http://www.sarakids.com/blog/
aku rasa blog ni bagus sangat untuk ibu-ibu, bakal-bakal ibu, bapa-bapa, bakal-bakal bapa, dan sesiapa la yang berminat untuk mencari info pasal penyusuan susu ibu ni... dan ada juga topik2 berkaitan yang lain...
untuk pengetahuan, pemilik blog ini ialah seorang kaunselor laktasi yang telah diperakui dan certified.... aku tidak pernah berkomunikasi dengan beliau secara berdepan hatta secara online.. tidak tau la orang ni macamana gayanya in person... aku penah berhubung dengan seorang kaunselor laktasi yang lain (agak glemer juga orangnya)... tp cam kurang mesra ja dan agak uptight- aku pun jadi males...
the way i perceive this blog....
segar, lembut, menarik, berhikmah, diplomasi, memujuk, tidak meremehkan dan memberi info yang luas serta membuka minda... tidak jumud, disokong dengan fakta-fakta yang menarik dan mudah difahami... amat optimis...
sama sekali tidak seperti sesetengah breastfeeding web/blog/forum yang
- meremehkan dan memandang sinis kepada ibu-ibu yang memberikan bayi/anak mereka susu formula di atas pilihan atau terpaksa (tiada pilihan - habis ikhtiar)
- merungut dengan persekitaran sekeliling yang dilihat tidak menyokong amalan breastfeeding
- berlagak kerana mampu menyusukan anak mereka secara natural (breastfeeding) - kunun cam bagus - ada juga orang yang rasa bagus kerana bg anak susu formula mahal?! - maybe
apa yang aku boleh buat sekarang untuk berubah...
- terus berusaha untuk memastikan aku dapat menyusukan adik si zizou nanti selama yang mungkin (adik zizou ja la... si zizou mana mau menyusu badan lagi...)
- tidak sinis kepada ibu lain yang opt for formula milk (ikut suka orang la... masing2 boleh fikir mana yang baik dan kurang baik)
- akan terus memberikan galakan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka yang mungkin kurang faham berkenaan breastfeeding ni...
- bersyukur kepada Tuhan memberikan rezeki susu ibu kepada adik zizou dan mohon untuk terus diberikan rezeki itu
haaa i mmg ada gak baca blog ni.. and memang rasa kurang bagus la ibu2 yang pro-bf ni 'hentam' ibu yang bagi FM.. itu adalah pilihan masing2 kan... kadang2 melampau sangat..
ReplyDeletemmg.. Tu yg hentam2 mmg x de diplomasi.. Mcmane la org nk terbuka hati nk bf kan..
ReplyDelete