Saya sudah tua.
A year older, (hope) a year wiser.
Selamat hari pertama kali menjadi ibu juga kepada Mama - sebab aku ialah mama punya first newborn.
Terima kasih Mama dan Bapa kerana melahirkan aku ke dunia fana ni.
Dan syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang untuk masih hidup sehingga post ini dikarang.
Alhamdulillah.
Orang yang selalu excited kalau aku besday: Abang Edi.
Abang Edi selalu jadi orang yang pertama wish aku.
(Sebenarnya, Abang Edi la orang yang selalu ingat tarikh penting: hari jadi aku, hari jadi dia sendiri, anniversary kami, hari jadi anak. Selalu perempuan yang jenis ingat tarikh kan. Macam tebalik pula kami.)
Selalunya, sehari sebelum hari kejadian dia sudah akan wish aku. Dan tahun 2014 ini tidak terkecuali.
A dozen of yellow roses.
Abang Edi cakap dia pesan ros putih, tapi yang kena hantar sama aku ros kuning pula.
Mau dijadikan surprise kunun.
Tapi delivery guy tu call aku tanya opis aku di mana.
Jadi, nda la surprise sangat suda.
Tidak apa la ayangku.. walaupun ros kuning dan kurang surprise tapi ingatan tu yang penting.
p/s: Teringat zaman kami mula-mula kenal dulu. Abang Edi datang ke konvo aku untuk bagi bunga ros 6 kuntum. Terharu aku. Sudah la dia tidak la berusin, sanggup lagi tu meredah jem masuk dalam UM time pesta konvo. XOXO Ayangku!
Aku bawa balik tu bunga ke rumah.
Dalam kereta lepas jemput si Zara dari tadika.
"Kenapa ada bunga ni mummy?"
"Daddy bagi mummy.."
"Nak kawen le tu..."
Hoho.. sekarang ni.. pantang nampak mummy sama daddy romantik sikit, mesti dituduh mau kawen.
Kasi gambar dulu si Zara dan bunga dari Abang Edi berlatar belakangkan taman kecil kami.
Besday punya pasal, aku sudah bagitau Abang Edi yang aku makan best-best la kunun ni weekend.
Hasrat awal mau pegi overnite hotel untuk satu malam.
Di KL pun jadi la.
Abang Edi kata ok ja. Yang penting aku sponsor.
Chait. Nda mau la.
So, untuk Jumaat malam Sabtu, aku teringin mau makan indian food.
Idea asal adalah untuk mengembalikan kenangan makan masakan india utara yang sedap sebagaimana yang kami alami di Swindon.
Restoran terdekat yang aku dapat fikirkan ialah Restoran D'Tandoor di Ayer@8 Putrajaya.
First time la aku merasa makan di D'Tandoor ni.
Gambar diambil guna kamera phone Abang Edi.
(I think it's time to change for a new smartphone la ayangku.. hehe)
Gambar diambil guna kamera phone Abang Edi.
(I think it's time to change for a new smartphone la ayangku.. hehe)
Kami order mango lassi, milo ais, nasi putih (2 orang), chicken korma dan hyderabadi biryani (mutton). Air kosong dan papadom diberi percuma.
Total bil: RM75++
Review: Aku rasa kami salah order lauk. Chicken korma tu langsung tidak kena dengan selera kami. Biryani kambing tu pula sedap. Aku pula fikir biryani tu datang dengan dalca, rupanya teda.
Nasi tu pula portionnya besar. Aku siap bole minta tapau lagi chicken korma dan nasi yang tidak habis. Buli buat nasi goreng kunun.
Walau apapun, aku rasa aku akan datang lagi tapi order lauk lain la pula.
Boleh celen ka restoran 'Jewel in the Crown'? Macam tidak. Huhu.
Untuk Sabtu tengahari pula, Abang Edi ajak makan nasi kandar bawah pokok dekat Sri Aman, PJ.
Balik-balik suda Abang Edi cerita nasi kandar sana sedap kunun.
Tapi belum lagi ada rezeki aku kan merasa.
Addin sedang senggugut sebab dikacau oleh si Zara dalam perjalanan.
Jadi, aku order 2 pinggan ja, satu dengan ayam goreng. Satu pula dengan kari ikan.
Lepas Addin hilang senggugut tu, dia beria-ia pula makan dengan disuap Abang Edi.
Kesudahannya, nasi tambah dengan ayam goreng lagi satu.
Total bil: RM22++ (termasuk teh ais 2 gelas, milo ais, air suam, ais kosong).
Review: Sedap. Sampai bertambah. Kenyang sampai ke malam. Tidur petang pun best. Ini mesti penangan kas-kas.
p/s: Dalam gambar tu, aku ambil time ada sorang ja berbaris. Sedangkan sebelum tu, orang berbaris sampai keluar dari kawasan berawning lagi. Punya laku.
Aku ada cakap dengan Abang Edi aku teringin makan seafood.
Sampai tercadang untuk ke Bagan Lalang lagi tu.
Tapi aku malas la mau duduk dalam kereta untuk journey jauh-jauh, walaupun Abang Edi yang drive.
Kesudahannya, google restoran seafood, ternampak pula suggestion D'Tasik Seafood Restaurant.
Hanya 15km dari rumah kami. Di Uniten Kajang ja.
Kali ni aku order Tomyam Ketam, Siakap Tiga Rasa, Udang Goreng Tepung, Kailan masak sos tiram, nasi (3 orang), fresh orange, teh tarik, air suam dan ais kosong.
Review: Aku puas hati. Abang Edi cakap "Boleh tahan".
Addin pula suka gila dengan siakap tiga rasa tu.
Next time aku boleh bawa Mama pegi sini kalau dia datang dari Labuan.
Portion nasi untuk 3 orang pula aku rasa macam banyak. Sebab kami boleh makan 4 orang malah terlebih-lebih lagi.
Suasana yang nyaman tepi tasik.
Total bil: RM86++
Begitulah berakhirnya minggu besday aku.
Makan saja. :)
Syukur Alhamdulillah.
HAPPY BELATED BIRTHDAY SIS.. SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI.. AMIN..
ReplyDeleteterima kasih dik hafeeza!!!
ReplyDeleteInsyaAllah.
Semoga awak pun dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin.