google analytic

Nuffnang

Tuesday, October 7, 2014

Oh my Zara! Apabila budak prasekolah main gunting rambut sendiri

Kejadiannya, (Sabtu, 27 September 2014), aku suruh dia basuh tangan.
Dia kata mau basuh tangan di bilik air atas.
Aku sambung buat kerja lepas tu tengok tv di tingkat bawah.

Lepas tu aku perasan, lama juga si Zara ni basuh tangan.
Lepas aku selidik sendiri, rupanya dia main gunting.
Gunting rambut sendiri. Jadi sompek sana, sompek sini.
Punya la aku marah.

Sebenarnya, walau dengan rambut tobek sana sini pun, Zara boleh rileks ja.


Petang tu, aku hantar salun, minta orang salun tu bagi rata rambut si Zara di belakang.
Sebenarnya, aku pun tidak sure macamana mau repair rambut Zara.
Dan seriously, orang salun tu pun mungkin tidak tau mau buat apa, dia terus slope rambut Zara di tepi.

Kejadian selepas disalunkan. 

Aku macam menyesal. Tapi benda sudah jadi.
Siannya anak dara ku.
Terus nampak macam boy atau baby semula.
Sebab baby selalu rambut pendek. Mana ada baby girl keluar ja terus rambut panjang.

Aku nasihat Zara, "Lain kali, jangan main gunting. Gunting bukan untuk gunting rambut sendiri. Kalau gunting rambut sendiri, memang akan jadi buruk. Orang lain yang gunting rambut kita, baru cantik".
Zara jawab, "Orang lain gunting tak cantik pun".
She was referring to the orang salun tu la tu.
Lepas tu, dia nangis.

I was like - dang!!!! Kenapa aku buat anak aku macam ni.
Lepas tu aku call Mama. Minta words of wisdom.

Mama nasihat,

  1. Kalau jadi macam ni, jangan gunting rambut anak pendek, especially to girls. Bagi rata ja rambut di belakang. Biar la rambut compang camping pun. Bagi pakai topi atau tudung. Rambut tu eventually akan memanjang, dan akan menutup compang camping yang ada. Lepas tu baru repair.  
  2. Kejadian anak kecil main gunting rambut sendiri adalah biasa. (Aku pun pernah buat macam ni time kecil dulu. LOL). Itu maknanya, sel otak sedang berhubung.  
  3. Benda sudah jadi. Aku kena mainkan my part as mother untuk meningkatkan keyakinan Zara. 

Kami keluar hari Ahad tu. 
Cover rambut Zara dengan winter cap H&M. 
Muka kami sama la :)

Makan di Ole-ole Bali. Zara yang sedang merajuk. 

Hari Isnin, Zara meragam tidak mau ke sekolah.
Takut diejek rakan sebaya.
Aku yakinkan Zara untuk pakai tudung.
Tapi Zara kata, kalau pakai tudung ja, especially waktu tidur petang, panas.
Dan waktu mandi pun, kena buka tudung juga.

Addin boleh bagi semangat pada Zara "Biarkan dorang ejek Zara. Takde apa tu".
Aku pula, "Tak boleh bagi orang ejek. Sian la kat Zara".
Addin "Takpe la mummy. Siapa yang ejek nanti masuk neraka".
Aku "Lambat lagi nak masuk neraka. Kalau besok masuk neraka takpe juga."

Hujah aku, in the mean time mau tunggu budak yang mengejek masuk neraka, anak aku sudah jatuh semangatnya dan mungkin akan scarred for life.

Rambut memang boleh tumbuh panjang.
Tapi keyakinan diri itu yang penting.
Inferiority complex dan rasa tidak percaya kepada parents serta environment yang gagal memberi sokongan sewajarnya akan mengganggu emosi anak-anak yang sedang membesar.

Berdasarkan nasihat mama dan pengalaman rakan sekerja, aku tekad untuk pastikan Zara tidak rasa down.
Jadi, aku talk to her teachers untuk bagi dia sokongan moral.
Dan juga sediakan jajan untuk kawan-kawannya supaya tiada yang mulut nakal.
Selalu, jajan bagi time besday ja kan. Sekarang ni, special case.
Alhamdulillah. Cikgu-cikgu Zara memberi kerjasama yang baik.
Dan kawan-kawan Zara pun ditunjuk ajar cara yang baik untuk menerima perkara 'baru' macam kejadian rambut Zara ni.
Keyakinan Zara sudah ada semula :)

Untuk menyamakan 'nasib' kami, aku pun potong rambut pendek juga.
Dan Abang Edi sokong.
Sebab dia kata lebih seksi. Huhu.

Sekarang ni, di sekolah, Zara kena panggil Stacy.
Cousin Zara panggil dia Miley Cyrus.

Apa-apa la. Yang penting, hati Zara bahagia :)


2 comments:

  1. teringat masa saya kecik2 dulu.. pun macam ni.. tapi kawan yang gunting rambut saya.. masa di kindergarten.. hehe.. but unfortunately, kawan saya tu da past away bcoz of accident masa kami form 3.. zara still cute even with her short hair.. hehe.. btw, nama anak akak sama ngan nama daughter saya.. Qeescha Zaara..

    ReplyDelete
  2. hi @hafeeza shafiqca jamil

    hehe...rasanya, ramai je bebudak ada pengalaman gunting rambut sendiri/adik/kawan ni. kes curiosity terlebih. sel-sel otak berhubung. budak bijak le katakan :)

    innalillah untuk kawan adik tu. semoga rohnya dirahmati Allah.

    Thx for the compliment :) Akak pun rasa comel je Zara rambut macam tu.. haha.. Skrg memang in nama Zara untuk gegirl. Mesti ur daughter comel juga :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...