google analytic

Nuffnang

Thursday, August 7, 2014

Great service! Hotel Novotel Paris Gare de Lyon

Aku rasa aku sudah terlampu lebih daripada memuji dengan tahap penyampaian perkhidmatan Hotel Novotel Paris Gare de Lyon ni.

Boleh kata - aku kagum dengan kecekapan servis dorang ni sebagai pelanggan dorang sebelum menginap, semasa menginap dan selepas menginap.

Pengalaman sebelum menginap -
- website Accorhotels yang senang difahami
- harga yang lebih murah daripada lain-lain portal penempahan penginapan seperti Agoda, Booking.com etc kalau buat penempahan direct melalui website Accorhotels
- setiap email aku kepada Novotel Paris Gare de Lyon dibalas dengan cepat

Pengalaman semasa menginap -
Boleh rujuk post aku yang terdahulu.

Pengalaman selepas menginap - akan diceritakan selanjutnya dalam post ini :)

Alkisahnya, semasa kami sudah berada di Venice bersilau-silauan kerana sinaran matahari yang terik, tiba-tiba Abang Edi bertanya "Mana topi Addin?".

Mulalah si Addin macam terkulat-kulat. Kami pun sama juga terkulat-kulat.
Macamana la boleh tidak perasan.
Rasa macam ralat pun ada.
Bukan la mahal sangat pun topi tu, Abang Edi beli di Bicester Village pada harga £10 ja.
Tapi sayang la juga kan.

Bila aku scroll koleksi gambar kami dari kamera dan henpon, aku macam boleh buat kesimpulan, the last time topi Addin masuk dalam gambar adalah pada hari kedua kami di Paris.
Tapi keralatan kami tu kami pendam ja sehinggalah habis tempoh percutian kami.
Cumanya, aku dan Abang Edi kadang-kadang berlaku kejam kepada Addin dengan mengungkit kelalaiannya yang menyebabkan topi tu hilang.
Sebabnya si Addin ni pun suka bersungut panas especially ketika kami di Rom.
Boring pula aku melayan bila orang banyak komplen ni.

Ralat aku tu timbul semula lepas kami sampai KL.
Time aku scroll semula semua gambar kami ketika bercuti.

Tiba-tiba, datang semangat rajin aku.
Kebetulan lepas kami balik tu, aku menyibukkan diri dengan urusan mengumpul semua dokumen untuk tuntuan insurans perjalanan kami daripada MHInsure.

So, aku pun hantarlah sebuah email kepada Novotel Paris Gare de Lyon bertanya kalau-kalau ada topi si Addin tertinggal di sana.
Saja ja la. Bukan keluar duit pun kalau email dorang kan.
Tidak salah bertanya.
Untung sabut timbul.
Kalau tiada pun topi tu, tiada la rugi apa-apa.



Aku siap lampirkan lagi gambar si Addin bermain di lobi dorang dengan memakai topi tersebut.
Satu, sebab mau bagitau rupa topi tu macamana.
Lagi satu, nampaklah bukti yang kami memang pernah menginap sana.

Dan aku macam konpiden saja yang si Addin mungkin tertinggal topinya tu di lobi hotel pada petang selepas kami melawat Pyramid sebab dia sibuk mau bermain Xbox.
Mana lagi Abang Edi yang sibuk mau bersigup.
Aku pula sibuk mau print boarding pass RyanAir.
Senang cakap, aku dan Abang Edi ni memang agak sedikit cuai di situ.
Dan lagi satu, kalau topi tu ada di bilik, mesti aku perasan punya sebelum kami check-out.
So, memang sah la di lobi ni.

Lama juga la aku tunggu jawapan dorang.
Ada la dalam 3 hari macam tu.
Nasib la jawapan dorang positif.
Ada ja topi tu sebenarnya. Kononnya dorang jumpa topi tu time mengemas di lobi.
Dan dorang minta alamat.



Aku pun bagi alamat opis. Sebab kalau bagi alamat rumah, confirm la tiada siapa yang boleh menerima pada hari berkerja.
Dan aku tanya juga berapa caj kos penghantaran tu.
Dorang pun membalas yang dorang sudah pos topi si Addin guna servis pos Collissimo.
Siap bagi no rujukan untuk mengesan status pos lagi.
Kos adalah percuma. Dorang yang tanggung.
Ya ampun.... Syukurlah... Bagusnya dorang ni.

So, tunggu punya tunggu, akhirnya hari yang menggembirakan aku pun sampai.
Selepas 13 hari, aku pun menerima bungkusan topi tu dari Paris.

Send to Putrajaya, Malaisie

Merasa juga topi ni jejak ke Malaysia

Wow! Kagum aku dengan servis dorang.
Kalau ke Paris lagi, saya mesti pilih Hotel Novotel Paris Gare de Lyon!


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...