google analytic

Nuffnang

Thursday, May 21, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 3


Part 3 ni aku mau cerita pasal Holiday Villa Langkawi…

Location = strategic location… near to Teluk Baru (jeti island hopping), near to airport.. paling best dekat dengan Pantai Cenang.. jadi, senang carik makan…

Parking = guarded.. oleh kerana aku pegi time non-peak season, so senang la dapat parking… rasanya kalau time ada public holiday dan cuti sekolah, berebut park lot juga ni…

Breakfast = hmm… aku rasa la kan.. kalau mau dibandingkan dengan star rating hotel ni (kunun 4 star).. macam tidak kena ja… the food was, ok2 saja la… choices? So so… senang cerita.. a little bit disappointing..

Room = pasal aku request bilik yang paling murah (at RM195/night using government rate).. jadi aku dapat bilik superior with garden view.. garden view? Macam sarang nyamuk ada la aku rasa… corridor ke bilik tu mengingatkan aku kepada suasana di Hard Hotel Hotel Bali… aku dapat bilik atas tanah… tiada carpet (senang mau bersihkan dari pasir2, I guess).. time aku call hotel ni untuk booking bilik, aku request for a king size bed... tapi dengan selambanya orang reservation tu cakap.. "Tidak boleh"... amboi... hebat sangat la hotel dia ni aaa... murah sangat ka aku bayar ni... macam cikai ja rasanya aku ni... sebab kalau aku book hotel lain, macam tiada masalah ja.. kecuali kalau tiada bilik, then they give me a room with a conjoined two single bed..

Room service = hmm.. service yang mesti diarah dulu... boleh lepas aku balik dari island hopping, bilik aku masih belum dikemas.. dengan alasan, aku mesti hang dulu "Sila Kemaskan Bilik" then baru kena buat... kenapa di hotel lain yang supposed to be 4 star tidak macam ni aaa... heran la makcik..

Seterika a.k.a iron = tiada iron dan ironing board disediakan... kena pi satu bilik khas kalau mau iron baju... aku pigi holiday la ni.. bukan pigi kursus mau fikir bawa iron sendiri... buduhnya... lagi satu kelemahan nyata yang aku rasa tidak sesuai dengan rating 4 star tu kunun... kalau alas iron tu kena maintain pun tidak apa juga.. ni berabuk lagi ni... eeee... cantik lagi bilik iron asrama aku dulu... (aku pun sama, mau holiday pun fikir mau iron baju lagi... pasal aku mau cantek la... itu la pasal.. holiday tidak bermakna asal ado)...

Nescafe/tea = hanya diberikan paket kecil time first day check-in.. lepas tu mimpi la dorang mau refill... kalau mau, kena bayar... buduh...

Swimming pool = ok2 ja la... ada Jacuzzi... ada bar kunun...

Pantai = pantai tu dari jauh nampak cantik ja.. sekalinya bila datang dekat laut... masyaAllah, banyak sampah rupanya.. dorang ni tiada effort ka mau bersihkan pantai ni... maybe pantai tu public beach.. tapi kan ka depan hotel dorang.. so, tu kira imej dorang juga la...

Air = Pada tengahari hari ketiga kami duduk sana, abang edi tadah air mau jadi badak berendam dalam bath tub... sekalinya, air berkeladak yang keluar macam dalam cerita dark water.... ya ampun.... nasib baik kami semua sudah mandi pagi...

Kesimpulannya, aku pun tidak tau la siapa yang pandai bagi hotel ni rating 4 star... ka semua hotel di langkawi kalau 4 star memang standard macam ni.. aku pun tidak sure... kalau takat macam ni, 3 star pun cukup... selama aku duduk sana, aku rasa seperti tidak dihargai (adakah kerana aku Malaysian, ka pasal aku bayar guna government rate.. so kalau aku bayar beribu riban baru kena appreciate... i dunno)...

Tapi aku rasa ni mmg delima hotel services di Malaysia kerana ada service yang bodo2... ooo.. kecuali di Crowne Plaza Kuching which I find sooooooo good...

The only good thing about Holiday Villa Langkawi is – hotel ni juga merangkap Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Langkawi.. kalau book awal thru JPH, can get as low as RM55... if i only pay RM55, then i won't complain much... hehehe...

Tuesday, May 19, 2009

Cuti-Cuti Langkawi Part 2

16.05.2009 (Sabtu)

Lepas breakfast, kami bergerak sekali lagi ke Oriental Village untuk naik cable car bagi kedua kalinya. Kali ni cuaca ok. Tapi si Zizou masih lagi teringat cable car ni yang buat dia takut semalam. Hehehe.. sian anak mummy.

Sesampai ke Gunung Mat Cincang, kami pun pegi la sky bridge tu. Gayat juga la rasanya. Time tu aku macam teringin mau merangkak ja.. hahaha.. tapi memandangkan orang lain boleh buat, jadi kenapa tidak aku? Hehehe.. zizou pun seems alright. Siap boleh buat gaya ultraman lagi di jambatan tu. Tapi aku ajak abang edi cepat2 turun, pasal time tu jam 12 tengahari. Walaupun agak berangin dan hujan renyai2, namun harus diingat, kedudukan yang dekat dengan matahari boleh buat sunburn kalau berjemur lama2..

sempat buat gaya ultraman


Lepas turun dari cable car, pegi makan jap. Then pegi ke taman binatang yang ada arnab dan rusa di sebelah stesyen cable car tu. (Zizou takut dengan rusa... huhuhuhuh)

dengan arnab zizou berani la pasal arnab dalam reban


gaya ultraman lagi


Keluar dari Oriental Village, kami menghala ke Kilim untuk ke Galeria Perdana. Tiket untuk seorang dewasa pemegang Mykad ialah RM5 sahaja. Selama dalam Galeria Perdana, aku nampak lebih ramai pengunjung berbangsa cina daripada melayu.. hmm..

kepenatan di depan pintu masuk Galeria Perdana


Lepas dari Galeria Perdana, singgah jap di Kuah untuk beli cokelat lagi. Abang edi sempat menyinggah ke Al-Ikhsan. (Di KL kan belambak Al-Ikhsan ni abang edi...)

Then, menghala balik ke Pantai Cenang untuk melawat Underwater World. Abang edi malas mau masuk, tapi aku paksa juga.. si Zizou pun nda pandai kan behave pasal dia nampak anak orang putih memanjat dan berlari2... konon ada kawan la tu..

banyak fish...


Balik hotel. Mandi swimming pool.

Lepas maghrib, abang edi ajak pi Mentari Lounge di hotel tu untuk tengok game Man United lawan Arsenal. Kami redeem complimentary drink. Sambil tu abang edi order fries untuk alas perut. Abang edi ajak aku main pool satu frame. Tapi tak ble main sangat pasal Zizou kacau.. ehehehe... tidak sampai 10 minit game mula atau lebih tepat lagi, lepas habis fries tu, aku ajak Zizou masuk bilik.

Malam tu abang edi tapau nasi goreng ja pasal Zizou tidur awal (penat punya pasal)....


17.05.2009 (Ahad)

Lepas breakfast, siap2, check out hotel then terus pegi airport... flight departed at 11.45 am... bye2 langkawi...

Sesampai di LCCT, jumpa bapa di sana... bapa bagi si Zizou patung ultraman... zizou amatlah gembira... sekarang Zizou sudah ada 2 patung nomen...

Lepas lunch, baru balik rumah ambil premium teksi.. kena RM77.. cheh...

Monday, May 18, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 1

Cuti ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Naik AirAsia... (Nda ku bekarih kan ke sana naik kereta.... ngalih tu lai.. baik tah guna flight ganya, sejam sampai... membawa anak damit lagi...) Pegi pada 14 Mei 2009 dan balik pada 17 Mei 2009.

Menginap di Holiday Villa Langkawi. Patut2 aku ble dapat rate murah kalau isi borang (sekurang2nya sebulan sebelum tarikh penginapan... tapi pasal aku tatau.. terpaksa la membayar agak mahal).. review mengenai hotel ni akan diberikan pada sesi blog akan datang...

Tujuan bercuti? Saja2.... abang edi kunun nak pi Redang... tapi aku rasa macam malas la nak pi redang dengan perut dah macam ni... macam la aku ada can nak snorkelling... elok pi Langkawi... Zizou pun ble enjoy2... tidak perlu drive jauh2..


14.05.2009 (Khamis)

Flight jam 11.25am. Abang edi suda call orang Airport Limo untuk fetch kitaorg dari rumah ke LCCT. Tambang dalam RM50++ cam tu. Sampai di LCCT, terus check in. Then pi breakfast makan di restoran Marrybrown.

Rupanya flight ada delay sket. Terbang jam 12.00 tengahari. The air flight was a breeze. Oleh kerana aku suda membook tiket beserta tempat duduk, jadi tak payah berebut masuk flight macam kambing lepas kandang.

Sesampai di Langkawi, abang edi terus menjalankan urusniaga menyewa kereta. Dapat la Nissan Sentra 1.6 auto untuk kadar RM220/3 hari. Aku rasa macam mahal ja. Aku ada suruh abang edi minta kurang lagi. Tapi dia malas. Dalam masa yang sama, abang edi juga book trip untuk island hopping. Kadar bayaran pada RM30/pax. Zizou? Free.. hehehehe...

Zizou yang bergembira sambil menunggu abang edi berurusniaga


Dari airport, abang edi terus isi minyak RM50. ¾ tangki full. Terus menghala ke Pantai Tengah. Rupanya dekat ja antara airport dengan hotel.

Sampai hotel, check in. Dapat la bilik garden view.

Pasal abang edi tidak cukup tidur semalam sebab tengok Man United punya game, kami semua take a nap beramai2... rehat dulu...

p/s: Almost semua percutian kami macam ni... lepas check-in, tidur dulu. Lepas tu baru jalan2...

Lepas bangun, hemat diri. Pi cari mamam. Kami mamam di Padang Maksirat. Then pegi Telaga Harbour pasal aku mau beli roti di The Loaf.

Bergambar di Telaga Harbour. my favorite pics.

beli roti di The Loaf.


Lepas tu pusing pegi Tanjung Rhu... tengok pantainya yang bersih. Then, head to Kuah untuk membeli coklat dan rokok duty free.

Pemandangan senja di Pantai Tanjung Thu.

Balik hotel.

Malam tapau nasi goreng dari restoran di Pantai Cenang.


15.05.2009 (Jumaat)

Pagi2, breakfast di cafe hotel. Lepas tu, ada van jemput untuk ke Teluk Baru. Lagi dekat dengan hotel, tidak sampai 5 minit suda sampai. Pegi ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

zizou yang tidak konpiden naik bot.


Di Pulau Beras Basah, ada monyet curik roti aku. Tegezut makcik.. pantai di pulau tu memang bersih yang amat. Lautnya pun best. Tapi aku malas mau mandi.. malas kan berbasah2 dan bersun burn.. huhuhuhu..

p/s: Semua tourist yang datang ke Pulau Beras Basah ni terpaksa la mencari sendiri tempat untuk melepak. ada yang bawa kain pareo, bawa towel, ada yang duduk bawah pokok, bawah pondok. Bukan ka elok kalau ada yang mengusahakan sewa kerusi malas berpayung tu. Macam di Phuket, orang di sana berniaga sewakan kerusi2 ni. tak silap pada harga 100Bhat macam tu. bukannya lama pun pakai kerusi tu. untung lagi ada la...

Monyet2 di 2 Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah jenis pantang nampak plastik, makanan dan minuman. Tapi monyet2 ni masih tidak seperti monyet di satu temple ni di Bali. orang pakai sunglass pun ble kena serang..

Habis island hopping trip, balik hotel. Sempat tapau nasi lemak 2 bungkus di jeti. Lepas mandi, makan... tidur lagi...

Petangnya, aku ajak abang edi pekena laksa dekat airport... nyaman jua...

Then kami menghala ke Burau Bay untuk pegi naik Cable Car. Cuaca berkabus. Kunun mau redah ja. Sekalinya, Zizou takut kerana bunyi angin yang makin kencang. Sempat naik hingga first station saja. Turun balik. Sesia ja usin aku RM35 membayar tiket. hehehe.. sian Zizou... tidak habis2 mengomel "Car... tatut (takut)... nangish.. malu..." hehehehe..

zizou yang ketakutan..


Balik hotel, kami pi try pantai depan hotel tu... ada kotor sikit la... cheh... terus pi swimming pool...

Malam, makan malam di Restoran Hj. Ramli. Order Siakap 3 rasa, Lala masak cili, Kangkung ikan masin dan sup kosong. Tade la sedap sangat. Sedap lagi masakan di Warung Pak Mydin di Equine tu.. huhuhuuh... tapi habis juga, lapar punya pasal... semua sekali for RM47++.

indah rupa dari rasa.




Wednesday, May 13, 2009

Bought a two doors

Ini adalah perbualan husband aku ngan 2 orang membernya yang tengah lunch sesama.
Abang edi: Syam, aku beli two doors semalam
Syam: Huh, ko beli sport car apa?
(Sorang lagi member nama Kamal pun mendengar dengan penuh minat)
Abang edi: Aku bukan beli sport car la, beli fridge baru 2 pintu..
Syam: Ler...

Abang edi bgtau aku cerita ni sambil gelak2 kerana berjaya mengenakan kawan2nya.
“Cheh, bertuah le I nak beli kereta 2 pintu time2 macam ni. You pun sama, beli fridge pun kecoh”... kataku.. huhuuhuh...

Peti sejuk baru tu dah sampai rumah semalam.. aku memandangnya dengan penuh minat dan puas hati. Beli cash dekat kedai letrik dekat rumah.
Toshiba, 390 Liter. Boleh la.. besar sangat pun buat apa. Rumah kecik ja.
Tinggi plak tu. Hahaha.. amat tak sesuai untuk aku anak beranak yang comel2 semua ni.
Bagus la pun.. tade la si Zizou senang nak mencapai fridge magnet dan Sales Report abang edi yang tersusun rapi di pintu fridge tu.

Aku dapat membayangkan storage liner ku akan tersusun rapi dalam ruangan freezer tu.
Petang ni baru aku mau menjalankan operasi pemindahan barang2.

Peti sejuk 1 pintu yang lama tu tidak akan ku lupa jasanya. Walaupun sekali sekala nak kena defrost (pernah sekali tu habis terdefrost aiskrim coklat dan mengeluarkan bau yang memualkan).. aku akan kenang jasamu. Baru 4 tahun berkhidmat.. huhuhu.. beli before kawin lagi (kunun nak kumpul harta)...

Lepas ni nak beli apa lagi? A new house maybe? Hehehe... insyaAllah.

Friday, May 8, 2009

Semangat Mummy Zizou

I’m still on a long way to meet my new baby... (lamanya...)

Tapi aku sudah berazam untuk menyusukan bakal adik Zizou secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan. InsyaAllah. (Exclusive means – no formula, no drinking water, no solid food, just breastmilk).

Dan dengan ini, berikut ialah perkara yang aku rasa aku mesti ada untuk mencapaikan cita-cita aku nan suci ni

1. Peti sejuk 2 pintu – penting juga ni. Pasal sekarang ni ada peti sejuk 1 pintu ja. Comel pula tu. Dekat freezer tu la mau simpan ikan la, ayam la, ais batu la, aiskrim la.. nanti ruang untuk simpan frozen EBM sikit ja. Lagipun, jangka hayat frozen EBM kalau simpan freezer 1 pintu ja tak lama, about 2 weeks ja. Kalau peti sejuk 2 pintu, at least ble simpan 2-3 months. Kalau ada deep freezer lagi bagus, ble simpan 6 months. Lagi satu, pintu sejuk 1 pintu kan kena selalu defrost. So, kalau sudah stock frozen EBM tetibe kena defrost, rugi la. Pasal, once susu yang beku dicairkan, mesti kena guna dalam tempoh 24 hours. Tidak boleh disejukbekukan semula.

2. Botol susu saiz kecik2 (4 - 5 oz) BPA

3. Storage liner – sebenarnya ada cara yang lebih murah iaitu menggunakan botol susu biasa dan bekas dadih. Tapi, kalau guna botol susu, penuh la ruang freezer aku nanti. Pastu, aku kurang yakin la guna bekas dadih. Storage liner pun tidak la mahal sangat. Boleh dapat RM30 for 100pcs. Lepas pakai, tak ble guna balik. Disposable la pendek kata untuk menjamin hygiene EBM tu. Tapi tgk la macamana. Ada orang kata guna bekas dadih selamat. Betul le tu kot. Tapi tidak boleh guna banyak kali. 4-5 kali ja. I'll think about it.

4. Bottle warmer – ni tujuan untuk diletakkan dekat nursery nanti. Pasal aku malas mau menyusahkan orang di nursery tu susah2 menunggu memanaskan susu sejuk guna air suam. (Takut nanti dorang rebus ja atas periuk berisi air mendidih, habis mati segala zat-zat EBM aku). Diharapkan, dengan adanya bottle warmer ni, orang di nursery tidak akan liat untuk melayan permintaan aku untuk bagi anak aku EBM. but for this item, yet to be confirmed. Kena tanya dorang dulu dorang ada ke tak bottle warmer ni, most important, tau ke tidak cara nak handle EBM.

5. Chiller – dulu pakai techni ice. Tapi rasanya dah tak ble pakai kot. Beli la baru.. huhuhuh..

Apa2 pun, aku sudah menyampaikan hasrat aku ni kepada abang edi tercinta. Dia memang menyokong ja. Dari time aku menyusu Zizou lagi. Memang tiada halangan. Dia memang amat bangga kerana aku dapat menyusukan Zizou. Malah, kalau ada kawannya yang baru menimang baby pun, abang edi akan nasihatkan kawannya (of course the father) untuk galakkan isteri dorang breastfeed.

Aku sudah ada 3 jenis pam. Pam manual (Avent Isis), Pam elektrik (Spectra 3) dan pam bateri (Pureen – ni yang abang edi beli mula2 time aku sedang berpantang, cam tak best ja, tapi terpaksa pakai.. huhuhuhuh)... bag untuk simpan pam dan chiller pun sudah ada. Tu kira pelaburan yang mesti digunakan dengan sebaik2nya.

Pastu, bila cakap kat abang edi mengenai cadangan beli peti sejuk baru tu, tanpa banyak bantahan, abang edi pun setuju saja.. hehehe.. dia kata tak yah tunggu nak beranak, dalam masa yang terdekat pun boleh. sekarang fikir mana mau tolak peti sejuk 1 pintu tu. Sayang abang edi.

Semangatnya aku. Mummy Zizou boleh!

p/s: Al-Fatihah kepada arwah ibu rakan ofis aku, En. Taib. Tadi pi lawat jenazah. Sempat juga sampai ke tempat kejadian sebelum arwah disembahyangkan. Hatiku berasa sayu. Dalam hatiku berdoa supaya Allah memanjangkan usia mama aku yang jauh di Labuan dan ibu mertuaku yang dekat di Petaling Jaya. Disampingkan memohon supaya dosa2ku diampunkan. Amin.

Wednesday, May 6, 2009

No man dan bibidup

My everyday routine is mainly – bangun pagi, hantar Zizou pi sekolah (taska), pegi opis, keje, balik dari opis, amik Zizou di sekolah, balik rumah, rehat.

Masak dinner? Kalau rajin. Kalau malas, minta abang edi tapau atau kami dine out ja (I always feel guilty for this – makanan luar yang tidak sihat, tidak dimasak dengan kasih saying, but then, mummy is tired bah).

Balik sekolah ja, Zizou akan minta buatkan susu dan makan finger biscuit. (Memang tidak cukup makan dan menyusu di taska agaknya).

Lepas tu Zizou akan minta aku bukak cerita Ultraman, kalau aku tanak, dia akan bawa aku bersilat macam Ultraman sambil mulutnya bising mengomel "No man, No man" (atau dalam bahasa jermannya – Ultraman).

But then, Ultraman di Astro Ceria hanya akan ada pada pukul 7 petang. Dan dalam masa yang sama, aku tamau ketinggalan tengok The Biggest Loser.

Alasan yang paling kukuh yang aku boleh berikan sebagai seorang adult kepada anaknya yang baru berumur 2 tahun - "No man rosak" or "No man sakit, dia kena makan ubat"

Dan yang kelakarnya... Zizou pun akan percaya kata-kata mummynya ini.. huhuhuhuh...

Lepas tu, bila daddynya pulang, dia akan bgtau "No man wosak".

Besoknya bila dah sampai taska pun, dia akan bgtau cikgunya "No man wosak". Cikgunya bagitau aku – Addin dan kawan2nya akan bersilat2 tiru gaya Ultraman, malah ada kawan dia siap bawa CD Ultraman. No wonder la Zizou di rumah sentiasa request aku bukak cite Ultraman. Dia ingat Ultraman tu sentiasa on ja di tv.

Hehehehe.. lucu mengenangkan anakku nan sorang ni.

I feel pity for Zizou. Matanya akan sentiasa bersinar2 kalau dapat tgk cerita Ultraman di tv. But aku dan abang edi sudah sepakat tidak akan belikan Zizou VCD Ultraman. Takut menjerat diri sendiri. Hehehe..

The other thing yang Zizou very fond of is – aircraft atau dalam bahasa si Zizou – bibidup. Aku pun heran mana dia dapat nama bibidup ni.

For this, i bought him a bibidup toy – besar juga. (beli di RnR Tapah time turun dari kursus di Cameron lantaran mummy sudah dilanda kerinduan yang amat kepada Zizou).

Zizou memang sayang gila dengan bibidup ni hinggakan kalau tidur pun mesti peluk bibidup.

Next time, kalau mummy nampak bibidup dalam bentuk softtoy, mummy belikan untuk Zizou. Harapan mummy and daddy, bila Zizou besar nanti, boleh jadi pilot! Hehehe.. Amin...

Tuesday, May 5, 2009

Transformasi yang basi

Sesapa yang tidak buta mengenai dunia hiburan yang ada di Malaysia sekarang mesti dapat mengagak tajuk blog aku ni pasal apa.

Tak lain dan tak bukan.. pasal AF7 ni la.. transformasi kunun...

Sebenarnya juga, aku rasa tidak adil untuk aku bercerita pasal AF7 di sini, pasal boleh dibilang pakai jari (sebelah tangan saja) kekerapan aku menonton AF7 ni. Simply say "Buhring dan buhsan"... seakan2 tiada aura yang dapat menarik aku untuk tengok AF7 ni – diarinya hatta konsertnya pun... adakah kerana hostnya? Adakah kerana stage yang malap2? Ka aku mmg sudah sampai tahap jelak?

Kalau mau dibandingkan dengan OIAM yang baru ja berlangsung finalenya jumaat lepas... ibarat langit dengan bumi.. Nampak sangat perbezaan.. kalau di AF, budak2 disuap dengan segala yang ada – cara nyanyian, cara phrasing, segala apa jadah la dalam masa seminggu... hasilnya – masih buruk dan tidak dapat menandingi penyanyi asal lagu2 tersebut.. yo yo oo ja kunun pitching macam ni, cara sebutan macam ni, emosi macam ni... (kalau AF yang dulu2 semua aku follow... sekarang ni kureng...)

selayaknya effort tersebut dilakukan untuk membaca Al-Quran... tajwid macamana, tarannum nya bagaimana, pernafasan macam mana, mana sesuai nak waqaf.. tafsirnya apa... pahala pun dapat... tapi biasa la... dulu pernah ada Akademi Quran ni... maybe pasal tidak ramai followers... jadi musimnya pun tidak la sebanyak AF ni..

Yang cita pasal OIAM ni pula.. aku pun bukan mau tengok sangat, pasal lelah dengan scenario siri reality yang berlambak2 ni especially yg pasal nyanyi2... tambah2 pasal ada Tomok (tp musim pertama dan kedua aku tidak follow pun)..... hahaha.. tp tu mula2 ja.. ada satu jumaat malam sabtu tu.. husband aku ni terbuka la channel 8TV... sekali tengok best le plak performance si Tomok ni... terus follow every week sampai la ke final... rasa2nya, memang patut la dia menang pun.. tu baru transformasi... dan rata2nya semua contestant pun agak berkualiti... they pick their own song, buat arrangement sendiri, make the songs as theirs... dan yang penting, syafinaz dan paul Moss tidak la memanja2kan dengan kritikan (or may i say pujian) yang tidak patut2...

Bila si Rubisa dan si Zizi terkeluar dari AF, pun aku tidak heran... pasal aku rasa semua Sabahan pigi sokong tu si Esther... hehehe..

Sepatutnya kan, ada channel tv di Malaysia ni buat reality series macam The Biggest Loser di Hallmark Channel tu.. lagi ada faedah... exercise and eat right – towards healthy life...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...