google analytic

Nuffnang

Tuesday, May 19, 2009

Cuti-Cuti Langkawi Part 2

16.05.2009 (Sabtu)

Lepas breakfast, kami bergerak sekali lagi ke Oriental Village untuk naik cable car bagi kedua kalinya. Kali ni cuaca ok. Tapi si Zizou masih lagi teringat cable car ni yang buat dia takut semalam. Hehehe.. sian anak mummy.

Sesampai ke Gunung Mat Cincang, kami pun pegi la sky bridge tu. Gayat juga la rasanya. Time tu aku macam teringin mau merangkak ja.. hahaha.. tapi memandangkan orang lain boleh buat, jadi kenapa tidak aku? Hehehe.. zizou pun seems alright. Siap boleh buat gaya ultraman lagi di jambatan tu. Tapi aku ajak abang edi cepat2 turun, pasal time tu jam 12 tengahari. Walaupun agak berangin dan hujan renyai2, namun harus diingat, kedudukan yang dekat dengan matahari boleh buat sunburn kalau berjemur lama2..

sempat buat gaya ultraman


Lepas turun dari cable car, pegi makan jap. Then pegi ke taman binatang yang ada arnab dan rusa di sebelah stesyen cable car tu. (Zizou takut dengan rusa... huhuhuhuh)

dengan arnab zizou berani la pasal arnab dalam reban


gaya ultraman lagi


Keluar dari Oriental Village, kami menghala ke Kilim untuk ke Galeria Perdana. Tiket untuk seorang dewasa pemegang Mykad ialah RM5 sahaja. Selama dalam Galeria Perdana, aku nampak lebih ramai pengunjung berbangsa cina daripada melayu.. hmm..

kepenatan di depan pintu masuk Galeria Perdana


Lepas dari Galeria Perdana, singgah jap di Kuah untuk beli cokelat lagi. Abang edi sempat menyinggah ke Al-Ikhsan. (Di KL kan belambak Al-Ikhsan ni abang edi...)

Then, menghala balik ke Pantai Cenang untuk melawat Underwater World. Abang edi malas mau masuk, tapi aku paksa juga.. si Zizou pun nda pandai kan behave pasal dia nampak anak orang putih memanjat dan berlari2... konon ada kawan la tu..

banyak fish...


Balik hotel. Mandi swimming pool.

Lepas maghrib, abang edi ajak pi Mentari Lounge di hotel tu untuk tengok game Man United lawan Arsenal. Kami redeem complimentary drink. Sambil tu abang edi order fries untuk alas perut. Abang edi ajak aku main pool satu frame. Tapi tak ble main sangat pasal Zizou kacau.. ehehehe... tidak sampai 10 minit game mula atau lebih tepat lagi, lepas habis fries tu, aku ajak Zizou masuk bilik.

Malam tu abang edi tapau nasi goreng ja pasal Zizou tidur awal (penat punya pasal)....


17.05.2009 (Ahad)

Lepas breakfast, siap2, check out hotel then terus pegi airport... flight departed at 11.45 am... bye2 langkawi...

Sesampai di LCCT, jumpa bapa di sana... bapa bagi si Zizou patung ultraman... zizou amatlah gembira... sekarang Zizou sudah ada 2 patung nomen...

Lepas lunch, baru balik rumah ambil premium teksi.. kena RM77.. cheh...

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...