google analytic

Nuffnang

Wednesday, March 23, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-3 - 11 Mac 2016 - Istanbul)

Hari ni aku target ke Topkapi Palace dan Sultanahmet Mosque pula.
Kebetulan hari ni hari Jumaat, so Abang Edi boleh solat jumaat di sana.

Dari Hotel Ambassador ke Topkapi Palace, kena lalu Sultanahmet Meydani ni dulu.
Time ni orang belum ramai, masih pagi lagi.
Aiseh, Abang Edi pakai jaket baru kunun.

Di luar Topkapi Palace tu ramai yang berniaga souvenir.

Ada cart Simit di mana-mana. Simit = Turkish Pretzel. 
Sepanjang aku 8 hari di Turki tu, satu kali pun aku tidak pernah beli makanan di cart-cart tepi jalan ni.
Aku just tiada selera.
Totally different to normal me. 

Buah berangan yang ditimbang secara manual.
Ini pun aku tidak try.

Abang Edi sempat berposing dengan pengawal di luar Topkapi Palace.
Pegawai ni pun sporting ja sambil mengawasi keamanan sekitar. 

Tadi yang jumpa guard tu adalah gate di luar, masih belum dikenakan tiket.
Untuk ke gate Topkapi Palace yang sebenar, kena jalan jauh lagi ke dalam.
The view is stunning.

Jangan merokok ye.

Now this is the gate of Topkapi Palace.
Kami masuk guna museum pass yang dibeli semalam di Hagia Sophia. 

Salah satu bangunan dalam Topkapi Palace.

Aku di taman indera loka.
Besarnya palace ni, lenguh kaki berjalan.
Kalau kami bawa Addin dan Zara, mesti dorang suda merengek minta kena dukung la, mau makan la. 
Rindu anak pula.

Trying to be artistic here. 

Selat Bhosporus. 

Di sini ni, aku suka sangat la ambil gambar siling.

More ceiling.

Kebanyakan chambers dalam Topkapi Palace mempamerkan alat kebesaran diraja zaman kesultanan Uthmaniyyah, hadiah yang sultan dapat, peralatan perang etc.
Dan tidak boleh ambil gambar.

Dalam chamber di atas, dipamerkan tinggalan pakaian dan peralatan perang nabi-nabi dan para sahabat termasuk Rasullullah SAW.
Ada janggut Nabi Muhammad, kesan tapak kaki beliau.
Sepanjang meround chamber ni, kita akan diiringi oleh bacaan ayat suci Al-Quran oleh seorang sheikh yang membacakannya secara live.
Tanpa disedari, air mata berlinangan, sebak memandang tinggalan Rasullullah.
Bukan aku sorang ja, ada beberapa pengunjung lain pun berasa sebak juga.

Kalau kamu-kamu pegi ke Istanbul, kamu mesti wajib masukkan chamber ni dalam senarai wajib pergi di Istanbul. 

Seterusnya, kami ke Harem Topkapi Palace.
Harem ni tempat sultan dan ahli keluarganya bersemayam.
Yang Topkapi Palace tu adalah tempat pentadbiran.
Masuk sini kena extra ticket 15TL.
Tapi kalau guna museum pass, free.

Ni adalah asrama sida-sida dan orang suruhan.
Aku pun lupa la.
Tapi meriah juga la asrama dorang ni kan.

Ni adalah bilik besigup.

Cermin besar dengan tiles yang cantek.

Taman diraja ala-ala cerita dongeng jula-juli bintang empat.

Penat kaki mengukur jarak di Topkapi Palace, kami pegi ke Hagia Irene yang berdekatan pula. 
Ni kes mau kasi museum pass kami berbaloi 85 TL la ni.

Hagia Irene. Sebuah gereja.
And that's it.
Nothing much. Dan aku memang buta architecture.
Jangan kecam saya.
This is the last museum yang kami pegi sepanjang kami di Istanbul.

Kita kena cepat, Zohor sudah semakin hampir.

Melangkah ke Masjid Biru.

Hari ni hari yang cerah. Alhamdulillah.

Masjid Biru tersergam indah.
Jemaah pun semakin berpusu-pusu memenuhi masjid.

Abang Edi ambil wudhu dulu.

Dan dia masuk ikut pintu yang ni.

Suasana ketika Jumaat di Masjid Sultanahmet.

Aku pula balik hotel makan maggi dan tidur.

Maggi asam laksa yang 'mahal' di Istanbul.
Legend. 

Lepas Abang Edi solat Jumaat, kami sambung afternoon nap lagi.
After afternoon nap, aku dan Abang Edi pegi ke kedai souvenir orang Malaysia yang kawin dengan orang Turki di kawasan Istanbul juga.
Tujuan kami ke sana adalah untuk beli sejadah wangi sebagai cenderamata kepada ahli keluarga.

Untuk ke kedai orang Malaysia tu, kena naik tram dari Sultanahmet ke Findikzade.
Oleh kerana kami belum reti di mana untuk beli Istanbulkart, staff hotel ni pinjamkan kami satu.
Tapi lepas tu kena reload juga.
Then I know the process of buying and reloading Istanbulkart.

Tips mencari route perjalanan di Istanbul: 
Oleh kerana bantuan mencari route di Istanbul dengan public transport tidak disupport oleh Google Maps, maka aku terpaksa install apps Trafi.
Apss Trafi ni amatlah membantu hidup kami dalam mencari route guna public transport di Istanbul. 
Untuk ios, boleh install apps Trafi di link ini.

Malam ni, kami sudah ambil pakej Bhosporus Cruise (postpone dari yang semalam). 
Orang tour tu pickup kami jam 7.45 malam dan bawa kami ke jeti.

Kita naik cruise dulu ye.

Cold mezes.

Gembira kunun. Nasib baik aku tidak mabuk laut.

Bhosporus Cruise ni start dari jam 8 malam hingga jam 11.30 malam.

The rest of the passengers.
Kami sedang melalui Dolmahbace Palace.


My dinner is grilled chicken. 
Verdict, biasa-biasa saja. Kering, takde kuah.

Kita boleh naik ke atas deck untuk ambil gambar pemandangan di waktu malam.

Bhosporus Bridge.

Tarian pakai kostum.

Persembahan kisah cinta.

Dan ada tarian gelek selain dari persembahan tradisi dan moden yang lain.
Toot.

Kawan kami dari Saudi yang tolong ambil gambar ni.

Dorang satu couple duduk sebelah kami.
Seronok juga berborak dengan dorang.
Dorang datang sebab si suami mau buat rawatan tanam rambut di Istanbul.
Murah katanya, dalam lingkungan 1500 USD macam tu.
Kalau berjalan-jalan di sekitar Istanbul dan di airport Istanbul, kita boleh lihat ramai mamat berkepala botak seperti ada kesan ditanam rambut.
Apparently, the industri of bercucuk tanam rambut is very famous here. 

The verdict of the Bhosporus Cruise package:
Mengantuk la yang amat.
Walaupun ada adegan ranggi bertarian gelek sekali pun, rasa boring itu tidak dapat dielakkan.
Makanan so-so, persembahan lain pun boring.

The customer ada yang sporting ada yang tidak berapa sporting.
Mostly visitors yang pertengahan umur dan ke atas. 
At the end of the cruise, artis-artis show ni buat macam night club la kunun.
Sedaya upaya la dorang ni mau menimbulkan aura yang happening and lively.
Tapi hanya visitor dari India ja yang bergembira sama.
Yang lain-lain duduk ja atau menikmati suasana di atas dek kapal.

Aku pun tidak sure la ini berbaloi ka tidak untuk 45 Euro sorang.
Kalau musim lain yang peak season, bayaran pakej adalah lebih mahal.
Tapi kira ok la. At least aku boleh cakap I've been on a Bhosporus Cruise complete with dinner and all.
Ye la. 

That's a wrap for our third day in Istanbul.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...