tumis
    4. Masukkan ayam - tunggu ayam separuh masak
    5. Masukkan santan - tunggu lagi
    6. Masukkan asam keping, kerisik, daun kunyit, garam dan gula
    7. Masak sehingga kuah kering sedikit

    Masak rendang ni kena cook with love.. slow and steady..  kalau masak guna chicken wing tidak perlu dikacau selalu sebab chicken wing senang masak - nanti hancur pula.

    Hasilnya, Abang Edi dan Addin makan hingga menjilat jari. Alhamdulillah. Abang Edi siap request untuk masak lagi untuk hari minggu akan datang ni.

    Hilang la pula gambar rendang ni. Nanti-nanti la upload.

    By the way, thanks for the recipe Kak Long!

    Wednesday, September 21, 2011

    Rasa macam ada harapan kena conned

    Sebelum raya ari tu, kami ada panggil sorang draughtman ni (dia cakap dia arkitek) - aku pun tidak tau la mana betul sebab kami dapat nama dia ni dari senarai draughtman yang direkemen oleh MPSJ.

    Survey punya survey, call sorang-sorang dari senarai tu, harga mamat ni la paling kompetitif.

    Jadi, bermulalah sesi melawat tapak, ambil gambar, minta kebenaran jiran semua. Pelan ubahsuai rumah pun kami sudah dapat. So, kononnya lepas raya, mamat ni mau submit la ke MPSJ. Abang Edi pun sudah ada buat bayaran 2/3 dari kesemua jumlah payment = bayaran arkitek + bayaran jurutera + deposit ke MPSJ

    Ceritanya, last week Abang Edi call, tapi boleh mamat ni tu tidak kenal. Macam tidak logik pun ada, kan ada job sedang pending. At least, kena la simpan no client sampai job tu sah selesai semuanya. Kononnya, dia sudah submit. Next week boleh lulus sudah.

    Tadi Abang Edi call, tapi mamat tu off hp. Hmm... Aku call MPSJ - tiada permohonan berkenaan.

    Menyirap darah aku. Adakah aku dan Abang Edi sudah kena conned?

    Aku sudah terfikir mau serbu opis mamat tu. Siap terfikir mau war-warkan nama mamat ni di dunia maya biar dia tidak dapat bisnes lagi. Aku siap buat plan mau tuntut di Tribunal Pengguna.

    Tapi Abang Edi kata sabar dulu. Mungkin mamat tu ada problem. Mungkin orang MPSJ tu tersalah tengok. Harap-harap la..

    Aku sudah semangat mau renovate rumah ni. Tapi, malang tidak berbau pula.

    Huhuhuhuh... Jangan la kena cari arkitek lain pula.. huhuhu.. melayang usin begitu ja..

    p/s: Pengajarannya, hanya bayar 1/3 daripada keseluruhan payment dulu untuk memastikan arkitek tidak lari.

    Monday, September 19, 2011

    Kek Batik

    Tiba-tiba la aku teringin mau buat kek batik. Sekarang kan masih mood raya. Tapi di KL ni aku jarang jumpa kek batik kalau beraya ke rumah orang. (Atau memang banyak ja rumah orang yang hidang kek batik tapi aku tiada rezeki terjumpa rumah mereka-mereka yang bertuah itu?)

    Kalau di Labuan, hidangan kek di atas meja ketika raya memang akan ada di mana-mana. Most probably pasal benda ni memang sudah jadi trend hari raya di Borneo - Sabah, Sarawak dan Brunei tidak terkecuali. Macam-macam jenis kek kita akan jumpa - kek lapis pelbagai corak dan kaler, kek belacan (nama ja kek belacan sebenarnya rasa coklat tp rupa sebijik macam belacan yang tidak dibakar - dark brown red - memang huduh.. huhuhu), kek lumut, kek hati pari, kek buah, kek keju ala-ala japanese cheese cake with grated cheddar cheese on top (amat la glemer.. kalau terkena yang nyaman, separuh kek pun boleh habis ditelan oleh aku) and last but not least, kek batik - kek yang teramatlah simple dan sedap. Kek-kek lain yang tidak disebut nama, sila jangan kecil hati. (I am not perfect so I tend to be forgetful sometimes).

    Untuk melepaskan rindu kepada kek batik - kalau mau beli memang ada yang berjual tapi mahal bah, sekeping pun orang boleh jual sampai RM2 at least - jadi aku buat la sendiri.

    The dilemma is - aku mau resipi yang tiada telur sebab si Zara ada alergic. Cumanya, kalau tiada telur, kek batik akan jadi keras lepas masuk fridge dan akan jadi lembik selembiknya bila dibiarkan pada suhu bilik. Kiranya, telur tu penting supaya adunan coklat pada kek batik tu set just nice. Jadi, aku adjust la guna sebiji telur ja.

    Oleh itu, lepas aku baca-baca lambakan resipi yang ada dalam internet, aku pun buat la alteration sedikit, dan jadiklah kek batik versi aku (tapi sebenarnya tiada la beza dengan kek batik orang lain pun).


    Bahan-bahannya

    • Satu bungkus biskut marie yang telah dipatah-patahkan (lupa pula pakai jenama apa - tapi cover warna biru sebab tu je la yang ada di 99 SpeedMart dekat rumah aku. Berat 300g - tapi kegunaan sebenar untuk buat kek batik mungkin ada kurang 50g sebab telah di-tax oleh aku, Addin dan Zara) - baru ingat jenama Hwa Tai
    • Milo - 4 sudu makan (guna sudu makan betul-betul, bukan measurement spoon pun, tidak diratakan)
    • Serbuk koko - 2 sudu makan
    • Susu pekat manis - 3 sudu makan
    • Nestum - 2 sudu makan
    • 1/2 cawan fresh milk
    • 1 biji telur gred A
    • Sedikit esen vanila
    • 1/3 Buttercup
    • Sedikit air masak untuk melarutkan milo dan serbuk koko


    Cara-cara membuatnya (Less than 10 minutes) -

    1. Campurkan milo dan koko. Larutkan guna air masak tu sehingga tidak berketul-ketul.
    2. Masukkan telur, esen vanila, nestum. Kacau sebati.
    3. Cairkan Buttercup atas periuk. Api jangan kuat sangat. Nanti hangus pula.
    4. Sebaik Buttercup tu cair, masukkan campuran milo tadi. Kacau sehingga campuran milo+butter tu masak. Kena kacau selalu supaya tidak hangit.
    5. Boleh try test dulu. Kalau terkurang manis, terkurang coklat, boleh la tambah mana-mana yang patut. Ikut la citarasa sendiri.
    6. Tutup api dan masukkan biskut tadi sedikit demi sedikit. Kalau campuran milo+buttercup tadi masih cair, boleh tambah lagi biskut sehingga mendapat konsistensi yang diinginkan.
    7. Kacau lagi sehingga semua biskut diliputi campuran milo tadi dan sehingga biskut tu jadi lembut.
    8. Masukkan dalam baking tin atau bekas yang telah disapu butter. Adalah lebih baik sekiranya dialaskan dengan baking paper supaya senang mengeluarkan kek batik dari bekas nanti.
    9. Ratakan kek batik - boleh guna sudu atau wrap tangan dengan plastik bersih.
    10. Masukkan dalam fridge - tunggu la sekurang-kurangnya 6 jam. (Macam kes aku lepas 2 jam terus potong - sedikit lembik tapi tetap sedap).


    Pemerhatian -
    1. Ada resipi yang aku baca suruh cairkan butter dan campur telur atas api. Aku tolak cara ni sebab cara ni akan menyebabkan telur tu jadi scramble egg. Tu pasal la aku campur siap-siap semua dulu then baru masak atas api. Esen vanila bertindak untuk mengurangkan rasa telur.
    2. Aku tidak guna gula sebab aku rasa penggunaan susu pekat manis sudah memadai.
    3. Penggunaan nestum adalah untuk meningkatkan kelikatan bancuhan milo.Kalau tiada pun ok juga sebenarnya. Aku guna sebab memang kebetulan ada stok nestum.
    4. Adjust penggunaan biskut untuk mendapat konsistensi kek batik yang diingini.
    5. Boleh campur kekacang yang disukai untuk menjadikan kek lebih rangup.
    6. Penggunaan baking paper penting untuk mengelakkan kek melekat pada baking tin. Selain dari itu, memudahkan juga untuk mengeluarkan kek dari baking tin, tarik keluar ja baking paper tu (tapi baking paper tu kena pasang lebih besar dari baking tin, biar ada terkeluar sikit dari baking tin tu). Mau buat baking paper sendiri pun senang ja - lembabkan kertas  A4 dengan sedikit minyak masak... voila!

    Ini ja yang tinggal. Memang huduh kerana dipotong guna pisau plastik Ikea (cutlery yang colourful untuk kanak-kanak). Serve pun atas piring plastik Ikea tu juga. Lain kali, make sure potong guna pisau yang tajam.
    Walaupun bidak, tapi nyaman - sesuai dengan citarasa aku - tidak manis, tidak hanyir, tiada rasa pekat susu, biskut yang lembut. Mendapat pujian dari seisi rumah :)

    Monday, September 12, 2011

    Lagu Raya baru - Pening Raya

    Baru first time dengar lagu ni di radio Sinar.FM tadi..
    Seronok dan kelakar juga..
    Ada harapan jadi lagu raya evergreen...
    Boleh dengar style si M. Nasir dalam lagu ni.


    Dilema Cinta (the videoclip)

    At last, ada juga video ni online.

    Credit to Aliff Aziz Official Fanclub site (Aliff Angels)


    Friday, September 9, 2011

    Cuti raya lama

    "Saya bersiaran dari tanah tumpah darah saya iaitu Labuan"

    Yeah.. at this time, aku masih di Labuan.

    Seronok? Ofcourse la.. di saat umat yang lain sudah mula bekerja, aku masih di rumah parents aku.
    Kegiatan harian ialah: bangun pagi tengok tv, masak lunch untuk ahli keluarga lain yang ada di rumah dan yang akan balik dari bekerja untuk lunch di rumah, bawa anak pi jalan-jalan, tengok tv lagi dan tidur.
    Tiada pun kegiatan beraya sangat..

    Tidak dilupa, sejak aku sampai Labuan ni, aku sudah terjangkit penyakit tengok cerita mandarin jam 6 di TV2 on weekdays.. thanks to my family members.. dorang yang buat aku terjebak menunggu cerita ni hari-hari.. sungguh menghiburkan, try la tengok..

    Tiada satu aktiviti pun yang mengatakan: sambung penulisan untuk tesis aku. Sesungguhnya aku ada sedikit gentar. Sampai membuatkan aku termimpi-mimpi supervisor aku dan UKM semalam. Begitu sekali. Ini maknanya, aku kena melipatgandakan masa dan usaha aku untuk menyiapkan Bab 1 aku by the time aku sampai KL balik nanti.

    Dalam masa yang sama, aku terasa yang Abang Edi ada sedikit sinis dalam hati "Wife aku ni bawa notebook kunun mau buat writing.. tapi tiada pun". Hoho.. most of the time, notebook aku ni digunakan oleh Abang Edi untuk beronline dan si Addin untuk main game. Ada la juga gunanya kan notebook ni.

    Cuti aku kali ni memang lama. Aku rasa lepas ni pun aku tidak akan dapat peluang cuti raya lama-lama macam ni. Sengaja aku cuti lama di Labuan. Satu sebab aku fikir cuti sekolah dua minggu, rupanya satu minggu ja. Agak boring sedikit sebab kebanyakan family members aku adalah guru.

    Sebab kedua ialah pasal aku teringin mau makan semua makanan yang aku boleh jumpa di Labuan ja. Soto dan gado-gado done (memang cemerlang gerai tu, seawal raya ke-3 pun dorang sudah start bisnes balik). Sate di Layang-layangan belum, Cucur Udang dan Cakoi kawin di Kedai Kopi Sofiah belum, kuih tradisi brunei di Lajau belum. Mama aku cakap itu adalah normal di   Labuan untuk orang cuti lama-lama. Wohohohoh.. sia-siapun tah saja..

    Dan tidak dilupakan, raya tahun ini adalah kali pertama untuk aku dan Abang Edi beraya 1 syawal di KL setelah 5 tahun kami berkahwin. Dan itu adalah salah satu sebab juga kenapa aku balas dendam untuk cuti raya lama-lama di Labuan tahun ni. Kalau kami raya di Labuan dulu macam tahun yang sudah-sudah, mesti aku sudah balik KL last week.

    Yang kesiannya ialah Abang Edi sebab dia pun terpaksa cuti bisnes - satu perkara yang susah untuk orang yang bisnes sendiri. Tidak bekerja maknanya tiada la duit masuk.

    Si Addin pun sudah tidak sabar mau balik KL - sebab dia kata di KL ada Disney Junior. Di Labuan tiada.. hahaha.. kids..

    Si Zara pula mengalami 'anjakan paradigma' - sebelum ni amatlah pemalu kepada orang yang tidak dikenali - sekarang sudah jadi peramah yang amat. Jumpa orang ja - family or strangers - mesti minta 'atat' (dukung). Heran sungguh.. Macamana pula boleh hilang sifat pemalu tu. Bukan ja jadi kurang pemalu, malahan semakin kuat meragam.. Huhuh.. Mungkin sebab di Labuan ramai orang kan melayan. Bercakap pun semakin rajin. Mama aku cakap kalau si Zara stay for another week, mesti pertuturan dia akan semakin lancar. Adik aku si Lina cakap si Zara ada potensi untuk bertambah tembam sebab banyak makan dan selalu minta kena dukung, tiada senaman. Ohohoohoho.. risau aku.  

    Gambar raya sefamili? Tiada.
    InsyaAllah, lepas balik KL :)

    Dua budak kecik penawar hati
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...