Bunga raya yang dipegang Abang Edi dan Zara tidak kelihatan sebab sama merah dengan baju dorang :)
*lokasi = taman kecil di halaman rumah kami
* cuba tengok berapa darjah suhu pagi raya haji tu? sejuk kan?
Selalunya, sebelum ini, raya haji adalah seperti hari cuti biasa yang ada extra pengisian.
Sembahyang sunat raya, pegi rumah mentua, masak rendang, dan berkunjung ke rumah sedara, kalau larat.
Kalau kebetulan aku berada di Labuan pula - sembahyang raya, masak rendang, that's it.
Raya haji ni ada spesel sikit.
Abang Edi buat korban.
First time buat korban.
Que Abang Edi pada lembu no. 8.
Addin dan Zara yang first time tengok acara korban lembu.
Dan pada rezeki kami itu, ada rezeki orang lain juga.
Dan, baru aku faham kenapa raya haji di Pantai Timur meriah.
Sebab, kawan aku cakap, orang di sana memang akan tumbang lembu untuk korban.
Jadinya, bila dah tumbang lembu tu, akan ada semangat gotong-royong untuk menyembelih lembu, melapah kulit, potong-potong, bersedekah.
Patutlah meriah.
Now I know.
InsyaAllah, ibadah korban ni dijadikan amalan tahunan.
Semoga dimakbulkan. Amin.
Maka kami pun dapat la 3 kilo campuran daging + tulang + hati lembu.
Hati dan sebahagian daging lembu bagi dengan mentua dan ipar.
Sebahagian daging lagi aku masak rendang.
*Abang Edi cakap tu rendang Labuan sebab tidak pedas.
Tulang pula aku buat sup.
Besoknya, (hari Isnin cuti sebab raya haji jatuh pada hari Ahad), kami bawa hasil masakan aku tu ke rumah Liean.
Liean tidak sihat. Baru keluar wad sebab low hb.
Bagi dia makan daging supaya cepat sembuh :)
Kami ramai-ramai melawat Liean.
Semoga kunjungan kami menggembirakan si Liean :)
Dan soalan paling popular kami dapat di Hari Raya Haji ini, "Kenapa Zara rambut pendek ni?"
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment