google analytic

Nuffnang

Friday, October 29, 2010

Happy birthday to us!!

Birthday aku dan birthday zara sudah berlalu..

orang (orang ka? ke company) yang bagi aku hadiah, Honda dan Domino's Pizza ja.. dapat free voucher.. hehehe..



as for abang edi, hadiah aku akan dicarry forward to our next important occasion which is our next wedding anniversary - and i will surely ask for a great gift!! macam last time, aku dapat gold bracelet... hehe.. i am totally a 916 freak..

for Zara, kami hanya buat celebration kecil-kecilan di rumah nenek PJ.. abang edi bought a medium blackforest cake from Baker's Cottage and a KFC barrel.. tapi tiada hadiah pun... aku sudah beli Zara baju baru time aku besday dulu..

Aku rasa macam mau buat small party for Zizou's coming birthday November nanti.. pasal my family will be coming over from Labuan... jadi, it would be a nice family gathering both from Abang Edi and my side.. nice...

Wednesday, October 20, 2010

Severe Diarrhea

Hari ni masuk hari ke-2 aku kena cirit birit yang amatlah teruk... tidak pernah aku rasa seteruk ni.. aku rasa ni mesti penangan virus.. pasal kalau food poisoning, mana ada lama macam ni..

makan dan minum pun tiada selera.. terasa malas mau makan, pasal kalau makan pun, buat penat aku ja ulang alik masuk toilet..

tapi aku tau aku tidak boleh buat macam tu.. dehydrate nanti aku, kalau sakit lagi teruk, siapa susah? Zizou dan Zara juga yang susah...

sekarang ni, aku berselera mau minum 100plus ja...

dan sekarang ini juga, baru la aku tahu perasaan kalau Zizou dan Zara sakit perut..

heran juga.. kenapa semenjak dua menjak lepas raya ni, perut aku sudah jadi perut murahan... kalau dulu, macam perut lembu.. makan apa pun ok..

sabar, syukur la takat cirit-birit ja.. bukan sakit teruk macam kena kanser ka, asthma ka.. cuma leceh ja sebab mau kena balik2 melawat 'bilik termenung' tapi aku bukan termenung pun.. dan yang penting juga, suami dan anak-anak aku sihat... Syukur alhamdulillah.... 

hasilnya, hari ni aku kena ponteng kelas.. huhuh

Thursday, October 14, 2010

Smile!!!




Lirik Senyum – Malique & Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

p/s: love this song... sweet...

Saturday, October 9, 2010

Welcome to Club 30!


Wah.... aku sudah tua!!!!

Tidak la.. bak kata kawan baik aku, Liean, "You're not 30, you're fifteen with 15 years experience.." very nicely said kan..

Ada facebook ni, ramai kawan-kawan yang wish birthday.. yang rapat, tidak rapat pun wish.. bagus kan.. berbunga-bunga hati aku.. terima kasih kepada kawan-kawan!

Ahli keluarga jauh dekat pun ada yang wish.. semua sayang aku :) Alhamdulillah..

aku punya wish tidak banyak.. sikit ja..

1. Cukup sihat untuk growing old bersama suami tercinta
2. Panjang umur untuk dapat mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi 'orang'
3. Murah rezeki untuk dapat membalas jasa ibu bapa dan keluarga tersayang
4. Diterangkan hati untuk score dan dapat master degree..

Amin..

hari ni pun tiada celebration sebab si Zara demam hari ni.. breakfast di McD ja... bagi si Zizou main di playground McD tu.. anak gembira, mummy suka hati.. :)

p/s: semenjak dua menjak aku balik jadi student ni, ramai org fikir aku baru lepas grad, masih muda remaja dan bujang trang tang-tang.. when i said i am a mummy with 2 children, ramai yang macam tidak percaya, including my lecturer... huhuh... sesungguhnya, i am flattered... the moral is, going back to school will make you look younger... :)











Tuesday, October 5, 2010

Resipi ikan kukus ala mama aku yang sudah dikemaskini (oh.. amat la panjang nama resipi ni)

keadaan ikan kukus aku sebelum dikukus. gambar selepas kukus, lupa aku mau ambil. huhuh..
Kununnya, aku mau try buat ikan kukus style mama aku selalu buat. Tapi aku sudah buat perubahan sedikit dengan menambah sos tiram, sos ikan dan minyak bijan. So, maybe, kalau omit ketiga-tiga bahan tu, mungkin akan sedap juga. Selain tu, ada juga sedikit perubahan yang aku buat dan akan disebut di perenggan yang seterusnya.

·         1 ekor ikan siakap – atau apa-apa jenis ikan yang menjadi kegemaran
·         Asam jawa
·         2 biji Bawang merah kecil – ditumbuk
·         2 ulas Bawang putih – ditumbuk
·         Setengah inci Halia – ditumbuk
·         1 batang Serai yang gemuk – ditumbuk
·         1 sudu Sos tiram
·         1 sudu Sos ikan
·         Setengah sudu Minyak bijan
·         Setengah cawan Santan (sukahati ikut citarasa, kalau mau pekat, tambah lagi santan. Kalau mau cair-cair, boleh tambahkan air sikit dan santan sikit)
·         1 sudu Cili giling
·         1 biji Tomato dipotong dadu
·         Nanas yang dipotong dadu 
·         Daun ketumbar – dihiris
·         Daun bawang – dihiris
·         Garam dan gula

Cuci dan perap ikan siakap dengan air asam jawa dan garam sekejap untuk menghilangkan bau hanyir. (Kalau ikut style mama aku, dia akan masukkan sekali air asam jawa dalam kuah ikan).

Untuk buat kuah ikan, campurkan semua bahan-bahan tumbuk, bahan-bahan sos, santan, cili giling, garam dan gula.

Letakkan ikan siakap yang telah diperap dengan air asam jawa atas aluminium foil (ikan sahaja ok, air asam jawa tu tidak payah). Lepas tu, curahkan kuah yang dibancuh tadi ke atas ikan. Lepas tu, masukkan tomato, nanas, daun ketumbar dan daun bawang.

Lipatkan alumunium foil sehingga menutupi ikan. Dan kukus.

Semalam aku buat macam ni. Ikan siakap aku potong tiga. Bahagian kepala dan ekor (untuk aku dan abang edi) aku bagi kuah yang ada cili giling. Bahagian yang tengah (untuk Zizou dan Zara) aku tidak campur dengan cili giling. Lepas tu, nanas pun aku tidak letak pasal aku malas beli. Tapi kalau mama aku buat, selalu dia letak nanas, lebih glamour dan sedap.

Oleh kerana pengukus aku ntah dimana-mana la sudah si Zizou letak layer besi yang berlubang-lubang tu, jadi aku memanfaatkan kuali Chefel cosway aku. Cumanya, aku tambah air ketika memasak tu. Kalau tidak tambah air, jadi macam ikan bakar la pulak. Tapi, jadi macam aluminium foil banjir la ketika masak tu.

Kukus la hingga masak.

Hasilnya, Abang edi, Zizou, Zara dan aku makan berselera sungguh.

Cuba, try, test ok!! Saya pasti anda tidak menyesal!

Friday, October 1, 2010

My little Zara

Hari pertama dalam bulan Oktober 2010.

Ada 2 tarikh penting. 

9 Oktober - Birthday aku

25 Oktober - Birthday adik baby aka Zara

Wah.... my little baby is going to be a year old soon!!!!

Cepatnya masa berlalu. Banyak perkembangan pasal Zara yang aku tidak rekod dalam blog ni. Kalau dulu, time aku masih ada si Zizou saja, almost everything pasal dia pun aku mau blog.

Apa punya mummy la aku ni.. Sungguh tidak konsisten.. 

I am busy with my study... huhuhuh.. hari ni tiada kelas, tapi ini pun kira aku escape study+buat assignment

Nasib baik aku ada tulis dalam buku skrap ntah apa-apa aku. Ada juga yang mau diingat.


Zara's milestone

  • Zara pandai meniarap time dia 3 bulan. Cikgu nursery dia cakap - cepat meniarap. 
  • First crawl - 1 June 2010 (dia pandai merangkak ni time kami balik Labuan)
  • First tooth - 7 July 2010 (punya la sengsara mau tumbuh gigi ni. Boleh kata seminggu dia tidak lena tidur pasal sakit gigi)
  • First step - 8 July 2010 (dia sendiri mau berdiri. tidak payah mau diajar-ajar dan disuruh-suruh)
  • First 5 steps - 4 August 2010 
  • Second tooth - 7 August 2010
  • First steady step - 18 August 2010

Now, as at today, 1 October 2010
  • sudah berjalan ke mana-mana. hanya merangkak kalau mau tunjuk perasaan
  • pandai babbling - babble yang disukai - APPA! PAPPA! ATEH! NENE!
  • kalau pegang sikat, tau pula dia letak dekat kepala kunun mau sikat rambut
  • suka makan biskut for snack
  • prefer to eat table food daripada baby food (kalau aku makan, Zara pun sibuk mau berebut makan)
  • pandai menggoyangkan badan kalau dengar lagu rancak - bejoget la kunun tu..
  • suka buka buku cerita.. pandai pula tunjuk gambar character, bukan tunjuk rawak tanpa arah tujuan.. 
  • tidak suka duduk dalam kereta.. pandai rimas.. 
  • amatlah civilised kalau dipegang dan didukung.. diam ja.. jadi amat sesuai dibawa ke majlis, ke restoran dan bershopping..
  • rutin harian - bangun pagi ja mesti berak (macam daddy)
  • tidak suka tidur beraircond (ni pun macam daddy)
  • kalau dilarang contoh kena tegur "No!" atau "Zara........" pasal mau masuk dalam kabinet tv - dia tidak berhenti.. terus bantai masuk juga atau dia kan melawan balik "TA!!"
  • amatlah tidak mau dengan orang lain kecuali aku dan abang edi (kadang2 dengan daddy pun dia tidak mau)... ya ampun... separation anxiety yang melampau.. tapi senyum-senyum kalau diagah - jinak-jinak merpati... 
  • the only kawan she has - Abang Addin... apa yang abang addin buat mesti difollow.. kalau abang addin buli pun, akan tidak kisah... ohhooo... 
  • tidur lewat (jam 10!) tapi bangun awal 
  • and she's still breastfed.. alhamdulillah.. 
October Girls

Comparison - Undergraduate vs Graduate Studies

Belajar master ni, kalau mau dibandingkan dengan belajar time degree dulu - memang jauh la beza...

Aku rasa, time degree dulu, it's all about - attend class, attend tutorial and lab, buat assignment, sometimes dikejutkan dengan pop quiz, dan at the end of the study  kena buat thesis or more accurately, final project.

Life back then, tiada stress.
And frankly speaking (or blogging), aku rasa time tu jadi undergraduate student, macam tiada contribution langsung kepada komuniti

selain daripada

  • aku belajar dan score untuk please my parents
  • aku ada buat khidmat komuniti dengan Persatuan Pelajar Sabah di sebuah remote village di Ranau
  • aku ada terlibat dengan sedikit aktiviti pelajar supaya dapat stay di kolej sampai end of final semester


tu ja..

Sekarang ni, untuk dapat skrol bagi graduate study aku, kena hasilkan satu thesis.

  • Thesis yang membincangkan satu masalah yang berkaitan dengan sains komputer dan teknologi maklumat.
  • Masalah yang dipilih adalah penting untuk menambahkan ilmu akademik dan mesti dibuat kajian kerana kalau tidak buat thesis, punca masalah tidak dapat diselesaikan.
  • Idea untuk menyelesaikan masalah mestilah asli dan berbaloi untuk dibuat kajian. 
  • Mesti ada sumbangan. Kalau tiada sumbangan, maka kajian tu tiada makna. 


That's the different. (Dan lain-lain faktor seperti ketika belajar degree aku single trang tang tang, tapi buat master aku sudah beranak dua)

Baru cari idea untuk master thesis sudah termengah-mengah.
Bagaimana la kali rupanya mencari idea untuk Phd thesis. Sudahlah kena buat research untuk 3 tahun.


p/s: Salute to all Phd holders! Semoga aku ada ketabahan untuk menjadi macam kamu. Tapi, kena siapkan dulu master thesis aku :)

Mind your language

Mau buat assignment, project, research paper, thesis - semua kena guna English.

Oleh kerana kebolehan berbahasa mat salleh aku ini sudah lama berkarat, jadi wajiblah menggunakan tools untuk membantu aku untuk menguasai bahasa kedua ni.

Kalau mau terjemahkan bahasa - guna Google Translate

Kalau mau check grammar - boleh guna White Smoke atau Grammarly

dan yang paling penting, hasil research kena original, tidak boleh ada unsur-unsur plagiat - boleh guna TurnItIn dan Grammarly


Selamat buat research!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...