google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 14, 2016

Kehilangan # 3 - bapa saudara meninggal

1. Bapa saudara aku seibu sebapa dengan arwah bapa yang paling last masih ada baru meninggalkan kami pada Sabtu minggu lepas. Just after masuk subuh dan kebetulan pada hari aku akan berangkat kembali ke KL.

2. Aku bersyukur kerana Allah memanjangkan jodoh aku untuk menatap arwah untuk kali terakhir sebelum pengebumiannya. Nasib aku tidak berapa baik ketika bapa meninggal sebab kami tidak sempat berjumpa jenazah bapa.

3.  Dan aku juga bersyukur kerana aku masih diberkati dengan masih hidupnya adik beradik bapa aku yang lain - seorang pakcik (lain bapa) dan 2 orang makcik.

4. Dalam masa yang sama, aku rasa bersalah sebab selama 5 hari aku di Labuan tu, aku banyak berehat terbaring macam ikan paus ja di rumah dan tidak menjenguk arwah ketika hidupnya.

5. Aku bertekad untuk membantu waris arwah supaya mereka dapat dibayar pencen terbitan tanpa bertangguh.

6. Semoga Allah memberkati roh arwah dan menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang beriman. Amin.

Kesimpulannya:

1. Aku dapat tiga perkhabaran kurang baik dalam masa 2 minggu berturut-turut. 

2. Untuk dua kehilangan pertama, mungkin ini adalah kifarah Allah untukku. Semoga kehilangan ini dapat menyucikan dosa-dosaku yang lalu.

3. Semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...