Boleh mengurangkan rasa bersalah dengan makan makanan bergoreng tanpa perlu memasak dengan cara goreng terendam (deep frying).
Apa yang penting - baca manual cara memasak.
Daripada hasil pembacaan aku (dengan sedikit pengalaman menggunakan Tefal Actifry Mini):
- Bahan-bahan yang mempunyai lemak semula jadi seperti ayam (ayam goreng kunyit, nugget) - tidak perlu guna minyak.
- Bahan-bahan yang tiada minyak seperti keropok lekor dan fries - perlu guna minyak untuk kesan rangup.
- Kalau boleh, potong bahan masakan kecil-kecil dan sama rata, supaya cepat masak.
- Jangan terlebih masak, nanti bahan masakan jadi kecut.
Tefal Actifry Mini - bersaiz paling kecil di antara semua geng Tefal Actifry.
Sebelum guna, kena cuci dulu.
Yang ni adalah pendayung atau laddle.
Berfungsi sebagai pengacau makanan ketika proses menggoreng.
Amat tidak sesuai guna benda alah ni kalau bahan masakan tu jenis senang hancur.
Kalau aku mau goreng bahan masakan yang senang hancur, cth cod fish finger, aku goreng ja tanpa laddle ni.
Tapinya, kena la balik-balikkan fish finger tu sendiri.
Yang ni adalah periuknya.
Saiz kecil ja.
Boleh la muat 10 biji nugget sekali masak.
First try, goreng ayam kunyit.
Aku belum pernah try lagi buat ayam goreng berempah.
Masa menggoreng ayam - 20 minit.
Ini la hasilnya. Rasa macam ayam goreng biasa.
Tapi lebih sihat (saiko lebih).
Sebab aku ada letak minyak sikit, so ada la kesan minyak lebihan.
Kalau tidak guna minyak pun tidak apa.
Sebab minyak daripada ayam tu akan keluar sendiri.
Setelah mau masuk 2 bulan guna Tefal Actifry ni, apa yang aku boleh ulaskan
- Pembelian yang baik untuk orang yang suka makan makanan bergoreng tapi mau menjadi lebih sihat.
- Mengurangkan penggunaan minyak masak.
- Kalau goreng fries dan keropok lekor - kena masuk minyak sekurang-kurangnya satu sudu makan. Kalau tidak, fries dan keropok lekor tu tidak akan jadi rangup dan rasa tepung.
- Amat sesuai digunakan ketika kelam kabut especially pada waktu pagi. Boleh letak ja, set timing, dan buat kerja lain sementara Tefal Actifry menggoreng tanpa risau masakan jadi hangus.
- Juga boleh digunakan untuk masak masakan berkuah (sebab lengkap dengan laddle). Tapi aku belum pernah try.
Ada juga aku pernah ternampak abang Tefal Actifry Mini iaitu Tefal Actifry 2 in 1 yang dijual secara online dan di shopping complex (aku nampak di Isetan KLCC) pada harga RM899 saja.
Aku rasa harga RM899 kira orait la tu walau beli di Malaysia.
Sebab - saiz lebih besar, siap ada 2 set periuk dalaman, tidak perlu keluar negara, tidak perlu tunggu order dari luar negara, boleh feeling-feeling sentuh dan belek sebelum beli pada harga yang lebih kurang mahal dalam RM300++ saja daripada harga Tefal Actifry Mini aku.
Aku pula beli Tefal Actifry Mini - jauh-jauh dari UK, tidak jimat sangat pun pasal tidak dapat claim VAT refund, bawa berat-berat masuk flight, siap kena tanya dengan abang kastam - hassle.
Tapi ada la kenangan aku dari UK kunun.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment