google analytic

Nuffnang

Monday, January 11, 2016

Tiada rezeki RM900 (How to buy cheap airline tickets)

Oh... aku amat sedih.

Cerita minggu lepas.
Aku tahu bahawa aku tidak akan dapat beli tiket airline pada harga yang murah sebab tarikh penerbangan yang dihajati hanya tinggal 2 bulan dari tarikh sekarang.

Lepas tu, aku pun redha.
Tambah pula tarikh yang dihajati itu ialah tarikh cuti sekolah.
Semua orang nak cuti-cuti time tu kan.
So mestilah rata-rata tiket kapal terbang sudah jadi mahal.
Nak yang murah, kenalah beli setahun yang lepas.
Ye tak.

Jadi, dengan redha dan kepasrahan, aku pun beli saja la tiket pada harga mahal itu.
Sambil memujuk hati, "Kau memang deserve harga tiket mahal sebab beli last minute (2 bulan sebelum). Padan muka".

Memang kena beli tiket pun.
Selagi tiket flight itu belum ada, memang tidak bergerak la travel plan aku untuk booking hotel, bajet etc.

Tup tap, seminggu selepas beli tiket mahal dengan kepasrahan, ada syarikat penerbangan lain yang lebih hebat (ranked by world class aviation punya persatuan) pula menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah daripada tiket yang aku sudah beli.
Perbezaan harga tiket itu?
Almost RM1500. Tapi timing kurang cantik.
Kalau ambil flight dengan timing paling cantik boleh dapat lebih murah RM900 daripada tiket sedia ada.

Mak aih!!!!
Macam-macam boleh buat dengan wang RM900.

Sedih.

Moral:
Ntah. We can never expect something like this. External factors.
Kalau kenal orang yang buat marketing dengan airlines company kan bagus.

The best way to get cheap airlines ticket is : subscribe to any updates and promotions from airlines companies.
Like and follow their Facebook pages.

Pastu solat hajat untuk dapat tiket murah dan solat istikharah untuk memohon diberikan ilham ketika membuat perbandingan dan pembelian tiket.
Semoga dengan cara itu Allah mempercepatkan atau melambatkan rezeki kamu tapi memberikan kamu yang keputusan terbaik pada masa yang sepatutnya.

Monolog hari isnin.
Redha sahajalah.
Aku tiada rezeki untuk guna RM900 tu ke arah yang lebih bermanfaat.

Semoga perjalanan aku nanti dengan tiket yang lebih mahal itu akan mendatangkan keberkatan untuk projek musafir kami.
InsyaAllah. Amin.

4 comments:

  1. Replies
    1. pasrah je.. mungkin rezeki part lain.. insyaAllah :)

      Delete
  2. yup, kalau nk tiket harga murah, mmg kena beli seawal mungkin. erm, ke mana pula kali ni? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eventually kak mar, beli lambat pun boleh murah kalau kena timing yg betul.. huhu.. sedih.. seterusnya kita akan ke negara ala-ala middle east untuk projek honeymoon.. hehe

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...