google analytic

Nuffnang

Thursday, June 30, 2016

Cuti-cuti Boracay!! (Kesimpulan dan Jony's Beach Resort review)

Kesimpulan

1. Pasir di pantai White Beach memang cantik, putih dan halus especially di Station 1. Tour guide aku cerita, pasir di Station 2 adalah kurang cantik daripada di Station 1 dan pasir di Station 3 adalah lebih kasar.

2. Kalau menjelang petang, pasir di Station 2 ada banyak seaweed yang terdampar di pantai. Aku tidak boleh komen pasal Station 3 sebab kami tidak berkesempatan ke sana.

3. Apabila menjelang sunset pula, sepanjang-panjang White Beach yang berukuran 7km panjang tu menjadi semakin happening. Especially di Station 2.

4. Kalau anda berminat dengan aktiviti laut dan aktiviti lasak yang lain, Boracay adalah tempat yang sesuai sebagai destinasi percutian anda. Tapi kalau anda amat berminat dengan aktiviti snorkelling, Boracay is not the best place. Malaysia punya island masih lagi terbaik setakat pengalaman kami yang tidak seberapa ini.

5. Ke mana-mana kami pergi, orang sana selalu konpius kami ni Pinoy. Tapi lepas dorang dengar kami bercakap baru dorang tanya kami dari mana.

6. Amatlah senang berkomunikasi di sini. Just use your english.

7. Orang Islam tempatan pun ada juga di sini. Tapi kebanyakan dorang ni bekerja sebagai penjaja.

8. Turun dari airport Kalibo ja hingga kembali semula ke Kalibo, satu cara untuk survive ialah: Mesti tawar harga dan minta diskaun. The only time yang kami tidak minta diskaun adalah apabila makan di restoran.

9. Adakah kami akan kembali ke Boracay lagi pada masa akan datang? Mungkin tidak. Cukuplah sekali ini saja :)

Jony's Beach Resort 

1. Ternyata pilihan hotel kami untuk percutian Boracay kali ini adalah amat tepat.

2. Lokasinya yang berada di penghujung Station 1 dan bersebelahan Station 2 amat memudahkan perjalanan kami.

3. Di Station 1 kurang pengunjung daripada Station 2 maka lebih aman. Tapi kalau mau suasana happening pun tidak sukar sebab boleh pegi ja ke kawasan Station 2 dengan jarak perjalanan yang singkat.

4. Kebanyakan aktiviti laut yang kami tempah bermula di Station 2. So dekat ja dengan hotel kami.

5. Hotel Jony's Beach Resort ni tidaklah murah sangat. Tapi boleh kata paling murahlah jika dibandingkan dengan hotel di sekitar Station 1 yang lain. Aku tempah bilik triple room (1 queen + 1 single bed) pada harga lebih kurang RM500 satu malam. Syukur bilik kami dinaiktaraf ke family room ( 2 queen beds). Breakfast untuk 3 orang pun sudah termasuk dalam harga bilik.

6. Hotel kami tidak terletak betul-betul depan pantai. Kena cross jalan utama yang kecil tapi sibuk dengan tricycle yang lalu lalang. Jangan risau sebab ada staff yang bertugas untuk hentikan kenderaan kalau ada guess yang mau lintas jalan. Kalau mau ke pantai pun tidak susah, less than 5 minit sudah sampai.

7. Service hotel ni memang terbaik. Bilik dorang pun sikit ja so dorang memang kenal dengan guest dorang.

8. Service yang kami terima ketika bersarapan pagi di Restoran Maya's pun amat baik. Staff di sana amat memahami bila kami bagitau dorang yang kami tidak makan babi, daging lembu dan ayam. Ya la, di Boracay pun ramai ja orang Islam.

9. Bilik kami memang selesa.

 Dorang bagi sabun, shampoo dan conditioner ja.
Towel besar dan kecil untuk 3 orang. 

 Toilet ada hos air. Dalam shower pun ada paip juga. Senang untuk beristinjak dan ambil wuduk.

 Gila banyak channel yang disediakan.
Tidak boring duduk dalam bilik.
Wifi dorang pun strong.  

 Ada ampaian untuk kemudahan sidai pakaian di balkoni.

Sebelum masuk lobi, sila bersihkan kaki anda daripada pasir yang melekat.

10. Senang cerita, hotel ni amatlah disyorkan untuk percutian keluarga anda!!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...