google analytic

Nuffnang

Tuesday, February 10, 2009

Je’ taime

Tidak lama lagi usia perkahwinan aku bersama abang edi akan bertambah setahun lagi. Alhamdulillah... syukur kepada Tuhan kerana memberikan kami kekuatan untuk sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga ini.

Mood aku ada pelbagai. Kadang-kadang aku rasa, macam baru semalam kami diijabkabulkan. But sometimes I feel, macam sudah lama kami bersama, tambah-tambah pula Zizou semakin besar dan semakin nakal. Mulutnya makin rajin pot pet pot pet tak habis-habis. Almost every word yang dia dengar, mesti akan diulangnya semula. So, me and abang edi, memang kami dalam usaha yang amat keras untuk tidak menyebut perkataan dan ayat-ayat taboo yang dilarang. Bila difikir2 kembali... banyak rupanya hikmah mempunyai anak ni. Salah satunya, menjadi manusia yang lebih baik supaya dapat menjadi contoh kepada Zizou. Puji kepada Allah sekali lagi.

Jadi, untuk membalas dendam kerana tahun lepas both of us tidak ingat anniversary (tarikh itu dibiarkan berlalu begitu saja... hehehehe...) tahun ni aku sudah berencana untuk buat satu projek besar-besaran.. ye la tu.. (kalau untuk orang lain, koman ja).

Jeng jeng jeng. Rujuk post aku yang ini. Oleh itu, aku buat satu story album contoh macam Photobook. Tapi untuk buat satu photobook yang berkualiti, harus ada gambar yang berkualiti. Bila check balik simpanan gambar yang ada, boleh dikatakan semuanya pun, asal ada. Tidak banyak sentuhan kreativiti.

Jadi aku mencari photographer yang mempunyai mata yang tajam dan sentuhan yang romantic (aiseh) supaya story album aku tu mencairkan jiwa yang memandang. Mula-mula, terfikir untuk bergambar outdoor di Taman Botani dengan memakai busana pengantin, tetapi bukankah weird sekiranya tiba-tiba Zizou masuk dalam ini gambar? (Ye la... sepasang pengantin tiba-tiba ada anak? Hehehe) Tinggalkan Zizou? Well, I don't think it's an option. Apa-apa pun, buat masa sekarang, biar kami bertiga ke mana-mana pun.

Sudahnya, aku akan pastikan aku bergambar outdoor dengan pakaian aku sendiri, mekap sendiri, Zizou dan abang edi dengan pakaian mereka yang paling handsome. Apa-apa pun bak kata abang edi, cut any cost di mana yang boleh.. ye la tuanku...

Plan abang edi untuk anniversary? Kami berdua check-in hotel. hehehe.. Zizou tinggal rumah dengan Auntie Nurul untuk satu malam saja.. *wink wink*..



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...