google analytic

Nuffnang

Thursday, October 23, 2014

PCLO Cafe @ Modvier, Bangsar

Cerita minggu lepas juga. Hari Jumaat.
Kebetulan ada seminar di KL.
Habis ja seminar, aku terus shoot ke Bangsar.
Sudah lama teringin ke mari, tapi biasa la.
Abang Edi mesti malas punya.
So, baik pergi sendiri.

Lokasinya, agak mengelirukan.
Kena masuk simpang betul-betul sebelum Petronas Jalan Maarof, Bangsar.
Nasib baik la aku budak UM. Dan Bangsar bukanlah suatu tempat asing.

Orang lain pegi Modvier beli pakaian muslimah.
Aku pegi sana sebab mau merasa churros ja. 
Pernah nampak orang berjual churros time pegi ke Paris dulu.
Tapi takut mau try sebab risau status halalnya.  


Surrounding ala rustic.
Macam panas. Tapi ada kipas disediakan.

Order dan bayar di kaunter ye.
Sebab aku customer pertama, maka churros kena tunggu 30 minit lagi ye.
Orang yang ambil order aku tu cadangkan banoffee pie.
Itu yang paling cepat siap.
Aku dengar benefit pie. Apa kabenda benefit pie? Pai berfaedah?
Haha. 

Aku order satu gelas latte, banoffee pie (nama sebenar) dan 2 set churros.
Tamak di situ.

Dari lidah seorang yang bukan coffee person, aku rasa latte tu sedap ja.  
Banoffee pie tu pun sedap.
Tapi kalau makan lepak sorang-sorang rasa macam bangang.
Kalau ada member, bole gosip-gosip sihat, bertukar fikiran, bincang idea memasak.
Konon.


Lapisan bawah sekali: digestive biscuit. 
Pastu, ada chocalate layer. Maybe ada kopi sikit sebab rasa sedikit pahit.  
Then, potongan pisang.
Atas sekali, krim dengan caramel dan serbuk kopi. 

Oleh kerana tidak best makan sorang-sorang, maka aku tapau 3/4 latte, 1/2 banoffee pie dan 2 set churros tu.
Bil semua sekali: RM33.00.

Tujuan tapau bukan semata-mata kerana rasa kekok yang melanda.
Tetapi juga sebab mau merasa nikmat makan dengan Abang Edi dan anak-anak di rumah.
Abang Edi puji kopi susu (latte) tu sedap.
Zara suka banoffee pie tu. 


Aku rasa churros ni bole la.
Walaupun suda sejuk, tapi masih ok.
Cumanya, aku takut mau makan banyak sebab aku rasa macam banyak oil.
Zara pun macam kureng dengan churros tu.
Si Addin lagi la dia tidak mau walaupun ada sos coklat di situ.

Verdict: Boleh pegi lagi. Tapi kena bawa girlfriends :)


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...