google analytic

Nuffnang

Friday, March 25, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-7 - 15 Mac 2016 - Cappadocia ke Pamukkale)

Hokey.. Semalam Green tour, so hari ni kita ada Blue tour pula.
Sebab hari ni adalah hari last kami di Cappadocia, maka kena la packing dan checkout siap-siap selepas breakfast.

Yang tidak bestnya pula, hot air balloon ride Abang Edi terpaksa dibatalkan sekali lagi pada pagi ni sebab cuaca yang tidak mengizinkan sejak semalam.
Dah le turun salji, berangin pula tu.
Tiada rezeki Abang Edi la nampaknya.
Tapi dia pun macam ok ja sebab sebenarnya dia memang berat hati pun mau naik hot air balloon tu sorang-sorang.
Bosan katanya kalau aku tiada.. Aiseh.
Jimat 120 Euro.. Hehe.

Sebaik bangun pagi, hotel kami telah ditutupi salji.

Begitu juga dengan bumi Uchisar. 

Aku pun feeling2 Frozen la juga konon.. 

Sejuk punya pasal, pagi ni kami breakfast awal sikit.
Lagipun kami memang sudah bangun awal pagi tadi bermain salji. Hehe.
Macam biasa la, roti, buah, keju dan ada baklava kecil2an.

Jeruk olive hijau dan hitam.

Jem pic, jem ceri dan madu.

More mezes.

OK.. Dah check out dah.
Beg kita letak dalam beg travel agent kami dulu.

Mula-mula kami ke Mustafapasa iaitu sebuah bandar Greek lama di Cappadocia.
Sekarang ni kami dalam sebuah sekolah agama zaman Ottoman tapi sekarang sudah menjadi kolej swasta untuk jurusan pelancongan. 

More greek architectures.

Dan lagi.

Dan lagi.


Ini pun rumah greek lama yang telah dijadikan hotel dan restoran. 

Lepas tu, kami ke Keslik Monastery.
More churches untuk monks zaman dulu-dulu.

Salah satu church yang masih jelas lukisan di dalamnya.

Then tidak jauh dari monastery tadi tu, kami singgah lunch dulu.
Walaupun rupa makanan ni macam biasa2 ja, tapi sebenarnya food ni amatlah sedap.
Beef in casserole.

Then kami ke Kaymakli Underground City.

Orang tinggi kena banyak membongkok.

Rumah gua underground ni cukup sesuai untuk orang comel macam kami. 
Haha.

Sentuh siling tanpa menjengket kaki pun bole ha..

Orang dulu-dulu ni memang terer la. 
Dorang mau berlindung ketika perang punya pasal, sanggup buat 6 floor under the ground.
Ketika tidak perang, dorang buat rumah bawah tanah ni jadi tempat simpanan food dorang. 
Nasib baik aku ni comel ja, tidak la perlu banyak membongkok.

Dalam jam 3.30 petang macam tu, tour kami pun selesai.
Dan lepas tu, kami dihantar ke stesyen bas Urgup untuk tunggu bas kami jam 8 malam.
Beg kami disimpan dalam opis syarikat bas yang kami akan naiki nanti iaitu Kamilkoc.

Terkulat-kulat la aku dengan Abang Edi berfikir macamana mau habiskan masa kami yang ada 4 jam lagi di bumi Cappadocia ni.
Sudahlah penat, sejuk pula tu.
Mau melepak di masjid pun bukan best sangat sebab dorang tidak pasang heater di bahagian wanita. 

Frankly speaking, sebenarnya aku kurang gemar mau solat di masjid dorang ni sebab tempat ambil wuduk dengan tempat sembahyang jauh sangat.
Sejuk!!! (Macam setan pula bunyinya aku ni kan).
Aku lebih suka solat dalam bilik, di airport, dan di mana-mana tempat yang sediakan tempat sembahyang yang ensuite dengan tempat ambil wuduk.

Untuk membunuh masa, lepas solat, kami singgah ke satu restoran yang dekat ja dengan masjid yang kami pegi tadi.
Aku pun lupa la sudah apa nama restoran tu.
Yang penting, restoran ni ada heater dan dorang tidak kisah pun kami duduk lama-lama di sana.
Haha.. kami memang bagitau dorang yang kami mau melepak di situ sambil tunggu time naik bas.
Bukan mau makan sangat pun.
Yang baiknya dorang ni, siap belanja kami cay lagi.
Baik hati sungguh.


Tapi kena la order makanan juga kan.
Salad, yogurt with mints I guess and sundried chillies.

Lentils soup.

Ni special menu of the restaurant kunun.
Sekalinya, tidak menepati citarasa kami pulak.
Alamak aih. Bawah nasi tu ada some sort like sour cream or yogurt.
Totally not to our taste.

Lepas makan dan solat maghrib, kami kembali ke bus station.
Aku siap boleh tertidur lagi sambil menunggu jam 8.
Jam 8 tepat, kami dibawa oleh shuttle bus kecik ke Nevsehir Bus Station.

Nevsehir Bus Station.

Dari sini, baru kami naik bas besar pegi Denizli.

Aku ambil gambar luar, Abang Edi ambil gambar aku.

Dalam bas ada tv, dan boleh caj henpon.

Ada steward yang bagi drinks dan biscuits.

Dalam 10 jam perjalanan, 3 kali kena hidang minuman.
Aku rasa ada lebih 5 kali stops di bandar-bandar yang berada di sepanjang route.
Aku pun tidak sure.
Sebab most of the time, aku tidur.
Dan kalau aku turun for toilet break pun aku dalam keadaan mamai.

Pengalaman naik bas? Penat.
Nasib la satu kali ni ja kami naik night bus di Turki.
Lepas pengalaman yang ni, aku rasa biarlah ini kali terakhir aku dalam perjalanan darat untuk masa yang lama. 
Mahupun di Malaysia atau di mana-mana.

Tapi yang bestnya, dari driver, ke steward sampailah ke passenger semua pun baik-baik belaka.
Dorang ni la yang mengejutkan kami untuk bagitau kami yang bas sudah sampai di Denizli.
Tapi itu memang last station pun.
Hehe. Kalau tidak tau mana Denizli, memang wajib kena turun di sana juga. :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...