google analytic

Nuffnang

Monday, May 18, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 1

Cuti ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Naik AirAsia... (Nda ku bekarih kan ke sana naik kereta.... ngalih tu lai.. baik tah guna flight ganya, sejam sampai... membawa anak damit lagi...) Pegi pada 14 Mei 2009 dan balik pada 17 Mei 2009.

Menginap di Holiday Villa Langkawi. Patut2 aku ble dapat rate murah kalau isi borang (sekurang2nya sebulan sebelum tarikh penginapan... tapi pasal aku tatau.. terpaksa la membayar agak mahal).. review mengenai hotel ni akan diberikan pada sesi blog akan datang...

Tujuan bercuti? Saja2.... abang edi kunun nak pi Redang... tapi aku rasa macam malas la nak pi redang dengan perut dah macam ni... macam la aku ada can nak snorkelling... elok pi Langkawi... Zizou pun ble enjoy2... tidak perlu drive jauh2..


14.05.2009 (Khamis)

Flight jam 11.25am. Abang edi suda call orang Airport Limo untuk fetch kitaorg dari rumah ke LCCT. Tambang dalam RM50++ cam tu. Sampai di LCCT, terus check in. Then pi breakfast makan di restoran Marrybrown.

Rupanya flight ada delay sket. Terbang jam 12.00 tengahari. The air flight was a breeze. Oleh kerana aku suda membook tiket beserta tempat duduk, jadi tak payah berebut masuk flight macam kambing lepas kandang.

Sesampai di Langkawi, abang edi terus menjalankan urusniaga menyewa kereta. Dapat la Nissan Sentra 1.6 auto untuk kadar RM220/3 hari. Aku rasa macam mahal ja. Aku ada suruh abang edi minta kurang lagi. Tapi dia malas. Dalam masa yang sama, abang edi juga book trip untuk island hopping. Kadar bayaran pada RM30/pax. Zizou? Free.. hehehehe...

Zizou yang bergembira sambil menunggu abang edi berurusniaga


Dari airport, abang edi terus isi minyak RM50. ¾ tangki full. Terus menghala ke Pantai Tengah. Rupanya dekat ja antara airport dengan hotel.

Sampai hotel, check in. Dapat la bilik garden view.

Pasal abang edi tidak cukup tidur semalam sebab tengok Man United punya game, kami semua take a nap beramai2... rehat dulu...

p/s: Almost semua percutian kami macam ni... lepas check-in, tidur dulu. Lepas tu baru jalan2...

Lepas bangun, hemat diri. Pi cari mamam. Kami mamam di Padang Maksirat. Then pegi Telaga Harbour pasal aku mau beli roti di The Loaf.

Bergambar di Telaga Harbour. my favorite pics.

beli roti di The Loaf.


Lepas tu pusing pegi Tanjung Rhu... tengok pantainya yang bersih. Then, head to Kuah untuk membeli coklat dan rokok duty free.

Pemandangan senja di Pantai Tanjung Thu.

Balik hotel.

Malam tapau nasi goreng dari restoran di Pantai Cenang.


15.05.2009 (Jumaat)

Pagi2, breakfast di cafe hotel. Lepas tu, ada van jemput untuk ke Teluk Baru. Lagi dekat dengan hotel, tidak sampai 5 minit suda sampai. Pegi ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

zizou yang tidak konpiden naik bot.


Di Pulau Beras Basah, ada monyet curik roti aku. Tegezut makcik.. pantai di pulau tu memang bersih yang amat. Lautnya pun best. Tapi aku malas mau mandi.. malas kan berbasah2 dan bersun burn.. huhuhuhu..

p/s: Semua tourist yang datang ke Pulau Beras Basah ni terpaksa la mencari sendiri tempat untuk melepak. ada yang bawa kain pareo, bawa towel, ada yang duduk bawah pokok, bawah pondok. Bukan ka elok kalau ada yang mengusahakan sewa kerusi malas berpayung tu. Macam di Phuket, orang di sana berniaga sewakan kerusi2 ni. tak silap pada harga 100Bhat macam tu. bukannya lama pun pakai kerusi tu. untung lagi ada la...

Monyet2 di 2 Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah jenis pantang nampak plastik, makanan dan minuman. Tapi monyet2 ni masih tidak seperti monyet di satu temple ni di Bali. orang pakai sunglass pun ble kena serang..

Habis island hopping trip, balik hotel. Sempat tapau nasi lemak 2 bungkus di jeti. Lepas mandi, makan... tidur lagi...

Petangnya, aku ajak abang edi pekena laksa dekat airport... nyaman jua...

Then kami menghala ke Burau Bay untuk pegi naik Cable Car. Cuaca berkabus. Kunun mau redah ja. Sekalinya, Zizou takut kerana bunyi angin yang makin kencang. Sempat naik hingga first station saja. Turun balik. Sesia ja usin aku RM35 membayar tiket. hehehe.. sian Zizou... tidak habis2 mengomel "Car... tatut (takut)... nangish.. malu..." hehehehe..

zizou yang ketakutan..


Balik hotel, kami pi try pantai depan hotel tu... ada kotor sikit la... cheh... terus pi swimming pool...

Malam, makan malam di Restoran Hj. Ramli. Order Siakap 3 rasa, Lala masak cili, Kangkung ikan masin dan sup kosong. Tade la sedap sangat. Sedap lagi masakan di Warung Pak Mydin di Equine tu.. huhuhuuh... tapi habis juga, lapar punya pasal... semua sekali for RM47++.

indah rupa dari rasa.




No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...