google analytic

Nuffnang

Friday, May 8, 2009

Semangat Mummy Zizou

I’m still on a long way to meet my new baby... (lamanya...)

Tapi aku sudah berazam untuk menyusukan bakal adik Zizou secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan. InsyaAllah. (Exclusive means – no formula, no drinking water, no solid food, just breastmilk).

Dan dengan ini, berikut ialah perkara yang aku rasa aku mesti ada untuk mencapaikan cita-cita aku nan suci ni

1. Peti sejuk 2 pintu – penting juga ni. Pasal sekarang ni ada peti sejuk 1 pintu ja. Comel pula tu. Dekat freezer tu la mau simpan ikan la, ayam la, ais batu la, aiskrim la.. nanti ruang untuk simpan frozen EBM sikit ja. Lagipun, jangka hayat frozen EBM kalau simpan freezer 1 pintu ja tak lama, about 2 weeks ja. Kalau peti sejuk 2 pintu, at least ble simpan 2-3 months. Kalau ada deep freezer lagi bagus, ble simpan 6 months. Lagi satu, pintu sejuk 1 pintu kan kena selalu defrost. So, kalau sudah stock frozen EBM tetibe kena defrost, rugi la. Pasal, once susu yang beku dicairkan, mesti kena guna dalam tempoh 24 hours. Tidak boleh disejukbekukan semula.

2. Botol susu saiz kecik2 (4 - 5 oz) BPA

3. Storage liner – sebenarnya ada cara yang lebih murah iaitu menggunakan botol susu biasa dan bekas dadih. Tapi, kalau guna botol susu, penuh la ruang freezer aku nanti. Pastu, aku kurang yakin la guna bekas dadih. Storage liner pun tidak la mahal sangat. Boleh dapat RM30 for 100pcs. Lepas pakai, tak ble guna balik. Disposable la pendek kata untuk menjamin hygiene EBM tu. Tapi tgk la macamana. Ada orang kata guna bekas dadih selamat. Betul le tu kot. Tapi tidak boleh guna banyak kali. 4-5 kali ja. I'll think about it.

4. Bottle warmer – ni tujuan untuk diletakkan dekat nursery nanti. Pasal aku malas mau menyusahkan orang di nursery tu susah2 menunggu memanaskan susu sejuk guna air suam. (Takut nanti dorang rebus ja atas periuk berisi air mendidih, habis mati segala zat-zat EBM aku). Diharapkan, dengan adanya bottle warmer ni, orang di nursery tidak akan liat untuk melayan permintaan aku untuk bagi anak aku EBM. but for this item, yet to be confirmed. Kena tanya dorang dulu dorang ada ke tak bottle warmer ni, most important, tau ke tidak cara nak handle EBM.

5. Chiller – dulu pakai techni ice. Tapi rasanya dah tak ble pakai kot. Beli la baru.. huhuhuh..

Apa2 pun, aku sudah menyampaikan hasrat aku ni kepada abang edi tercinta. Dia memang menyokong ja. Dari time aku menyusu Zizou lagi. Memang tiada halangan. Dia memang amat bangga kerana aku dapat menyusukan Zizou. Malah, kalau ada kawannya yang baru menimang baby pun, abang edi akan nasihatkan kawannya (of course the father) untuk galakkan isteri dorang breastfeed.

Aku sudah ada 3 jenis pam. Pam manual (Avent Isis), Pam elektrik (Spectra 3) dan pam bateri (Pureen – ni yang abang edi beli mula2 time aku sedang berpantang, cam tak best ja, tapi terpaksa pakai.. huhuhuhuh)... bag untuk simpan pam dan chiller pun sudah ada. Tu kira pelaburan yang mesti digunakan dengan sebaik2nya.

Pastu, bila cakap kat abang edi mengenai cadangan beli peti sejuk baru tu, tanpa banyak bantahan, abang edi pun setuju saja.. hehehe.. dia kata tak yah tunggu nak beranak, dalam masa yang terdekat pun boleh. sekarang fikir mana mau tolak peti sejuk 1 pintu tu. Sayang abang edi.

Semangatnya aku. Mummy Zizou boleh!

p/s: Al-Fatihah kepada arwah ibu rakan ofis aku, En. Taib. Tadi pi lawat jenazah. Sempat juga sampai ke tempat kejadian sebelum arwah disembahyangkan. Hatiku berasa sayu. Dalam hatiku berdoa supaya Allah memanjangkan usia mama aku yang jauh di Labuan dan ibu mertuaku yang dekat di Petaling Jaya. Disampingkan memohon supaya dosa2ku diampunkan. Amin.

2 comments:

  1. al-fatihah utk arwah..baca kat webmail.. kat mana umah bob tu.. mak dia sakit dah lama ke..

    wah berkobar-kobar nampak.. lucky u dpt support.. zaman ain dulu berjaya lepas the 6 months target exclusive bf walaupun dengan macam2 dugaan dalaman even dari my parents&inlaws, dialog2 macam - susu tak cukup sebab tu dia nangis malam, kena bagi air kosong, kalo tak baby panas, kesian baby etc.. dah lepas 6 months tu memang kira exclusive juga walaupun makan solid n air kosong to support..

    fridge tu simpanla.. kalo rosak leh wat lemari hehe..

    ReplyDelete
  2. arwah dikebumikan di kajang, dekat ngan umah pakcik Bob. Alhamdulillah, it went well.

    peti sejuk tu nak jual kat kedai second hand shop dekat rumah ni ha.. kalau dia amik RM100 pun dah kira bagus rasanya.. (the fridge is still in good condition).. cita2 nak beli grill set baru.. hehehe.. cook right, eat right..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...