google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 14, 2016

Kehilangan #1 - iphone masuk air

1. Pada hari ketiga kami di Boracay (Isnin) selepas sesi sunset di Willy's Rock, Abang Edi bagi aku terkejut dengan berita bahawa henpon aku masuk air. (At this time, aku sudah buat post pasal percutian kami ke Boracay. Tapi belum kemas lagi. Dan aku tiada mood mau publish. Nanti ada masa aku publish).

2. Aku mestilah tegezut. Aku berfikir apakah logiknya henpon aku boleh masuk air sedangkan henpon tu tersimpan elok ja dalam beg kalis air Hypergear ketika kami meredah laut. (Walaupun most of the time Abang Edi ni degil, aku suruh dia lipat beg tu 3 kali baru lock, dia lipat sekali ja, kadang-kadang tidak berlipat pun, main lock asal ada ja).

3. Nasib baik stok beras masih ada lagi (Aku banyak masak sendiri ketika percutian kami di Boracay). Aku pun dengan konpidennya masukkan henpon aku dalam ziplock yang berisi 2 pot beras untuk mengeringkan henpon kunun. 

4. Malam tu aku masih puzzle. Macamana henpon aku boleh masuk air?

5. Keesokkannya masa kami brekpas, Abang Edi pun bagitau cerita yang aku masih belum tau. Dia kata mungkin henpon aku kena air sebab dia masukkan snorkelling mask dia dalam beg. Hasilnya, henpon aku bernasib malang tapi henpon Abang Edi sihat walafiat. 

6. Sedihnya la aku. Can you imagine my ralat-tion? Henpon tu baru berumur 4 bulan. Huh. Redha ja la. Tiada rezeki. Most google search site yang aku baca, once henpon masuk air masin, memang ke liang lahad la jawabnya. 

7. The most ralat-tion for me, aku sedang anticipating berita dari opis pasal peruntukan parking murah. Macamana aku mau tau berita terkini hiburan sensasi without my henpon kesayangan?

8. Kami sampai Malaysia pada petang hari Selasa. Pada hari Rabu lepas balik kerja (pegi kerja pakai iphone5 yang aku wariskan kepada si Addin and Zara- nasib baik aku tidak jual tu henpon lama), barulah aku mau buka sim card slot dan ternyata internal henpon aku masih basah lagi (selepas lebih 48 jam). Maut dah ni, jangkaanku.

9. Hari Khamis, aku minta tolong Abang Edi bawa henpon aku masuk klinik di I2fix.com, Empire Subang. Doktor henpon tu tengok henpon aku pun sudah tau yang henpon aku masih dalam warranty. Doktor tu cakap, kalau repair amatlah tidak berbaloi. Repair first time mungkin kena RM1000-RM1200 gitu. Lepas 3 bulan, akan datang gila pada camera parts. Kena lagi RM300. Pastu, 3 bulan lagi, speaker pula gila kena lagi RM200. Dan begitu la seterusnya sampai henpon tu mampus.

10. So, doktor tu nasihatkan Abang Edi Abang Edi bawa henpon aku ke Apple Service di Midvalley. Walaupun water damage bukan dalam warranty, tapi kitaorang boleh dapat replacement set at RM1600++ for an identical set, less than normal retail price. Kalau retail price untuk brand new iphone 6s 128GB ialah RM4100++. Gilaks. Mana mau cari usin.

Apple Service Centre di Midvalley

11. Abang Edi bawa henpon aku pegi hospital Apple Service di Midvalley pada hari Jumaat. Canggih betul hospital ni sebab dorang panggil customer guna nama bukan guna nombor. 

Panggil by nama bukan nombor. Kagum disitu.

12. Total damage: RM1699 for an iPhone 6S rose gold 128 GB tapi refurbished set. Boleh la. Daripada kena beli baru. Tidak pasal-pasal aku kena keluar duit. Kaching! (koyak poket). (Kalau beli iphoneSE yang paling low spec tu pun kena RM1900++).

13. Nasib baik gambar yang aku ambil di Boracay masih dapat diselamatkan kerana sempat diupload ke Photo Stream. So, kurang sedih sangat. 

14. I don't mind getting a refurbished set yang penting aku tidak perlu keluar duit yang banyak untuk dapatkan a smartphone iphone baru. Definitely not Samsung sebab aku pernah ada pengalaman buruk guna Samsung. 

15. Review setelah guna refurbished iphone set selama 10 hari - better than my previous ip6s yang masuk air tu. Yang  lama tu aku rasa macam baterinya tidak tahan, yang ni better battery life. Most people says yang refurbished set lagi bagus sebab kena melalui banyak siri of ujian. Ok la tu.

16. Moral: 

a) Walau macamanapun kau mau protect iphone kau - pakai water proof beg dan casing yang mahal - kalau ada orang yang tidak sengaja termengenakan air, maka terpaksalah kamu berasa ralat dan tingkatkan kesabaran. 

b) Allah akan bagi kau rezeki dan tarik balik rezeki tu dalam sekelip mata. Terimalah dengan redha.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Nak tanyaa. Kalau tukar hp yg damaged dengan yang baru dekat machines etc, kita akan dapat refurbrished set? Not orginial set?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam unknown
      yup.. mmg akan dpt refurbished set dan bukan original first hand set

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...