google analytic

Nuffnang

Monday, March 28, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-10 - 18 Mac 2016 Part 2 - Travelling from Dubai to Kuala Lumpur)

Okeh.. sedikit cerita daripada post terdahulu.
Aku sudah redeem meal voucher daripada Emirates makan makanan Thai.
Dah solat, dan tukar baju sume.

Selekeh pun tiada hal, yang penting selesa.
Tadi pi jalan-jalan di Dubai City pakai tudung Duck cantik-cantik.
Sekarang mau departure pakai tudung sarung macam pegi kedai runcit area rumah.

Aku memang sudah book couple seat no 47A dan 47B untuk kami berdua, so aku rasa tidak perlu untuk rush ke departure gate.
Cabin luggage kami pun ada dua ja.
So, kalau kebetulan tiada ruang di ruang letak beg di atas tu pun, masih boleh letak di ruang bawah tempat duduk di depan.
Tidak perlu berebut-rebut.
Cool.

Ketika sampai turn kami untuk masuk ke departure gate tu, stewardess Emirates tu scan boarding pass aku.
Then ada bunyi tett! Aik, macam ada masalah.
Dia print semula boarding pass aku.
Aku pun tanya stewardess tu "Is there any problem with my boarding pass?"
Kan aku dapat boarding pass tu di Istanbul.
Aku pun tiada la terfikir mau issue semula di Dubai airport ni.
Ingatkan semuanya smooth ja.

Lepas tu stewardess tu bagi boarding pass aku, dan seraya berkata, "No problem madam. We upgrade your seat to business class."
Aku macam tegezut.
Dengan spontan aku berkata "Business class? How about my husband?"
Tiada gunanya gembira dapat business class kalau aku dengan Abang Edi duduk asing-asing kan.

Stewardess tu pun amik boarding pass Abang Edi dan print baru juga.
Aku terasa macam ada bunga-bunga harapan di situ.
Then dia pun bagi khabar gembira "Your husband is also upgraded to business class madam. Enjoy your flight."

Aisehmen. Aku dan Abang Edi sudah tergezut gila.
Gembira, macam tidak percaya, macam rasa kena prank, semua ada.
Abang Edi siap tanya aku, aku ada ka email Emirates bagitau kami on our 10th anniversary trip ke semua, mana tau dorang bagi surprise ka.
Aku bagitau dia mana ada aku buat semua tu. Aku beli tiket promotion ni.
Dengan hotel ka, travel agent ka, boleh la mau announce ngada-ngada macam tu, airlines malas mau layan. Haha.

Boarding pass bertuah. Syukur Alhamdulillah.

Ni la gaya mak jemah naik business class.
Selekeh yang amat. Aku rasa macam menyesal pula tukar pakaian kan. Haha.
Rasa macam out of place.  

Dalam departure gate pun, kami masih tidak percaya.
Kami tidak que ikut first and business class que, masih juga que dengan rakan sejawat economy class yang lain.
Haha. Takut kena prank.

At last, bila duduk di seat, baru la kepercayaan itu datang.
Gambar ni Abang Edi minta tolong dengan passenger lain yang bertuah kena upgrade ke business class juga.
Dorang pun macam jakun amik-amik gambar.
Kita serupa la.
Haha.

Aku dapat teori baik punya.
Aku rasa kami dapat kena upgrade ni sebab flight overbooked.
Ye la. Cuti sekolah sudah di hujung tanduk.
Semua orang sudah mau balik ke Malaysia.

Sebelum hari penerbangan ni, aku memang ada dapat email daripada Emirates untuk upgrade ke business class, tapi kena tambah almost RM2000 tu yang tidak sanggup tu. 
Mungkin sebab business class masih banyak yang kosong, dan economy class pula terlebih-lebih, maka Emirates kena juga pilih beberapa penumpang dari kelas ekonomi untuk dinaiktarafkan seat mereka ke kelas bisnes.
Dan mereka yang bertuah ni pula mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang terdiri dalam group yang kecil, yang tiada budak-budak. 
Oleh kerana kami terkandung dalam kategori yang sebegitu, maka kami pun terpilihlah.
Syukur syukur.
Oh dan mungkin juga, status aku dan Abang Edi sebagai ahli Emirate Skywards sedikit sebanyak membantu dalam hal ini. Mungkin.

Memang rasa surreal sangat.
Sebagai orang yang tidak pernah dinaiktarafkan sebegini rupa, (kecuali for our last 2 recent events, bilik kena upgrade di Istanbul dan Cappadocia tu), perkara ini adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sama sekali.
Ye la, selalu travel cara bajet ja kan.

Aku pernah naik business class pun sekali ja.
Itu pun dari Kota Kinabalu ke Labuan ja. 
Setakat 30 minit ja pun.
Beli tiket tu pun sebab tiket ekonomi sudah habis.

Oh.. adakah kalau duduk di Premium Seat on AirAsiaX juga dikira business class?
Huhu. Pernah la jua dari KL ke Gold Coast dan dari Sydney ke KL.
Tapi tu pun pasal aku beli Optiontown. 
Ada sedikit luck but not the purest one. 

Abang Edi cakap ni la hadiah ulang tahun perkahwinan ke-10 kami yang terbaik setakat ini. 
Syukur Alhamdulillah.
Tiba-tiba aku rasa menyesal. 
Kot kalau aku re-issue boarding pass kami di Dubai Airport tadi, mesti boleh tahu berita ni lebih awal, dan kami boleh lepak di Business Lounge ja kan.

Haha. Ketamakan mula bermaharajelala.
Tapi lepas tu, sedar diri semula.
Dapat redeem meal voucher dan lepas tu duduk di business class pun sudah kira baik. 

Besar skrin dalam business class ni.
Tapi jauh.

Headphone pun canggih ko.
Kalau pakai ni, aku tidak dengar sudah orang bercakap di siring.

Ada skrin tepi sebagai interactive remote.
Dalam flight ni, aku sempat tengok movie Bridge of Spies.
Terbaik daripada Steven Spielberg dan Tom Hanks.

Hot chocolate dengan shortbread yang sedap!

Ni makan malam kami.
Abang Edi tidur dan tidak mau makan.
Aku pula gagahkan mata mau makan kunun.
Bukannya lapar pun.
Sebenarnya lebih kepada motif mau ambil gambar.
Dasar penumpang ekonomi. Haha.

Dalam menu sebut assam beef curry, tapi aku rasa macam rendang daging.
Sedap tu sedap.
Tapi aku pun sudah mengantuk kan.
So selera tu tidak berapa ada sebenarnya.
Nasib la berhidang cantik macam ni.
Kalau di economy class kan kena bungkus cantik.
Senang tapau. Haha.

Dessert. Chocolate pie with cheese and strawberry sauce.
Sedap juga. Dan tidak boleh tapau.  

Yang ni sarapan pagi. 
Croissant, yogurt dan strawberry jam tu aku dapat tapau masuk dalam beg muntah.
Dasar sekali lagi. 

Kalau duduk di business class ni, setiap penumpang kena bagi toiletries bag. 
Lelaki dapat lain, perempuan dapat lain.

Bvlgari lagi tu. Uuuu ahhh..  

Ini isi dalam toiletries bag perempuan. 
Ada berus gigi dan colgate, cermin muka kecil, refreshing towel, losyen tangan dan losyen muka, cologne, sikat dan tisu.

Ini isi dalam toiletries bag lelaki. 
Ada berus gigi dan colgate, ubat ketiak, shaver dan shaver foam, losyen tangan, after shave balm, cologne, sikat dan tisu.

Dan ada juga diberi stokin dan eyeshades.
Eyeshades Emirates ni selesa juga.
Si Addin suka pakai.

Kesimpulannya, walaupun sudah banyak kali naik kapal terbang, inilah pengalaman naik kapal terbang aku yang paling terkebabom devasszz.. 
Sudahlah naik bisnes class kan, free pulak tu.

Kalau aku maintain shawl Duck aku pun ok ja walaupun aku tidur di sepanjang penerbangan.
Confirm tudung aku tidak senget benget.
Sebab bantalnya selesa, seat boleh recline 180 darjah, siap kena tambah tilam tambahan lagi tu atas seat. 
Boleh tidur lurus ja macam tuan puteri kunun. Tidak sakit belakang. Hoho.

Makanan dorang ofkos la sedap dan banyak.
Dalam kelas ekonomi pun tidak terlarat mau makan, inikan pula di business class.
Cuma yang kurangnya, makanan semua berhias cantik bukan dalam plastik.
So, susah mau tapau masuk dalam beg.

Walau apapun, beg aku tetap penuh dengan hasil tapauan.
Beg toiletries, beg yang ada stokin dan eyeshades, roti breakfast.

Dan syukur juga check-in luggage kami pun keluar awal walaupun tidak ditag dengan tag priority luggage kan.
So mungkin, Emirates punya luggage handling ni sistematik la.
Sebaik dorang tau ja kami kena upgrade, terus bag kami pun dapat treatment baik punya.
Syukur Alhamdulillah.

Syukur syukur syukur, kami selamat pegi dan selamat pulang.
Pergi dengan air mata kerana meninggalkan anak-anak, balik dengan kegembiraan berganda kerana naik kelas bisnes dan dapat jumpa anak.

Syukur Ya Allah.
Terima kasih Emirates! 
Next time, kami naik kapal kamu lagi. You earn my loyalty :)

p/s: Di mana ada hujan, di hujungnya ada pelangi.   

Ingat ka cerita aku yang terasa ralat yang amat sebab promotion Qatar Airways tiba 3 hari selepas aku beli tiket Emirates kami.
Kalau aku tunggu promotion Qatar tu, aku boleh jimat almost RM1000 untuk keseluruhan harga return ticket aku berdua dengan Abang Edi.
Then adik aku Nurul ingatkan aku, kalau aku beli tiket Qatar Airways dan jimat RM1000, kami mungkin tidak merasa dinaiktarafkan ke kelas bisnes sebagaimana yang kami alami dengan Emirates.

Yeah. Ingatlah diri sendiri dan kawan-kawan, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...