Kitaorg just pegi 2 pura saja sepanjang berada di Bali. Pura Tinta Empol dan Pura Luhur Uluwatu.
Pura Tinta Empol
Diberi nama sempena air mata air yang terbit di kawasan tersebut. Tinta means air. Empol means terbit. Air mata air tu dianggap sebagai holy water. Pengunjung yang datang boleh mandi di kolam yang disediakan dengan tujuan minta hajat dan menyucikan diri. Kalau tanak mandi, cuci muka dan minum air mata air tu pun boleh. Setiap saluran paip (boleh cakap paip ke) yang dibina mempunyai tujuan hajat yang spesifik – menyucikan diri, awet muda, dimurahkan rezeki, tolak bala dan sihir.. ni semua diexplain kepada kitaorg oleh pengiring di pura tersebut. Dia la yang bertanggungjawab pakaikan kitaorg kain sarung dan ikatan kuning di pinggang sebagai tanda menghormati pura. Lepas tu dia ble amik gambar kitaorg 4 keping. Bayarannya? Rp100k. cheh… takpe la.. ikhlas je la bagi..
Di kawasan pura ni pun ada Rumah Penginapan Presiden Indonesia. So, kalau ada pembesar negara datang Bali, dorang stay sini la.
Di pura ni dorang sembah Dewa Indra. Time kitaorg datang ada upacara sembahyang sedang diadakan. Tapi si Zizou pulak bising2 di sana pasal nampak budak lain.
On the way keluar dari kawasan pura, ada banyak kedai cenderamata. Jenuh juga kitaorg mengelak untuk dipanggil oleh tokey kedai.. ada la beli ole2 sikit.
berposing di halaman luar pura
posing lagi tapi ni di dalam pura
Pura Luhur Uluwatu Temple ni terkenal kerana terletak di tebing bukit yang mempunyai pemandangan yang amat mengagumkan. Amat mengagumkan sampai aku speechless kerana bersyukur diberikan rezeki untuk melihat pemandangan tu. Selain daripada tu, temple ni juga dikenali dengan penghuninya yang suka kacau pengunjung yang datang – monyet. Amaran keras! Jangan pakai cermin mata (hitam ka putih ka apa kaler pun tak ble), handphone, makanan – ini semua kalau mau mengelak daripada diganggu oleh monyet-monyet yang ganaz di sini.
Selain daripada tu, kalau pegi menjelang sore, boleh menonton persembahan tarian kecak di sini. (tapi aku tak pegi pun.. next time la pegi kalau aku visit Bali lagi).
Bayaran masuk ialah Rp3k seorang. Kalau nak upah pengiring untuk tujuan mengenali Pura ni dengan lebih lanjut dan untuk mempertahankan diri dari monyet-monyet bertuah bolehlah bayar Rp50k (tak silap aku la).
terpaksa bawa kayu untuk menjauhkan serangan monyet. Zizou was not in the picture pasal dia sedang tidur dalam kereta
pemandangan tebing
Tourist Guide Jika anda datang bersama keluarga yang mempunyai anak kecil, amatlah disyorkan untuk mengater tourist guide cum driver untuk bawa jalan2. Aku sewa kereta for 2 days dari Pak Wayan hasil daripada recommendation Ann. You can always call Pak Wayan before you’re departed to Bali.
Kitaorg ari tu yang bawa jalan2 pekerjanya yang bernama Kadek Suastika. Seorang budak muda vegetarian yang fasih berbahasa Australian English, Mandarin dan sedang belajar bahasa Jepun. Lepas tu suka dengar muzik, jadi amatlah ngam kepalanya dengan husbandku yang suka dengar muzik jugak. Dan pandai melayan budak2. Zizou amatlah ngam dengan Kadek ni.
Expect to pay your driver some tips at the end of the day. Pada hari ke-3 kami di Bali, husband aku ajak si Kadek ni layan live band di Center Stage HRH Bali.
Spa
Ada beberapa plan dari itinerary yang disusun oleh Kecik dan Ann yang terpaksa aku skip sebab aku mau shopping dan wut else…SPA!!! Mula-mula teringin mau ambil servis spa di HRH Bali… tapi mahal sangat about USD43 per hour.. gile…
Si kadek driver ni mmg ada connection dengan pengusaha restoran, spa dan apa2 lagi la di Bali ni. (dorang kena bagi komisyen kot for every customer yang dorang bawa). Jadi dia suggest kitaorang ke Spa di Kuta for only Rp250k for 2 hours (massage, scrub dan mandi susu bunga). Tak silap nama spa tu Leta’s Life Spa.
Servisnya bagus dan dorang boleh tolong babysit anak customer yang datang sementara parentsnya dispakan for no charge at all!!
Shopping
I love shopping at Bali. Instead, sekarang ni, aku ada rasa ralat sikit pasal ada beberapa benda yang tak beli di Bali dan aku menyesal sangat.. huhuhuhuh…
Art marketnya melambak. Currency dorang murah. Maybe orang yang pi Bandung lagi la gila shopping kot. Seb baik aku pi Bali. Banyak sikit aktiviti.
I love the batik bali, silver brooch.. apa lagi aaa… tu la aku paling suka.. dvd pun murah.. Rp10k je satu.. best giler..
Live Band at Center Stage HRH Bali
Salah satu daripada tujuan kitaorg nak stay di HRH Bali adalah untuk tgk live bandnya. Sebelum ni, ada resident band HRH Bali selalu buat show di HRC KL nama Siluet. Bila tanya reception HRH Bali, dorang kata Siluet is no longer their resident band. Huhuhu… sedey aku.
Tp band yang skrg ni.. apa nama ntah lupa lak.. Xcite kot.. ok jugak la.. vocalist pompuan nye power.. vocalist lelaki cam ntah hape2.. yang band main Sunday nite tu, guitarist nya siap ble tegur Edi, tanya Edi dari Malaysia.. dia cakap dia dulu guitarist Siluet.. eh, kenal plak dia ngan edi.. hehehe.. what a small world..
sambung cerita lagi di sini