google analytic

Nuffnang

Sunday, February 22, 2009

PGLtM III part 2

Pada 20 Feb yang lalu, aku dengan sukacitanya pegi ke Istana Budaya untuk menonton teater PGL buat kali kedua sama si Nurul menggunakan tiket free hasil kemenangan aku menyertai peraduan dalam Facebook.. ehehehe.. seronotnya, rezeki....

Sesampai di sana, agak lewat, kerana b4 that aku terpaksa menjadi runner ke KLIA untuk hantar burung puyuh beku mama aku then aku silap jalan hingga menyebabkan aku pening kepala pusing2 highway dan jam lagi sesampai di KL... bak kata si Nurul, hari bongok sedunia...

Then, aku terus pegi collect tiket – dapat seat yang paling depan... makan malam.. then aku sempat beli buku PGL tu, ambil gambar sama Maya Karin yang cantik amat, beli baju PGL untuk si Nurul dan beli CD lagu live teater PGL..

Walaupun ini second time aku tingu ni PGL, aku rasa experience aku yang kali kedua ni lebih syiok.. if b4 this aku suka melihat lakonan si Sultan Mahmud dan Gusti AC Mizal... tapi kali ni aku lebih menghayati lakonan Gusti Putri dan Hang Tuah.. aku rasa, aku la antara orang paling kuat tepuk tangan dan tidak malu2 memberi standing ovation dari awal sampai habis dorang bersesi berbaris ramai-ramai bow kepada audience...

Ada byk sebab la kali ni lagi syiok
  • Pasal aku berpartner sama si Nurul.. ia lebih open minded.. nda mcm abang edi yang tidak habis memuji... teater muzikal P. Ramlee lagi syiok..
  • Pasal tiket free dan duduk di depan sekali... so aku tidak nampak kepala orang.. hehehe.. then kumpulan muzik di bawah pimpinan Roslan Aziz lebih dekat dengan aku.. so bunyi kemerincing yang halus pun aku ble peka... siap ble nampak Roslan Aziz beraksi lagi tu..
  • Aku rasa time yg aku tingu ni si Datin Tiara dan Hang Tuah lebih ada feel... i think so... aku ble nampak si Stephen tu macam mau keluar air mata ja time menyanyi... (dekat kan... tu la ble nampak).. aku pun ada mengeluarkan air mata juga ni... huhuhuh..

Tapi ada juga yg spoil
  • Makcik sebelah kami (2 orang), aku rasa dorang ni kena paksa tengok.. pasal macam nda ikhlas ja kan meliat PGL ni.. lepas tu nda habis2 bergossip (satu opis kali dorang ni bergossip pasal laki masing2)... lepas tu komen2 “Tiara tu tak sejuk ke berkemban je kat atas tu”, “Ha ada spy” – time part Mbok Bayan mendengar curi perbualan Gusti and Paman... masuk teater pun lambat...
  • I just cannot enjoy AC Mizal punya performance... gara2 kecewa dengan cerita pemberian nafkah RM300 untuk 2 orang anak beliau yang kini dalam jagaan bekas isteri.. hmmm... no comment...

All and all.. aku rasa puas... dan gembira kerana dapat bawa adik aku ke show ni..

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...