google analytic

Nuffnang

Tuesday, October 5, 2010

Resipi ikan kukus ala mama aku yang sudah dikemaskini (oh.. amat la panjang nama resipi ni)

keadaan ikan kukus aku sebelum dikukus. gambar selepas kukus, lupa aku mau ambil. huhuh..
Kununnya, aku mau try buat ikan kukus style mama aku selalu buat. Tapi aku sudah buat perubahan sedikit dengan menambah sos tiram, sos ikan dan minyak bijan. So, maybe, kalau omit ketiga-tiga bahan tu, mungkin akan sedap juga. Selain tu, ada juga sedikit perubahan yang aku buat dan akan disebut di perenggan yang seterusnya.

·         1 ekor ikan siakap – atau apa-apa jenis ikan yang menjadi kegemaran
·         Asam jawa
·         2 biji Bawang merah kecil – ditumbuk
·         2 ulas Bawang putih – ditumbuk
·         Setengah inci Halia – ditumbuk
·         1 batang Serai yang gemuk – ditumbuk
·         1 sudu Sos tiram
·         1 sudu Sos ikan
·         Setengah sudu Minyak bijan
·         Setengah cawan Santan (sukahati ikut citarasa, kalau mau pekat, tambah lagi santan. Kalau mau cair-cair, boleh tambahkan air sikit dan santan sikit)
·         1 sudu Cili giling
·         1 biji Tomato dipotong dadu
·         Nanas yang dipotong dadu 
·         Daun ketumbar – dihiris
·         Daun bawang – dihiris
·         Garam dan gula

Cuci dan perap ikan siakap dengan air asam jawa dan garam sekejap untuk menghilangkan bau hanyir. (Kalau ikut style mama aku, dia akan masukkan sekali air asam jawa dalam kuah ikan).

Untuk buat kuah ikan, campurkan semua bahan-bahan tumbuk, bahan-bahan sos, santan, cili giling, garam dan gula.

Letakkan ikan siakap yang telah diperap dengan air asam jawa atas aluminium foil (ikan sahaja ok, air asam jawa tu tidak payah). Lepas tu, curahkan kuah yang dibancuh tadi ke atas ikan. Lepas tu, masukkan tomato, nanas, daun ketumbar dan daun bawang.

Lipatkan alumunium foil sehingga menutupi ikan. Dan kukus.

Semalam aku buat macam ni. Ikan siakap aku potong tiga. Bahagian kepala dan ekor (untuk aku dan abang edi) aku bagi kuah yang ada cili giling. Bahagian yang tengah (untuk Zizou dan Zara) aku tidak campur dengan cili giling. Lepas tu, nanas pun aku tidak letak pasal aku malas beli. Tapi kalau mama aku buat, selalu dia letak nanas, lebih glamour dan sedap.

Oleh kerana pengukus aku ntah dimana-mana la sudah si Zizou letak layer besi yang berlubang-lubang tu, jadi aku memanfaatkan kuali Chefel cosway aku. Cumanya, aku tambah air ketika memasak tu. Kalau tidak tambah air, jadi macam ikan bakar la pulak. Tapi, jadi macam aluminium foil banjir la ketika masak tu.

Kukus la hingga masak.

Hasilnya, Abang edi, Zizou, Zara dan aku makan berselera sungguh.

Cuba, try, test ok!! Saya pasti anda tidak menyesal!

2 comments:

  1. i alwiz like to try recipe ikan kukus..

    boleh cuba kukus pakai pan/kuali wok tu.. tutup dengan tudung periuk kslo takde tutupnye.. i kukus kek pakai kuali jek sebab loyang sume tak muat masuk steamer..

    ReplyDelete
  2. boleh jugak.. tapi tade part yang layer sekeping berlubang-lubang tu je.. zizou dah buat main frisbee.. huhuhu.. tu yg buat pakai en chefel je tu.. cepat gak masaknya.. :)

    malam ni insyallah buat ikan kukus lagi.. try la erika.. dijamin sodap.. hehe..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...