Last Sunday, kena pi naik atas.. atas mana? Cameron Highland je.. apsal? Ada kursus ofis anjurkan..
Mula2, liat nya la mau pegi... tapi pasal aku mengenangkan mama aku cakap, "Kalau betian ni, jangan manja2kan diri tu sangat.. jangan malas2... selagi boleh buat, buat ja... itu semua latihan untuk baby dalam perut.. " (Betian dalam brunei means mengandung). Aku fikir2 pun, betul juga... kalau aku jenis banyak excuse, mesti nanti anak aku pun nanti macam tu juga, banyak cekadak.. kalau manja sangat, nanti anak pun macam tu juga... so, aku harap, kalau aku strong, dengan attitude Fikirkan Boleh! insyaAllah, adik baby akan macam tu juga.. hope so..
But before that, aku pi dulu jumpa doctor kesukaan aku.. Tanya dia dulu, adakah aku fit untuk naik ke Cameron? Bila check2 semua... dia kata ok... apa2 pun, dia akan standby dengan ubat mabuk+pening... aku ok ja.. abang edi pula yang muncung sebab terpaksa jadi bapa tunggal for 3 days 2 nights.. huhuh... sorry darling... sementara masih belum membuyung ni la mummy kena kumpul kursus sebanyak yang mungkin.. nanti bila perut sudah semakin membesar, sure mummy malas nak pi kursus dah...
Hasilnya?
- Aku selsema start hari Isnin tu – mungkin pasal perubahan cuaca + terjangkit ngan orang lain yang demam. Tapi, aku tidak boleh makan ubat sebarangan. Walaupun tidak sihat, tapi aku sempat bershopping ala kadar membeli roses, ubi keledek, kincam, jagung mutiara, teh strawberry, strawberry dan epal Cameron.
- Akibat selsema dan batuk, perjalanan balik dari Cameron ke Putrajaya amatlah menyeksakan. Hidung tersumbat menyukarkan aku membalancekan pressure dan menyebabkan sakit telinga yang amat. Badan ku lemah menjadi2.. sampai2 di putrajaya ja, abang edi terus suruh aku pi jumpa doctor as soon as possible... dapatlah ubat yang sesuai dan dapat MC satu hari. Huhuhuhuh... apa la nasib..
- Tapi tidak apa, abang edi cakap nanti kita ble naik Cameron lagi untuk cuti-cuti Malaysia.