Selamat hari raya Aidilfitri semua!
Tahun ni giliran keluarga kami beraya satu syawal di sebelah aku :)
Tapi tiap-tiap tahun pun memang akan beraya di sebelah aku.
Cuma sambutan 1 syawal tu saja yang membezakan.
Contoh cam tahun lepas, kami beraya di PJ dulu iaitu rumah ibu bapa Abang Edi.
Dan pada malam raya pertama tu juga kami berlepas ke KK then menuju ke Ranau untuk beraya hari kedua syawal dan seterusnya di sana.
So, sama juga macam tahun lepas, tahun ni mama pilih untuk beraya di Ranau.
Nenek Ranau (mama kepada mama) masih ada. Tapi semakin kurang sihat. Sudah semakin berumur.
Raya di Labuan pula seakan sudah tidak semeriah dulu sebab bapa sudah 2 tahun tiada.
Kalau time bapa masih ada, kami memang selalunya beraya di Labuan saja.
Dan bapa akan bawa kami beraya start dari rumah nenek (waktu nenek masih ada).
Lepas tu akan ke rumah abang bapa yang paling tua hingga kakak bapa yang paling muda.
Kiranya, raya pertama memang tidak akan berada di rumah sendiri.
Rumah sendiri akan tutup kedai.
So, kami hanya pergi beraya sampai pengsan (at least 6 buah rumah kena pegi).
So, lepas bapa sudah tiada, kami dahulukan nenek di Ranau.
Dan lepas tu baru kembali ke Labuan semula untuk kunjungi sedara sebelah bapa.
Tahun ni, 1 syawal dijangka jatuh pada 28 Julai 2014, hari Isnin. So Selasa confirm cuti.
Aku buat baik punya plan, booking tiket MAS dari KUL ke Labuan pada hari Khamis, 24 Julai 2014.
Saja balik awal sebab mau merasa sungkai di Labuan.
Sungkai awal bak kata Addin.
Dan saja juga ambil flight malam ke Labuan, sebab mau merasa sungkai dalam kapal terbang.
Sekarang semua fleet untuk domestic ialah 737-800 ja.
Tiada lagi 737-400.
So, semua fleet ada inflight tv, usb port dan power outlet.
I always love MAS. Walaupun tahap penyampaian makanan dorang ni makin tidak best.
Dalam kurang best pun tapi si Addin tetap bertambah dua kali (makan si Zara punya portion).
26 Julai, sabtu tu, sebelah pagi, aku, Tasha, Jakir dan Nurul ke kubur bapa untuk baca Yasin dan bersihkan mana yang patut.
Untuk sungkai pula, aku sudah plan together-gether with si Alen untuk sungkai sama-sama di Tiara Labuan Hotel.
Sebab kami tahu kami tidak akan terjumpa di hari raya.
Dia tu mau kena balik kampung ke France.
Ramai juga orang datang bersungkai di Tiara ni.
Tapi makanan biasa-biasa ja.
Tidak silap bayaran untuk dewasa RM58 seorang.
Untuk Addin pula RM29 tapi jadi FOC sebab si Alen pandai nego :)
Me with Alen
Family picture
Addin dan Zara dapat 'duit puasa' pemberian Uncle Fabian :)
Hari Ahad 27 Julai 2014 baru la kami gerak balik ke Ranau naik feri lalu Menumbok.
Mama tu plan mau balik 26 Julai konon, tapi si Lina kena kerja sampai shift malam pula.
Kesian ia.
Aku dalam kereta ambil gambar Nurul di atas dek Feri Wawasan.
Nurul dari atas dek ambil gambar aku dalam kereta.
Lepas di dek atas. Tiada tempat duduk disediakan.
Pandai-pandai la cari kerusi sendiri.
Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari Labuan ke Menumbok.
Sampai Menumbok, kami terus konvoi dengan Tasha ke Ranau.
Banyak betul kereta.
Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang 4 jam jadi 6 jam.
Cerita raya pertama!
Baju aku dan si Zara sama design dan kain dari kayu yang sama.
Zara cakap "Macam adik beradik". Haha.
Baju Abang Edi dan Addin beli di Jakel ja, design Aaron Aziz punya kunun.
Abang Edi cakap murah, siap dapat satu set dengan samping dan butang baju melayu.
Kami adik beradik dan si Mama.
Keadaan family hall di tingkat atas rumah nenek yang tidak bersiap untuk raya :)
Berkunjung ke rumah orang dengan berjalan kaki sambil bergambar dengan suasana kampung.
Raya kedua.
Awal pagi - hujan, sejuk dan berangin.
Aku rasa macam tidak percaya ja suhu tu 24 darjah celcius.
Should be lower.
Hari ni Tasha dan keluarga sudah kembali ke Menumbok untuk sambung beraya di rumah mentuanya di sana.
Ni cerita raya ketiga.
Atas permintaan bersungguh-sungguh daripada Addin dan Zara yang mau sangat naik pickup truck, maka kami pun beraya awal pagi ke rumah pacik kami dengan semangat ala koboi.
Raya keempat kami sudah ke KK untuk bermalam di sana.
Sebab pada hari Jumaat, kena catch feri jam 2.30 petang.
So, kalau gerak ke Menumbok dari KK adalah lebih cepat.
Kami sempat lagi singgah ke Kinabalu National Park.
Abang Edi bawa kereta sampai ke Timpohon Gate.
Guna kamera Nurul.
Kamera aku rosak masuk air.. Waaaaaa..
Bayar RM5 seorang untuk jungle trekking kecil-kecilan ke Carson Fall.
Apakah yang Abang Edi cuba lakukan?
Lapar pula. Makan dulu di Liwagu Restaurant, Kinabalu National Park.
Sampai KK, kami check-in ke Sabah Oriental Hotel.
Ada bathtub. Faktor penting dalam pemilihan hotel.
Lengkap dengan hairdryer.
Sejadah solat pun ada. Nice.
Cloth iron dan ironing board.
Sesuai untuk business traveler.
Walaupun ada koyak di situ.
Empty fridge.
Hot drinks facilities.
Bilik yang luas.
Dengan harga RM200 bagi sebuah bilik deluxe untuk satu malam, saya puas hati.
Breakfast dorang pun boleh tahan.
Malam tu, Jakir bawa kami makan ke area medan selera depan Hyatt Hotel.
ABC yang sedap melampau. Generous with peanuts.
Nurul yang order. Dia pesan sama orang yang buat ABC tu "Jangan taruh tu makaroni".
I'm like "What? Ada makaroni dalam ABC?"
Memang tu la style ABC dorang kunun.
Sotong bakar, udang butter dan sotong goreng tepung.
Ikan bawal stim halia, ikan bawal masam manis dan sayur manis masak tumis halia tidak masuk dalam gambar.
Cerita raya ke-5.
Kami drive ke Menumbok.
Hari ni mau balik Labuan.
Sebelum tu singgah beraya ke rumah mentua si Tasha dulu.
Hidangan kami (selain sate, rendang dan nasi impit) ialah:
Tarap (habis sudah dilantak sebiji)
Durian kuning. Rasa yang mabeles.
Lemak, manis.
Durian merah yang husband Tasha save untuk kami. Susah ni mau jumpa.
Ni pun mabeles juga.
Kalau sudah musim durian kuning dan durian merah, durian putih (yang biasa tu) akan dipandang enteng saja. Hehehe..
Kembayau. Orang Sarawak panggil dabai.
Yang ni kami bawa balik Labuan ja.
Nurul dan Jakir bawa kereta naik feri ke Labuan.
Tapi aku malas mau naik feri travel sejam setengah.
So, kami naik bot laju ja. Hanya 25 minit perjalanan.
Time ni la aku perasan kamera aku sudah masuk air.
Rupanya penutup botol air mineral yang aku simpan dalam handbag aku tu longgar.
Habis segala gambar.
Kamera tu sudah la baru beli sebelum pi Europe hari tu.
Huhuh. Semua gambar main bunga api pun hangus.
Innalillahi wa innalillahi raji'un.
Pada malam tu juga, kami round raya ke rumah adik-beradik arwah bapa dan sambung selebihnya pada hari Sabtu.
Legasi bapa wajib diteruskan.
Kembali ke kehidupan normal.
Kami balik ke KL pada Ahad, 3 Ogos 2014.
Kami duduk di seat 8 A,B,C dan D.
Di sebelah seat ABC tiada window.
Hampes.
Nasib baik ada tv.
Dalam flight, aku sempat layan cerita hindustan Ram Leela.
Comel sungguh si Deepika Pandukone dan Ranbeer Singh dalam cerita ni.
Power outlet di bawah arm rest.
Finally, sampai rumah, Alhamdulilllah tiada sebarang kecelakaan menimpa.
Sebelum kami balik ke Labuan, aku memang sudah siap-siap kemas dan bersihkan rumah, buang sampah, tutup suis elektrik kecuali peti ais dan Astro (sebab aku ada buat series record), tanggalkan kepala gas dan buka lampu mana-mana yang patut.
Tidak dilupakan baca Ayat Kursi sebelum keluar rumah supaya dilindungi Allah.