google analytic

Nuffnang

Tuesday, March 29, 2016

Bulan Madu di Turki 2016 - Pengalaman manis berbulan madu selepas 10 tahun berkahwin :)

Happy 10th anniversary to us!
Bukan senang sebenarnya untuk kekal 10 tahun (tambah bercinta 3 tahun - sekarang pun masih bercinta juga bah).

Alhamdulillah..
Selama 10 tahun perkahwinan, kami dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dan syukur juga kami tidak pernah ada konflik yang amat mencengkam jiwa.

Sikit-sikit tu ada la. Kadang-kadang, konflik itu perlu untuk spice things up.
Perlukan toleransi, kesabaran dan sikap menghargai perhubungan perkahwinan yang amat tinggi.
Tidak boleh ada ego.
Aiseh.. cakap macam orang sudah kawin 40 tahun ja kan..

InsyaAllah, semoga perkahwinan ini last forever.
Semoga untuk tahun ke-20, ke-30, ke-40 tahun dan seterusnya, kami masih larat untuk buat honeymoon travel lagi.

Kami jauh dari sempurna. Jauh sangat.
Tapi Alhamdulillah setakat ni kami saling memahami dan try untuk complete each other.

Berikut aku senaraikan pengalaman manis kami berbulan madu di Turki:

1. Sometimes, ada orang tanya "Are you in honeymoon?' Kami pun cakap ye la kan. Dorang pula ingat kami ni baru kawin. Kui kui kui. Bila kami cakap kami sudah 10 tahun kawin, ramai yang tidak pecaya kunun. Nampak sangat muda belia kan. Kikiki. Itu la tu kelebihan orang cumil kurang inci ni. Hehe.

Aiseh, don't blame us.
Memang nampak muda ni. Hehe.

2. Dulu sebelum aku pakai tudung, orang selalu sangat ingat aku ni cina. Yang orang cina bawa aku cakap cina, yang bukan cina ingat aku tidak faham melayu, vendor dan orang dari opis lain ingat aku sambut krismas. Lepas pakai tudung segala salah faham itu terkubur begitu saja. Tapi lepas aku datang Turki ni, aku selalu kena tanya "Are you from China?".. Oh no.. rasa kelakar pun ada.

3. Kami tidak pernah travel berdua sejak ada anak kan. So, sebelum kami ke Turki tu, aku dan Abang Edi risau juga. Macamana la kami nanti lebih seminggu menghadap muka kami berdua ja. Boring ka? Bosan ka? Habis modal mau bercerita ka lepas sehari ke Turki? Syukur Alhamdulillah. Aku rasa perjalanan kami berdua ni berhasil mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri. We have new experience together. Masa banyak dihabiskan berdua. Jalan pegang tangan kunun. Serasa muda kembali :)

4. Sebelum ke Turki tu juga, kami risau juga kalau Addin dan Zara akan rindukan kami. Especially Zara yang terlebih manja tu. Syukur juga sebab dorang pun balik kampung, maka dorang ada ramai kawan, banyak aktiviti, dorang rasa happy sangat. Ada certain day tu, dorang boleh tidak kisah pun mau contact kami sebab dorang best sangat bermain dengan budak lain. Kami pula yang rindukan dorang yang amat. Dorang boleh buat dek ja.. Huhuhu..

Si Zara gembira bagi lembu minum susu.

Nenek Labuan bawa dorang pegi Dairy Farm di Kundasang. Wajib la seronok.

5. Banyak juga pengalaman kami travel dengan anak, dalam negara dan luar negara. Mostly, memang aku la jadi tukang buat rancangan perjalanan, tukang pastikan semuanya cukup, tukang packing pakaian. So, selalunya, aku cepat stress. Sebab banyak benda yang aku kena handle. Bila aku stress, maka senang berselisih faham dengan Abang Edi. Sepatutnya travel untuk release tension kan. Tapi ni bikin tambah tension. Syukur kali ni, sebab mungkin aku tidak perlu fikir banyak benda, things went smooth and easy. Dan travel kali ni, stress level amatlah low. Dan outputnya adalah perjalanan suami isteri yang gembira.

6. Lepas pengalaman bersalji dan berhujan di Cappadocia dengan persediaan pakaian yang tidak sesuai untuk musim sejuk, aku rasa serik pula mau ke tempat winter lagi. Dengan sejuk, dengan kulit jadi kering gila. Sekarang ni serik la, lepas ni tidak tau. Hoho.

Snowman yang tidak jadi.

7. Dan juga, mungkin sebab aku berisi dan masih di awal trimester, aku rasa macam penat sangat. Aku cakap dengan Abang Edi, sudah-sudahlah travel ni. Penat suda. Malas suda pegi luar negara. Kalau mau bejalan pun, pegi dalam negara or sekitar ASEAN ja la. Abang Edi bagitau dia pun penat juga. Tapi he will not stop before he goes to Umrah, Spain and Japan (apa? sekali lagi?). Yea yea. Kita tengok nanti macamana. Hehe.

8. Last but not least, travel berdua ke negara yang asing dengan bahasa yang asing (nasib baik negara Islam dan senang cari makanan halal), sebagai treat kepada diri sendiri selepas 10 tahun berkahwin, saya rasa, amat berbaloi. We deserve it. Dan syukur kerana Allah memudahkan dan melindungi perjalanan kami. Alhamdulillah.

Kalau anda juga sudah berkahwin dan ada anak, anda juga sepatutnya curi masa untuk meluangkan masa dengan pasangan anda, hanya berdua.
Rekindle your relationship.

Semoga yang hilang akan kembali, yang ada akan bertambah, dan yang hangat akan berkekalan hingga ke jannah. Uuuu aahhh..

Amin :)

1 comment:

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...