Terdapat tiga wanita di dalam gambar ini. Wanita yang kiri sekali memberikan anaknya susu formula melalui botol. Wanita tengah adalah seorang ibu yang sedang mengandung. Wanita ketiga pula seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan susu ibu.
Jika diperhatikan sehalusnya, dapat kita lihat bahawa tiada ‘eye contact’ atau perhubungan mata antara wanita pertama dengan anaknya yang menyusukan susu formula itu. Ibunya asyik memandang ke arah lensa kamera untuk memastikan wajahnya menarik ketika gambar diambil. Dia langsung tidak memandang wajah anaknya yang sedang menyusu, dan si anak pula sibuk memandang ke arah lain tanpa memperdulikan ibunya.
Ibu ketiga (ibu yang memberikan susu ibu) pula adalah sebaliknya. Beliau langsung tidak menghiraukan lensa kamera kerana lebih asyik memerhatikan bayinya yang enak menyusu. Bayinya juga turut memerhatikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri seperti dua insan yang bercinta. Inilah penangan susu ibu. Hanya mereka yang pernah menyusukan bayi mereka yang sepenuhnya sahaja memahami perasaan ini.
Manakala ibu kedua pula sibuk memikirkan ketika bayi yang bakal dilahirkan kelak, ibu yang mana akan dicontohinya? Ibu pertamakah atau ibu ketiga?
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment