google analytic

Nuffnang

Tuesday, April 28, 2015

Pulau Krabi - Hari Pertama - 23 April 2015 (Khamis)

Sepatutnya flight hari ni ke Krabi jam 8.25 pagi.
APC punya pasal, kena pinda flight ke petang jam 2.25 petang.
Selalunya juga, aku akan book airport limo ke KLIA atau klia2.
Tapi sebab hari ni kena begeragas ke airport, dan tidak sure jam berapa aku akan sampai rumah selepas upacara APC, maka aku dan Abang Edi buat keputusan untuk parking kereta di Putrajaya Sentral dan naik KLIA Transit dari Putrajaya ke KLIA.

Nasib baik la turn aku terima APC adalah yang ke 34.
So, aku minta diri, ambil sijil dan start kereta terus balik ke rumah.
Packing mana-mana barang yang belum masuk beg, dan off we went to Putrajaya Sentral.
Sampai di Putrajaya Sentral jam 11.15 pagi macam tu.

Aku ingatkan parking di Park and Ride Putrajaya Sentral ni senang dapat.
Gila susah.
Adalah lebih kurang setengah jam juga melilau cari paking.
Terpaksa buat parking haram. Parking haram pun susah mau cari ruang untuk selit. 

Sudah la lama buang masa cari parking, boleh pula rosak lift ni. 
Naik tangga saja la.

We are not seated together.
Addin mau tengok tv kunun. 

Nasib baik sudah buat online check-in.
Jadi aku tidaklah risau sangat.
Luggage kami pun bukannya banyak.
Comel-comel pula tu.
Tapi satu luggage kena masuk kargo.
Sebab ada bawa liquid.

Lapar!! Singgah makan nasi lemak rendang ayam di Old Town ni. 

Rasa amat lega bila sudah sampai boarding gate ni.
Dalam trunky tu adalah peralatan snorkelling yang kami beli for the kids. 

The kids were excited sebab naik MAS.
MAS kan ada in-flight entertainment.
Tapi flight yang kami naik ni was an old fleet. Tiada tv. 
Jadinya, Addin hanya spend the 1 hour flight dengan tidur yang nyenyak. 

Approaching Krabi.

Kami sampai Krabi pada 2.45 petang masa Thailand.
Kami ambil teksi dari airport ke Aonang dengan kos sewa 600 baht.
Dan book siap-siap teksi dari Aonang ke airport Krabi dengan kos 500 baht.

Check-in process.
Kena bayar 600 baht untuk tambah breakfast bagi seorang budak untuk 3 hari. 
Review untuk bilik kami di Aonang Orchid Resort di sini

Lepas solat dan simpan barang dalam bilik, kami terus keluar untuk cari pakej island hopping.
Kami booking 2 pakej island hopping dengan Krabi Rungtawan Tour.
Dekat ja dengan hotel kami.


Pakej island hopping yang kami ambil:
1) Phi Phi Island - untuk hari pertama, naik speedboat 2 enjin 20 seat pada harga 1200 baht/adult + 900 baht/child = 4200 baht
2) Hong Island - untuk hari kedua, naik longtail boat pada harga 800 baht/adult + 500 baht/child = 2600 baht

Tapi sebab ambil 2 pakej island hopping, dapat la diskaun 800 baht dan keseluruhannya kami hanya perlu bayar 6000 baht.
Seriously, aku pun tidak sure kami dapat murah atau tidak.
Berbaloi atau tidak.
Mungkin kalau kami ambil dengan hotel kami pun lebih kurang ja harganya.


Sebenarnya aku mau ambil 4 islands tour.
Lebih murah dan lebih dekat.
Tapi kononnya, according to the agent, kalau bawa budak-budak elok bawa ke Hong Island.
Sebab ada pantai kunun. Senang mau monitor budak-budak.
Aku dan Abang Edi pun ikut sajala. 

Lepas book island hopping tours, kami terus menghala ke pantai Aonang.

Kena la ambil gambar dulu kan.
Time ni sedang hujan rintik-rintik. 
Tu pasal la Addin dan Zara pakai topi.

Minta tolong tourist dari Jepun ambil gambar kami sekeluarga.

 
Low tide.
Not so very pretty view of Aonang beach.

Abang Edi yang sibuk dengan henpon saja.

Jalan-jalan di area kedai pula.
Banyak jual souvenir, tshirt, pakaian mandi dan aksesori berenang.

Jalan raya di pantai Aonang yang tidak sibuk. 

Setelah jauh berjalan, kami patah balik ke Aonang Orchid Resort dengan naik tuk-tuk.
1000 baht untuk kami sekeluarga.
300 baht untuk satu kepala.

Sampai hotel ja, budak-budak ni sudah tidak sabar mau terjun ke swimming pool.
Aku stay di bilik ja sebab pening kepala.


Nice huh.

Malam menjelma, jom cari dinner.

Kawasan Aonang yang happening.

Kami dinner di restoran Bamboo.
Sebuah restoran halal di sini.

Kelapa muda yang memang muda virgin sangat-sangat.
Isinya amatlah halus dan licin.

Tunggu makanan agak sedikit lama.
Seb baik sedap.
Ikan siakap masak masam manis. 200 baht sahaja.

Tomyam seafood yang aku minta tidak pedas dan kaler putih.
Dorang memang buat ikut instruction.
Tidak pedas langsung. Masam ja.
Boring la pula. Haha.

Sambung round jalan-jalan cari pasal.
Ronald Mcdonald yang menyusun jari sembah sawasdikap.

Ada CIMB Thai di sini.
Alhamdulillah. Tiada pertukaran duit yang kami lakukan sepanjang di Krabi.
Duit thai yang kami bawa 13000 baht (ditukar dengan RM1500 - mahal kan?) cukup untuk perbelanjaan kami di sana.
Malah terlebih lagi. 

Sebelum balik bilik, aku cari pancake banana nutella dulu.
Aku order dari restoran ni ja, Cucumber Kitchen.
Restoran ni berdepan dengan hotel kami.

Yang tinggi 3 tingkat tu ialah hotel kami. 

Memang meriah betul keadaan malam di sini. 
Dorang buka bisnes sampai jam 11 malam. 

Banana nutella pancake yang sedia untuk di ngap.
Bit oily. Rasa bersalah betul makan ni.
Tapi sedap :)

Kena tidur awal malam ni.
Besok ada island hopping. 
Kena turun seawal jam 8.30 pagi. 

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam Suraya

      Tade lift, tapi hotel tak tinggi.. Pastu bellboy baik hati tolong angkat beg

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...