google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 26, 2007

Motherhood

Aku baru menjadi ibu selama 6 bulan lebih. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pengalaman aku menjadi ibu kalau mahu dibandingkan dengan wanita lain, contoh paling dekat, mama aku, being a mother for almost 27 years for 5 children. Itu pun apa lah sangat kalau mahu dibandingkan dengan ibu lain yang lebih lama pengalamannya dan lebih banyak jumlah anaknya. Apalah sangat…

Tapi pengalaman aku yang ciput ni la yang telah banyak mengajar aku dan menjadikan aku manusia.

Pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih banyak mengorek ilmu – mostly by reading. Buku, majalah, akhbar, websites. Selain daripada tu, sumber ilmu aku adalah bertanya ibu-ibu berpengalaman yang lain atau pengamal perubatan – doctor biasa, doctor luar biasa, paedtrician, nurses. And usually, jika orang bujang yang tidak professional dalam perubatan bagi aku nasihat tentang hal jaga anak ni, selalu aku buat bolayan, walaupun dorang ada pengalaman menjaga adik ka, anak sedara ka. They are invalid, they are not mothers, mereka tiada jiwa ibu. Kalau ibu angkat, aku mungkin akan consider.

Apa yang aku dapat? Aku rasa aku boleh gelar aku ni sebagai "ibu buku" – sama macam ulat buku tapi dalam kategori buku. Cuma aku bukan baca buku saja, aku baca macam2 jenis bahan bacaan. Kebanyakkan yang aku baca dan aku rasa logic dan disokong oleh fakta-fakta bernas aku akan ikut dan amalkan dalam aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai ibu.

Hasil pertanyaan aku dari ibu lain? Jika mereka bukan professional dalam perubatan, aku akan halusi.

Jika nasihat mereka aku boleh pakai, aku akan tanya sampai ke akar umbi hingga aku betul-betul faham.

Jika aku rasa nasihat mereka tidak boleh dibawa ke tengah, aku akan buat bodoh tapi bagi reaksi yang sopan. Walaupun mereka akan cakap "Aku buat begitu dulu, anak aku sihat je, dah besar pun dah sekarang". Still, aku akan buat bodoh.

Berdasarkan daripada pembacaan aku, banyak amalan ibu bapa generasi terdahulu yang sudah tidak sesuai dipraktikkan pada masa kini kerana timbulnya kesedaran dan hasil penemuan terbaru dari ahli perubatan sekarang.

Contoh: Amalan memasukkan cereal (orang kita panggil nestum) di dalam botol susu. Tujuannya supaya baby tu lebih kenyang, sambil minum susu sambil makan. Kalau dipandang sekali imbas, nampak macam perkara remeh yang tidak perlu diambil kisah. Senang pun senang sebab tidak perlu bagi baby makan guna sudu. Tidak renyah. Tapi, ada keburukannya di sebalik kesenangan itu. Akibatnya, baby mungkin akan mengalami masalah tercekik, baby akan confuse untuk associate makan sepatutnya dengan sudu (spoonfeeding), dan seterusnya baby tidak tau macamana mau stop makan – thus akibat jangka masa panjang – obesity.

Oleh kerana itu, aku berazam untuk mengajar anak aku makan menggunakan sudu. Kalau dia nampak sudu, dia tau food is on the way. Aku pun reluctant untuk bekalkan nestum di rumah babysitter aku pasal aku risau kalau2 babysitter aku akan meletakkan nestum dalam botol susu anak aku. So, every morning, aku mesti akan bersilat masak bubur, di samping menyiapkan EBM (expressed breast milk), lap badan Zizou, salin pampers dan pakaian untuk Zizou.

Senang cerita, setiap orang mempunyai parenting style yang berlainan. Walaupun berlainan, tapi tujuan utama tetap satu – memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Aku tidak mengkritik cara parents lain membesarkan anak, so aku juga berharap orang lain pun tidak akan mengkritik aku. Cukuplah dengan menegur atau memberikan nasihat. Tapi tidak terasa sekiranya aku bolayan.

Friday, June 22, 2007

Zizou buah hati beta



Namanya Addin Zidane.









Keluarga sebelah husband panggil dia:
Addin.

Keluarga sebelah aku panggil dia:
Addin, Bedadin, Bejijou.


Tapi aku dan husband panggil dia:
Zizou.

(Kunun2 macam Zinedine Zidane punya nickname dalam France team la kunun.
Tapi lepas scan tau dapat baby boy pun aku mmg selalu berborak dengan Zizou dalam perut, panggil nama dia Zizou. Walaupun time tu belum decide mau bagi nama apa. A week before bersalin baru dapat ilham bagi nama Addin Zidane).


But lately, aku jadi inovatif sikit, maka aku selalu panggil dia:
Zhizhu, Jiju, Zhiju (bagi tebal sket lidah)..


Kalau mbah laki (husband babysitter Zizou), kawan-kawan husband aku atau kaum adam yang tahu pasal football (or soccer) panggil dia-
Zidane (sebut Zi 'dan) – penekanan lebih pada sukukata "dan"


Kadang-kadang, ada yang panggil Zizou
Addin Zidane (sebut Ad din Zi da ne)… baku la kunun

Kelakar juga dengar
Yang selalu sebut macam ni, selalunya kaum hawa la.. contoh macam nurses, makcik di kaunter pendaftaran dan lain-lain


Kadang-kadang aku pernah fikir, baby aku ni tidak confuse ka banyak sangat nama panggilan.
Setakat ni aku tengok dia belum confuse. He knew his names.

Kena panggil Addin pun dia respon, panggil Zizou pun respon, panggil Zidane pun pandai respon.



Thursday, June 14, 2007

SUDOKU NST




Akhbar NST akan mengadakan Sudoku Challenge pada 22 July 2007.

Aku pun teringin join juga. Setakat ni aku baru hantar satu borang. Insyallah sebelum tarikh tutup, aku akan hantar lebih banyak borang untuk menjamin tempat aku sebagai contestant dalam challenge tu. Mudah-mudahan aku ada rezeki untuk sama-sama jadi peserta SUDOKU CHALLENGE.

Sudah lama tidak menyertai sebarang pertandingan. Zaman sekolah dulu rajin betul aku bertanding – bahas, pidato, puisi, nyanyian.. sejak masuk university, macam tiada.

Husband bagi sokongan padu pasal dia tahu aku gila Sudoku. Cuma sejak ada anak ni, macam jarang saja aku boleh asah minda.

I have to find myself some space. Bukan bersuka-suka, tapi untuk mengasah minda.

Lepas bersalin pun aku sudah jadi makin pelupa. Adakah kesan epidural? Hmm…maybe yes…

Yang penting, kalau ada rezeki masuk, mungkin boleh menang. Kalau menang RM1000 pun sudah kira bagus.

Siapa mau bagi RM1000 free2?

SUDOKU NST CHALLENGE! HERE I COME…

Pilih lah aku untuk jadi peserta. Aku akan jadi peserta yang terbaik. J

Tuesday, June 12, 2007

Hari pertama

Hari ni hari pertama aku merasmikan blog terbaru aku, http://naiaz.blogspot.com

Selama ni aku guna friendster blog. Ada sekali tu aku try mau guna wordpress. Tapi pasal aku terlampau selesa menggunakan friendster punya blog, aku patah balik. Tapi oleh kerana guna friendster punya blog ni, banyak feature yang tidak boleh diguna pasal free (mesti upgrade dan bayar kalau mau guna lebih banyak feature), jadi aku rasa baik guna wordpress or other blog provider. Last2, aku try blogger ni. Try dulu la. Kalau best, guna la sampai bila2. Kalau tidak best, patah balik ke friendster.

(in 2010 - sudah diubah jijuzera.blogspot.com atas sebab keselamatan)

Perceraian di kalangan artis

Sebenarnya artis juga manusia biasa. Aku terbaca dalam Berita Harian yang Aziz M. Osman dan bekas isterinya, Vee sudah berpisah. Tertarik pula dengan ulasan wartawan Zubir. Memetik kata2 Dato' Yusof Haslam "Zubir, dalam rumah tangga, kalau nak aman damai, si suami atau orang lelaki kena 100 kali lebih sabar daripada isteri, orang perempuan. Saya sendiri pernah berdepan dengan pelbagai dugaan, tapi alhamdulillah, berkat kesabaran, rumah tangga saya bahagia," kata Yusof. Very true. Mudah-mudahan rumahtangga aku aman dan damai. Mudah-mudahan aku dan suamiku akan tetap sabar dalam mengharungi sebarang cabaran yang mendatang.

Bendera Jepun

Setelah lama aku tidak mendapat "bendera merah" since lahirkan Zizou, akhirnya aku dapat juga last week. Aku agak terkejut dan rasa tidak selesa. (Terkenang semula time mula2 dapat dulu, punya la time tu aku rasa seperti tidak dapat terima – tambah dengan senggugut yang menyakitkan lagi tu, cheh…). Yang boringnya, setelah lama juga kulitku bersih tanpa sebutir jerawat, sekarang sudah mula ada balik… Waaaa… L. Aku cakap dengan Zizou "Masuk dalam perut mummy balik, give me my good hormone"…

Kena sound di awal pagi

Siapa sound aku? My Big Boss. Kenapa dia sound aku? Pasal salah aku sendiri. Is it serious? Yes, according to him and to our peraturan perkhidmatan, the very… serious offense. Boleh dikenakan tindakan tatatertib. Siap boleh ditanya, sudah disahkan perkhidmatan? Yup, I replied. Then, you shouldn't forget the rule. Ok la… kesimpulannya, aku akan ingat perkara ni sampai bila2, jadi pengajaran. Bak pantun dulu-dulu. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

My favorite photos of Zizou




Ni gambar Zizou time dia umur 3 bulan. Aku rasa semua gambar-gambar ni macam cute sangat. (Perasan pula aku ni.. adakah aku rasa gambar-gambar ni cute pasal dia anak aku? Lantak le...)


Happy 6th month birthday Zizou!

It's not too late rasanya nak ucapkan selamat hari jadi ke 6 bulan kepada Zizou ku yang terchenta. (Sepatutnya Jun 3rd, 2007. Skarang dah 12 Jun.. lambat kejap je pun, tak sampai 2 minggu lagi..)

Dah 6 bulan, Zizou sudah pandai apa?

Belum pandai merangkak, tapi boleh mengengsot ke depan (sebelum ni belakang saja) - sekarang boleh merangkak 3-4 langkah

Boleh pusing-pusing, golek-golek

Boleh tiru apa yang mummy and daddynya buat (cth, kita tepuk satu kali, dia pun tiru jugak, tapi jadi 2 kali, pasal tak pandai kontrol lagi)

Bole drive walker dengan confidennya

Boleh duduk tanpa dipegang

apa lagi...nanti tambah...


Zizou - 3 bulan pertama






Zizou - 3 bulan kedua





Wednesday, June 6, 2007

Daddy bought me a new car!

Daddy zizou baru belikan zizou walker baru. Walker yang basic2 saja. (Mengenangkan walker ni bukan jenis barang yang akan dipakai lama).



Bagi daddy, walker ni zizou punya car. Stoller zizou pun car juga. Mana2 la daddy. Yang penting, Zizou happy!

First time mummy letak Zizou dalam walker, punya la Zizou suka. Siap jerit2 lagi..



Kalau Zizou happy, mummy and daddy pun happy. Daddy bgtau mummy "I rasa berbaloi sangat beli walker ni pasal Zizou suka"...

Tuesday, June 5, 2007

Holiday at Kuantan



Pak Ngah Zizou ajak semua satu keluarga holiday di Pantai Balok, Kuantan.

Mummy ada bawa Zizou masuk laut. Ingatkan Zizou suka sebab Zizou suka main air ketika mandi. Rupanya.... tak pun...

Mungkin pasal bunyi dan tamparan ombak..mungkin...





Nevermind, nanti kita balik Labuan, mummy try bawa Zizou mandi laut lagi.

Mana bole cicit nelayan takut laut... Zizou mesti berani.. just give Zizou more time..

(picture taken using our new digicam - refer to this entry)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...