Zizou TogelSi zizou ni… memang suka tidak berbaju kalau duduk di rumah.. dia prefer pakai pampers ja… mungkin the only time si zizou berbaju adalah kalau time kami pegi makan angin, shopping dan kalau time dia di nursery… balik ja dari nursery atau bersiaran, sampai ja rumah.. dia akan minta untuk tanggalkan baju dan seluar…
Mau kata panas pun nda juga… dan si zizou memang tidak boleh tahan panas… kalau tidur malam aku dan abang edi sudah menggigil masuk dalam selimut dek kerana aircond yang menggigit tulang, si zizou boleh selamba tidak berselimut.. hanya berbaju (aku dan abang edi mewajibkan zizou berbaju dan berpampers time tidur… sometimes pakai juga seluar panjang, jarang2 berstoking kecuali kalau stoking tu baru dan comel)…
But now I know cara supaya zizou mau pakai baju di rumah…
Baru2 ni, kami ke Pasar Malam di Putrajaya… aku berkenan dengan satu baju berjenama mahal tetapi dijual dengan harga pasar malam.. design pun comel, warna putih.. sesampai di rumah, kami pun bagi try Zizou pakai.. dan memuji2 Zizou hensem pakai baju tu… akibatnya? Zizou tidak mau tanggalkan baju tersebut.. dia mau bawa tidur pasal dia cakap “Zizou esyem la”…
Semalam pun, pegi la berpeleseran ke Midvalley… banyak butik dan store yang ada sales sekarang ni… syiok eh… konon mau cari baju mengandung baru untuk aku… lepas berkenan dan buat pembayaran, abang edi ajak masuk butik Baby Gap… pun ada sale juga… berkenan lagi dengan satu T-shirt untuk si Zizou… kata abang edi, boleh buat baju raya… beli la lagi…
Sesampai di rumah, try la pakaikan sama si Zizou ni… lantaran dipuji2 hensem pakai baju baru (parents mana yang tidak puji anak sendiri hensem kan…), akhirnya… begitu la juga… tidak mau tanggalkan dan mau bawa baju tu untuk tidur…
So, aku pun cakap la sama abang edi… sekarang tau la macamana mau bagi si Zizou betah pakai baju di rumah.. puji ja ia hensem.. senang cerita…
Bateri habisLast time, di mydear warehouse sale, aku beli kipas harga RM15 yang ada lampu2 untuk dipasang di stroller Zizou… lepas pasang bateri, jadi la permainan baru si Zizou… dek terlalu leka kerana kipas tu kena on ja nda pandai mau kena off, mesti la bateri pun cepat habis… bila tidak boleh pusing lagi, aku pun bagitau la si Zizou… kipas ni habis bateri… jadi kena tukar bateri baru… jadi aku pun tukar la dengan bateri baru yang masih baru dari dalam stor…
Now he knows how that thing works…
Yang kelakarnya… dengan tidak semena-mena, Zizou pun mencapai patung Ultraman dan bagi kepada aku…
Zizou = “Mummy, nak otromen”…
Aku = “Tak dapat… otromen ni rosak” – kisah sebenarnya, patung Ultraman ni, kalau ditekan butangnya, akan mengeluarkan suara orang cakap jepun, lepas tu ada bunyi senapang dan siren bertalu2 ntah hapa2, memang bingit… siap keluar laser lagi dari lampu LED tengah dada patung otromen tu… punya la aku pening… pasal si Zizou keep tekan butang ni nda pandai habis… tidak sampai setengah hari lepas beli patung otromen tu, aku keluarkan bateri otromen tu dan bgtau si Zizou yang otromen tu sudah rosak… aku cerita sama mama aku dan mama aku cakap aku kejam… ahahahahaha. Memang kejam la aku ni…. Tapi si Zizou cool ja bila aku cakap otromen tu rosak…
Zizou = “Ni, bateri habis…” sambil menunjuk tempat letak bateri di belakang badan Otromen itu…
Aku tegezut…. Wah.. rupanya anak aku ni tidak boleh diauta lagi… sekarang dia tau yang otromen tu bukan rosak bodoh2 tanpa alasan… tapi aku masih tegaskan yang otromen tu rosak… and still, si zizou menerima berita itu dengan tabah seperti time mula2 dia diauta oleh mummynya sebelum ni..
I feel pity for him… but I just cannot stand dengan bunyi kebingitan patung otromen itu…
Zizou, kalau zizou sudah besar dan ada peluang untuk membaca posting mummy ni, maafkan mummy… huhuhuhuh…
Zizou dan EkspresiZizou skrang sudah berumur 2 tahun setengah…
Kalau aku atau abang edi minta zizou buat something… dan zizou tidak mau, zizou akan jawab “Tanak sudah..”
Kalau dia boring2… dia akan minta aku dan abang edi untuk ambil gambar dia.. so, kita akan suruh dia pose, dan dia akan buat gaya otromen…
Kalau pegi jalan2, nampak baju or merchandise Ben10… dia akan bgtau “Mummy, Ben10… tak payah…” – pandai zizou…
Zizou anak mummyLately, aku notice seperkara…
Kalau di rumah… mana aku duduk, di situlah jugak Zizou akan duduk… dan selalunya, dia akan duduk atas riba aku…
Kalau zizou menyusu, dia akan baring ngam2 sebelah aku…
Kalau aku berbaring tengok tv, dia pun akan baring sebelah aku… kalau dia baring sebelah kiri aku dan aku pusing ke sebelah kanan, zizou akan pindah ke sebelah kanan aku… dan begitulah juga sebaliknya..
Kalau zizou tidur sebelah aku, zizou mau aku peluk dia…
Kalau tengah malam dia terjaga dan tengok dia sudah bergolek ntah kemana2, dia akan bangun dan tidur betul2 di bawah ketiak aku…
Pendek kata, zizou mau berkepit ja dengan aku…
Maybe dia tau yang perhatian mummynya tidak akan pegi kepada dia sorang saja…
Lepas ni, zizou kena kongsi dengan adik…
Sayunya aku…