google analytic

Nuffnang

Tuesday, April 1, 2014

Legoland Hotel JB, kami datang! (1st day)

Last cuti sekolah, aku dan Abang Edi sepakat bawa si Addin and Zara ke Legoland Theme Park.

Memang lama sudah mau bawa dorang ke sana. Sebab si Addin dan Zara tidak habis-habis mengungkit aku pegi Legoland sorang-sorang tidak bawa dorang awal tahun lepas. Sebenarnya, aku pegi atas arahan jabatan. Mau mendapat idea inovasi konon. Dapat la juga idea inovasi tu. Sambil release tension. 

Dari last office visit tu la, aku perhati Legoland ni memang la amat sesuai untuk kanak-kanak sebaya Addin dan Zara. Kalau untuk golongan mama-mama macam aku ni, tidak la excited sangat. Excited sikit ja. Tapi ok la juga. Sekurang-kurangnya, ada la pengalaman ke Legoland. Dan boleh memudahkan percutian keluarga kami. Tau la mana port mau makan, ride mana yang best. Senang hidup.

Sebab percutian solely untuk menggembirakan Addin dan Zara, kami sepakat lagi untuk  bagi up  treatment tu dengan stay di Legoland Hotel. Baru buka last November 2013. Sebelum Legoland Hotel tu siap pun si Addin sudah pandai demand mau pegi California konon. Sebab mau pegi Legoland Hotel. Ni la pengaruh Youtube. California tu. Bukan dekat-dekat. Nasib baik ada Legoland Hotel di JB. Jimat duit transport :) 

Pencarian cara untuk booking Legoland Hotel sudah start seawal hujung bulan Januari. 
Gila mahal harga menginap di LH. Time sekolah pun sudah RM500++. Inikan pula time cuti sekolah. Pengsan. Tidak apa. Sekali sekala. Rezeki anak-anak. 

Harga tiket theme park pun mahal. Tambah lagi tiket masuk water park. Berganda la mahalnya. 
Nasib baik juga, ada diskaun harga tiket untuk 2 hari combo (theme park + water park) kalau menginap satu malam di Legoland Hotel. 

Dan untuk menjimatkan kos, instead of duduk 2 malam di Legoland Hotel, aku buat arrangement hotel lain pula untuk malam ke-2. Book di Thistle Hotel, JB. Guna government servant rate untuk bilik Deluxe menghadap Selat Melaka. RM290 sahaja :). Siap dapat breakfast untuk 2 adult. Untuk Addin dan Zara, kena tambah sendiri. Tapi tidak la mahal sangat. Belas-belas ringgit saja tidak silap untuk seorang budak.

Hari sebelum kami cuti-cuti Legoland tu, aku sempat ke Giant dekat rumah beli swimming suit baru untuk Addin dan Zara. Sebab swimming suit dorang sudah tidak ngam. Budak-budak kan.. kejap ja sudah membesar. RM30 ja sepasang aku beli di Giant tu. Murah kan. Yang penting sesuai dipakai untuk bersuka ria di Legoland Water Park. 

Dengan aku sekali pun beli swimming suit baru. Swimming suit lama masih ada. Tapi ada seksi sikit. Hoho.. Tidak sesuai dengan imej sekarang. Dalam masa yang sama, aku tidak mau menerima risiko tidak dibenarkan main mana-mana attraction dalam water park tu sebab pakai seluar track dengan tshirt biasa ja. Nehi kabi nehi. Biar la invest sikit. Aku ada hati mau masuk kelas belajar berenang. Ngam la ni. 

Our journey start pada hari Ahad, 23 Mac 2014. Plan awal mau gerak kul 8 pagi dari rumah konon. Jadi, kalau gerak awal, sampai Legoland pun awal. Walaupun tidak dapat check-in, sebab check-in hotel start kul 4, boleh la teruskan berjoka di Legoland Theme Park. Tapi sebab ada ManUnited punya game la pula tengah malam sabtu tu, Abang Edi terpaksa la tidur lewat dan bangun lewat kunun. Oh dear.. Tidak apa la. Yang penting, driver sihat walafiat.

Gerak kul 10.30 pagi. Hanya berhenti di RnR Ayer Keroh untuk urusan membuang apa yang patut. Siap beli aiskrim Baskin Robbin lagi. Sampai di Legoland Hotel lebih kurang jam 2 petang camtu.


Muka depan Legoland Hotel JB

Sampai ja lobi, aku terus pegi buat urusan check-in. Agak lembab di situ. Kebetulan, orang datang untuk check-in berbondong tiba. 
Tapi, Alhamdulillah. Tidak perlu tunggu jam 4 petang, bilik kami sudah ready. Yeay!!




Selalu kalau time aku buat check-in di hotel lain, memang aku tidak bawa si Addin dan Zara ni. Tinggal dalam kereta ja sama Abang Edi. Tapi di Legoland Hotel ni, aku ajak dorang turun sekali sebab aku tau dorang ada aktiviti yang boleh diceburi. 
 Abang Edi teruskan dengan urusan turunkan beg dan parking kereta.

 Lif disko kunun.
Lagu dalam lif yang selalu kami terkena - Dacing Queen by ABBA.

Depan pintu bilik pun bergambar kan..



 Selamat masuk bilik. Yeay!! Boleh la refresh dulu apa yang patut. 
Di Legoland Hotel, ada 3 room theme yang kita boleh pilih; Adventure, Kingdom dan Pirate.
Zara mau Pirate, tapi time aku buat booking, theme Pirate untuk bilik paling murah sold out pula.
So, aku book ja la theme Kingdom. 

Yang bestnya, bilik di Legoland ni, ada ruang khas untuk parents dan children. 
Setiap ruang ada TV masing-masing. 
Power socket pun banyak. 
Kalau family of 4 semua ada gadget, tidak perlu berebut mau charge gadget masing-masing.

Bilik parents guna queen bed (mungkin juga king bed sebab besar).
Bantal ada 4 biji. Tambah 2 kusyen. Sangat la selesa. Tidak perlu minta extra pillow.

Di bilik budak-budak pula, ada bunk bed.
Siap ada extra bed lagi di bawah tu. Sesuai untuk keluarga dengan 3 orang anak.

 Zara ni amatlah excited sebab tidak pernah merasa naik bunk bed. 
Endu bah.. kesian.. hahaha.. 


Si Addin pula lebih teruja dengan lego box yang disediakan.
Lego box ni ada dalam semua bilik.
Dan hanya boleh guna untuk main dalam bilik ja.
Cumanya, ada juga beberapa pieces yang hilang.
Ada la yang suda kidnap bawa balik rumah buat macam harta sendiri tu.  
Bilik ni juga lengkap dengan safe box dan utilities untuk buat kopi dan teh.

Selalu dapat teh lipton or boh kan.
Di Legoland ni dorang baru teh cap Raintree dan pelbagai rasa.
Biskut pun bagi free jugak.
Sekejap ja habis jadi bahan alas perut si Zara.


TV di bilik budak-budak. 
Channel kartun, movie dan singapore channels pun ada.

Dalam ni ada harta karun kunun.
Cara mau pecah code, kena jawab teka teki dulu.
Masa ni si Addin bertungkus lumus to crack the code.  

Ni la contoh soalan teka teki

Dapat 2 bungkus mainan Lego dan satu keychain minifigure Lego

 Sempat lagi tu menyelongkar lego blocks

 Bilik air view pula. 
Belah kiri ada sinki untuk dewasa.

 Belah kanan ada sinki untuk budak-budak.
Sebab aku pendek, aku suka pakai sinki ni ja. Haha.

 Towel cukup untuk 5 orang. 
Tapi dental kit untuk 2 orang ja. 

Shower disediakan. 
Tiada bath tub. 
Tapi Addin dan Zara tiada komplen.
Aku suka lantai kayu tu :)


 Pasal kingdom punya theme, so ada la lego crown bertempek di dinding tu. 
Sabun kena sedia main picit-picit ja. 
Tidak boleh bawa balik. Hoho.
Bau sabun tu sedap.

Enough with the room review. 
Kita round Legoland dulu!

 Let's go!!
Kalau duduk di Hotel Legoland, bole dapat keistimewaan tiket combo Legoland lebih murah.

Dalam beg hijau tu ada pakaian untuk berjimba di water park. 
Konon mau pegi water park dulu.

Lapar punya pasal, kami cari mamam kasi isi perut.
Sempat lagi dorang ni bermain di luar Market Restaurant.


Our first ride.
So, senang dapat idea where is where.

Second ride, naik benda alah roller coaster ni.
Tapi Zara tidak cukup tinggi pula.
Addin ja la seronok ditemani Abang Edi. 
Oleh kerana panas ya ampun punya pasal, letih pun ya sebab travel 3 jam lebih dari KL, kami balik bilik dulu.
Rehat jap. Ni la advantage menginap di Legoland Hotel.
Penat ja, boleh balik bilik.
Habis penat, pegi masuk theme park semula. 

Sementara bagi Abang Edi time untuk short nap, aku pula solat dan buat apa yang patut.
Addin dan Zara tidak mau rehat.
Sambung main lego. 
Jam 5.30 petang camtu, cuaca sudah agak redup, kami sambung round Legoland Theme Park.







Kami round Legoland ni sampai Legoland tutup jam 8 malam. 
Haha. Aku target kalau lepas jam 6 mestilah Legoland makin lengang sebab orang sudah start balik.
Rupanya ramai juga. 
Sempat la si Addin dan Zara main tunggang kuda, roller coaster kecil-kecilan, amik lesen driving segala.

Untuk dinner pula, kami ke Tepian Tebrau. 
Kawan Abang Edi ajak dinner di sana. 


Tapi sebelum dinner tu, si Addin dan Zara sempat singgah lagi main lego di lobi.


Time dorang khusyuk main lego tu la, aku terdengar ada mamat ni cakap indonesia dengan anaknya yang sedang main lego ngan Addin. 
Sekali bila toleh, amboi.. Once Dealova la. 

Dia ni pun datang ke JB semata-mata untuk entertain anaknya ke Legoland. 
Bertuah pula rasa. Pegi Legoland, jumpa artis Indonesia.
Kalau aku pegi Indonesia pun belum tentu jumpa artis dorang. 
Dinner di Tepian Tebrau (15 minit drive),  aku suka.
Sebab ada otak-otak yang sedap :)
Siap tapau bawa balik hotel.

Lepas sampai hotel, Addin dan Zara sambung main lego lagi.
Aku tanya di receptionist, dorang kata biasa budak-budak lepak main lego di lobi sampai pukul 3 pagi. Pengsan.

 Sampai tergolek-golek si Addin ni mencari blok lego. 

Sementara dorang ni leka main Lego, aku dan Abang Edi buat keputusan untuk extend sehari lagi di Legoland Hotel.
Maknanya, plan untuk bermalam di Thistle JB tu kensel. 
Abang Edi cakap duduk di Legoland Hotel ni best. Dan penat mau tukar-tukar hotel. 
Tapinya, bilik yang macam kami duduk sudah sold out untuk besok harinya. 
So, kena book bilik yang premium. Ada mahai sikit.
Dan themenya ialah Adventure. 

 On the way mau naik bilik tu, Addin singgah pula main Xbox Kinetic. 
Main nari-nari berjemaah kunun.
Benda alah ni available sampai pukul 12.00 tengah malam.



Ok. Call the day off.
Addin dan Zara masih belum tau plan extend Legoland Hotel besok.
Surprise kunun :)

Sempat lagi membongkar sebelum tidur.

7 comments:

  1. Banyak gambar tak appear.. Nak tengok...

    ReplyDelete
  2. Hi Nazz!

    Thanks for the alert. Nampaknya ada broken link. Dah upload picture :)

    Thx again :)

    ReplyDelete
  3. Ape eh kod peti harta karun tu.. X dpt bukak.. Huhu gagal..

    ReplyDelete
  4. Hi @mamacintakamusemua

    Tak dapat bukak eh? Huhu.. memang tricky soalan2 nya.. saya pun kena fikir lama baru dpt jawab.. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Bestnya, saya pun ada plan nak ke sini jugak. Nak buat suprise untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  7. Hi sis suliana

    Budak2 mesti suka.. themepark idaman budak2 dan orang dewasa :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...